Tazkirah
25 Ogos 2013
Tausyiah Suboh : Ujian Kepayahan vs Kesenangan
15 Julai 2013
Kecatatan Yang Membawa Kejayaan
Suatu kisah pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang hebat dan warak yang mengembara. Dalam pengembaraannya dia telah diuji. Dalam perjanannya dia sesat. Berbekalkan keyakinan dan tawakal dia meneruskan perjalanan sihingga dia kelaparan. Dalam keadaan lapar itu dia terus berjalan sehingga berjumpa dengan sebiji buah epal. Dia mengambilnya dan tanpa terus berfikir panjang dan siapakah pemilik epal tersubut. Setelah makan dan hilang kelaparannya dia tersedar milik siapakah epal ini.
Dia mengambil keputusan menyusuru jalan tersebut untuk mencari kebun epal yang berhampiran. Setelah menyusuri jalanan maka bertemulah pemuda itu dengan kebun epal dan tuan pemilik kebun. Diadukan halnya lalu tuan punya kebun telah meminta agar si pemuda menebus dosanya dengan bekerja di kebunnya selama sebulan.
Setelah sebulan berlalu si pemuda bertemu kembali si pemilik kebun untuk meminta izin mengundur diri. Pak tua menghalang dan menyatakan di akan bebas setelah berkahwin dengan anaknya yang cacat, buta, pekak dan bisu. Si pemuda pasrah dengan permintaan itu.
Pada hari yang ditetapkan bertemulah pemuda itu dengan isterinya. Namun apa yang tergambar mengenai isterinya jauh meleset. Apa yang dinyatakan oleh pemilik kebun sebenarnya maksud tersirat. Buta matanya daripada melihat maksiat, pekak telinganya daripada mendengar fitnah dan dusta. Begitulah kecatatan yang lain adalah kecacatan yang timbul dari terhalangnya dia dari melakukan kemaksiatan.
Kita harus berusaha menjaga panca indera kita serta seluruh tubuh badan kita daripada kemaksiatan. Itu merupakan asas kepada kejayaan kita.
09 Julai 2013
Majlis Perlantikan Pengawas
Bersyukur kita dengan limpah kurniaan-Nya dapat kita berada di dalam majlis ini.
Mengapa kita perlu kepada pengawas? Pernah ada satu ketika dahulu sekolah yang tidak mempunyai pengawas. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga disiplin masing-masing. Namun di sini, di SMKA Sultan Muhammad kita perlu kepada pengawas untuk melancarkan perjalanan pengurusan sekolah. Pengawas selain menjadi mata dan telinga pihak sekolah mereka merupakan penggerak kepada seluruh aktiviti pelajar khususnya aktiviti harian pelajar.
Oleh itu ribuan terima kasih kepada para pengawas sesi lepas yang telah menyumbang bakti dan tahniah buat para pengawas sesi 2013/2014 pertama kerana menerima tawaran yang diberikan serta bersedia untuk menjalankan amanah yang akan diberikan.
Pengawas juga harus berusaha sedaya upaya menjadi qudwah kepada para pelajar yang lain. Mereka perlu bijak untuk merancang dan membuat keputusan.
Tidak dilupakan jutaan terima kasih dan tahniah buat semua guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini malah terus membimbing dan mendidik para pengawas untuk berorganisasi dan berkepemimpinan.
Untuk menyahut seruan ke arah penigkatan akademik dan shahsiah pihak sekolah akan melancarkan program (BARA) Bantu Rakan. Pelajar akan digalakkan untuk memberikan maklumat mengenai salah laku rakan masing-masing. Dengan laporan yang berterusan diharap masalah yang dihadapi oleh para pelajar dapat di atasi. Ini juga akan memudahkan pihak sekolah untuk mengambil tindakan segera.
28 Jun 2013
Nilai Kecemerlangan
Kecemerlangan bukan sekadar memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan. Bahkan ketentuan itu milik Allah s.w.t, tidak seorang pun mampu untuk mengatasi ketentuan Allah s.w.t. Kecemerlangan yang di nilai adalah cara hidup kita seharian. Bagaimana kita melalui kehidupan ini dengan cara yang cemerlang. Ini menjadi ukuran kecemerlangan seseorang.
Halangan-halangan dalam mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan amat banyak. Yang pertama tidak tunduk dan akur dengan titan perintah Allah s.w.t bahkan larangannya dikerjakan dan dilanggar. Ini adalah kegagalan pertama dalam hidup seorang insan apabila mereka gagal dalam mengawal diri dan hati. Nafsu yang dituruti membinasakan diri. Kegagalan menjalankan amanah sebagai hamba Allah s.w.t sudah pasti akan membuahkan halangan-halangan kejayaan yang lain.
Kegagalan ini akan menyeret individu tersebut kekancah kegagalan.Gagal dalam kehidupan. Gagal dalam berkeluarga. Gagal sebagai warganegara serta gagal sebagai seorang pelajar.
Semoga sadar kita atas pengertian kecemerlangan akan menjadi landasan kecemerlangab dunia dan akhirat.
28 April 2013
MAULID NURUL MUSTHOFA
KARNIVAL BADAR DAN MALAM KESENIAN MALAM ISLAM
18 April 2013
SUKA DUKA AFGHANISTAN
08 April 2013
Nilai sebuah Usaha
Kejayaan adalah hasil dari usaha yang gigih dan istiqamah. Kepahitan dan keperitan yang dialami sewaktu mendaki tangga kejayaan akhirnya membuahkan kemanisan dan kerehatan buat jiwa.... Siapa yang sanggup menanggung derita kepayahan yang menjadi harga buat sebuah kejayaan pasti akan mendapat kesembuhan jiwa apabila kejayaan sudah berada di tangan.
Tahniah buat semua pejuang as-Sultan pasti pengorbanan kamu mengharumkan dikenang dan terpahat dalam sejarah sekolah yang bertuah ini. Tahniah buat semua warganya.
09 Mac 2013
Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama-Hari Terakhir
Bagi mengelakkan keletihan yang teramat kepada para nuqaba, mereka semua telah dikejutkan untuk solat subuh dan dibenarkan untuk berehat semual dan seterusnya bersarapan pada jam 7.00 pagi. Setelah bersarapan, para nuqaba telah diberikan masa yang agak panjang untuk bersiap bagi aktiviti pada pagi tersebut. Kesemua nuqaba telah berkumpul semula di dewan pada jam 8.00 pagi. Aktiviti pertama hari tersebut adalah para nuqaba perlu meyelesaikan masalah yang diberikan iaitu mereka semua perlu membuat sebuah bulatan besar sambil berpegang tangan. Dalam tempoh setangah minit iaitu 30 saat, mereka perlu memastikan bahawa bulatan tadi sudah terbalik tanpa tangan mereka terlepas antara satu sama lain. Ahamdulillah, mengikut masa yang telah ditetapkan mereka telah berjaya melakukannya.
Aktiviti bersambung dengan permainan Belon sentiasa diatas. Dengan menggunakan belon yang telah diberikan, 3 orang wakil daripada kumpulan masing-masing akan memastikan bahawa belon tidak jatuh ke tanah tanpa menggunakan anggota badan. Akhirnya, hanya dua pasukan sahaja yang kekal ke pusingan akhir iaitu kumpulan 7 dari rumah merah dan juga rumah hijau. Rentetan daripada aktiviti tersebut, para nuqaba telah beratur mengikut rumah sukan masing-masing. Dengan peruaturan yang lebih mencabar, para nuqaba perlu meletakkan belon di hadapan dan belon perlu bergerak ke belakang dengan hanya menggunakan bahagian leher dan ke atas. Aktivit ini sangat menyeronokkan dan begitu mencabar minda setiap peserta.
Seterusnya pula adalah LDK “Spider Web” dimana para nuqaba telah diberikan segulung tali rafia. Dengan menggunakan tali tersebut, setiap kumpulan perlu memastikan sebuah sarang labah-labah yang cantik akan terbina. Namun begitu, hanya beberapa kumpulan sahaja yang berjaya menyiapkannya. Seterusnya, secara mengejut para fasilitator telah mengarahkan sebuah belon diletakkan di dalam sarang labah-labah tersebut dan dibawa ke tengah padang . Daripada beberapa kumpulan berjaya membuat sarang labah-labah tersebut, hanya ada 6 kumpulan yang telah berjaya membawa belon tersebut dengan selamat.
Seterusnya adalah Majlis Penutup yang berlangsung pada jam 12.00 tengahari yang telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn. Hj. Abd Hamid bin Ashari. Disamping itu, diumumkan juga pasukan rumah sukan yang mengungguli aktiviti Tamrin Nuqaba ini dengan mata yang tertinggi iaitu Rumah Merah sebagai juara keseluruhan.
“TAHNIAH DIUCAPAKAN KEPADA RUMAH MERAH SEBAGAI PASUKAN TERBAIK”
:)
Selesai sahaja Majlis Penutup program Tamrin Nuqaba peringkat sekolah SMKA Sultan Muhammad, maka para pelajar bersama-sama makan tengahari dan seterusnya bergerak menaiki bas untuk pulang ke sekolah.
Diharapkan program yang telah dijalankan ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan nuqaba yang bersedia dan juga unggul kepada kumpulan usrah masing-masing di samping dapat membentuk mereka ke arah manusia yang berwawasan.
Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama 2013-Hari Ke 2
Hari seterusnya ini dimulakan dengan aktviti qiamullail. Para nuqaba telah dikejutkan seawal jam 4.30 pagi dan seterusnya bersiap untuk aktiviti qiamullail ini. Aktviti ini telah dimulakan pada jam 5.00 pagi dan telah diimamkan oleh saudara Muhammad Izzar bin Ishak. Aktviti ini diteruskan sehingga waktu subuh dan seterusnya para pelajar dibenarkan untuk melakukan aktviti sendiri sehingga jam 7.00 pagi. Aktviti pagi ini diteruskan dengan sarapan dan seterusnya Slot Modul Usrah 2 yang telah disyarahkan oleh saudara Maz Efftikaf bin Hasbullah. Aktiviti tersebut kemudiannya dipanjangkan lagi kepada LDK mengenai apakah yang perlu dibawa semasa keadaan getir iaitu apabila kita terpaksa keluar daripada Negara ke sebuah pulau. Pelbagai ragam nuqaba dapat disaksikan semasa aktiviti ini.
Seterusnya pula adalah aktiviti Slot Ketrampilan Diri yang telah disampaikan oleh saudara Ahmad Waasil bin Zamri yang juga merupakan mantan presiden BADAR sesi 2010/2011. Aktviti ini banyak menyentuh tentang gaya pemakaian serta perwatakan setiap orang dalam kehidupan serta kepentingannya kepada nuqaba terutamanya. Setelah berakhirnya aktiviti-aktviti tersebut,para nuqaba telah makan tengahari dan bersolat zohor. Seterusnya merupakan aktviti yang sangat digemari oleh setiap orang iaitu aktviti lasak. Para nuqaba telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan juga kumpulan B dimana setiap kumpulan akan bergilir-gilir membuat aktviti-aktiviti lasak tersebut. Kumpulan memulakan aktiviti High Rope dan juga Flying Fox manakala kumpulan B melakukan aktviti Wall Climbing. Aktiviti ini diteruskan sehingga petang. Tidak lupa juga kepada guru-guru yangjuga melakukan aktiviti sukan ini iaitu permainan Paint Ball .
Aktiviti malam diteruskan pula kepada persembahan Qasidah Maulid Ad-Dibaei yang dipimpin oleh Kumpulan Maulid Nurul Musthofa SMKA Sultan Muhammad sehingga waktu Isyak. Setelah soat isyak,para nuqaba telah bergerak ke dewan untuk aktiviti usrah bersama-sama dengan guru murabbi masing-masing. Usrah bersama murabbi telah membincangkan mengenai pelabagi aspek untuk para nuqaba sendiri anatarnya kepentingan berusrah, topic perbincangan usrah, bagaimana untuk memahami ahli usrah dan lain-lain lagi.
Seterusnya merupakan aktivit Barbeque. Para nuqaba telah dibahagikan mengikut kumpulan rumah sukan masing-masing dan seterusnya mereka telah dibahagikan perlatan masing-masing serta daging yang peru dibakar. Masing-masing perlu berusaha untuk memastikan bahawa mereka mempu untuk membakar daging kumpulan rumah mereka sebaiknya. Aktiviti banyak berkait rapat dengan kerjasama antara ahli rumah sukan masing-masing. Kerjasama terbaik semasa aktiviti ini telah ditunjukkan oleh rumah merah. Di samping aktiviti BBQ yang dijalankan ini, para pelajar juga telah dihiburkan dengan persembahan maulid Dibaei yang dilakukan sehingga pagi.
Aktiviti ini telah menyaksikan rumah merah sebagai pasukan yang terawal menyelesaikan tugasan mereka(hehe.......) diikuti oleh rumah sukan kuning dan seterusnya adalah rumah sukan hijau dan kahir sekali adalah rumah sukan biru. Setelah selesai, para nuqaba telah pulang ke dorm untuk tidur.
08 Mac 2013
Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama 2013
Para nuqaba telah tiba di Kem Lanchang Melaka pada jam 4.00 petang. seterusnya para pelajar diberikan taklimat program oleh Jurulatih di situ. seterusnya para pelajar telah diberikan kumpulan masing-masing dan seterusnya para pelajar telah bergerak untuk mendirikan khemah masing-masing dan juga menguruskan keperluan masing-masing.
Seterusnya para pelajar telah melakukan solat asar secara berjamaah di surau. Pada jam 6.30 petang, para pelajar telah segera mandi dan membersihkan badan dan seterusnya solat maghrib. Slot pertama dimulakan dengan aktiviti tazkirah maghrib oleh saudara Muhammad Hasif bin Md Kamar selaku Naib Presiden BADAR dan juga mewakili rumah biru. Namun begitu, semasa program pertama sedang dijalankan para pelajar telah dikejutkan dengan hujan lebat yang mula mencurah-curah tanpa henti. Para pelajar tingkatan 6 telah membantu para urusetia untuk mengalihkan barang-barang para naqib ke tempat yang lebih selamat
05 Mac 2013
Ada apa pada ujian
26 Februari 2013
Pelancaran Program Nilam 2013
Nilam yang merupakan singkatan kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan program yang dijalankan saban tahun untuk menggalakkan budaya membaca.
Program galakan membaca ini perlu kesinambungan dengan budaya mencatat. Jika tidak ianya boleh dianggap sia-sia. Membaca adalah proses "in put" manakala menulis atau mencatat adalah proses "out put". Tanpa gabungan ini ianya tidak sempurna. Allah s.w.t memulakan kalamnya yang pertama dengan perintah untuk membaca. Seterusnya Allah memberi isyarat dengan mengajar manusia dengan "kalam" atau pena. Dua gabungan yang mempunyai kuasa hebat yang mampu merubah manusia daripada kejahilan kepada berilmu, daripada mundur kepada bertamadun dan sebagainya.
Diharap kepada semua pelajar agar dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program yang dirancang......"Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menciptakan, Yang menciptakan manusia daripada a'laq, Bacalah dengan nama Tuhan mu yang memuliakan, yang mengajar dengan pena. yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya" (Surah al-A'laq)
Taklimat Perlaksanaan Daurah Mursyid 2013
Alhamdulillah hari ini dapat duduk hadir bersama sahabat-sahabat dalam taklimat perlaksanaan program Daurah Mursyid.
Melihat kepada rangka kasarnya ia merupakan rentetan kepada program Kursus Perdana GPI sebelum ini.
Takkimat yang disampaikan oleh wakil daripada BPI menunjukkan keseriusan pihak pengurusan dalam menyemarakkan program tarbiyah dan tazkiyah ahli-ahli GPI khususnya dan para pelajar muslim umumnya. Semoga matlamat yang digariskan akan dicapai dengan jayanya dan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. Amin
18 Februari 2013
Tausyiah Mudir
Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menggumpulkan kita kembali setelah cuti yang lama sempena Tahun Baru Cina.
Hakikat kehidupan kita. Kita ini adalah milik Allah. Bila-bila masa kita akan dijemput oleh Allah. Pengalaman ustaz menjaga bapa kandung ustaz yang sakit tenat, segala kemahuan dan keperluannya cuba dipenuhi dan ditunaikan. Itulah khidmat yang mampu kita usahakan disaat-saat akhir hayatnya. Setiap kita akan melalui perjalanan ini.
Pesan kepada anak-anak semua pergunakanlah peluang dan masa yang ada untuk berkhidmat kepada mereka serta menggembirakan hati mereka. Berusahalah untuk menggapai redha Allah dengan menggapai redha kedua ibu bapa.
Tahniah buat semua palajar tingkatan 5 serta guru-guru yang terlibat dengan program kecemerlangan, namun diperingatkan agar usaha kecemerlangan akademik tersebut perlu disertakan dengan akhlak dan peribadi yang tinggi. Kejayaan bukan sekadar dengan pencapayai cemerlang di dalam akademik tetapi kejayaan utama adalah berjaya di dalam melaksanakan tuntutan agama, berpribadi tinggi dan berakhlak mulia.
Pihak guru dan pengurusan sering berfikir bagaimana untuk membina generasi yang cemerlang. Perkara ini jika tidak disusuli dengan kerjasama baik oleh para pelajar pasti tiada gunanya. Sikap dendam, sombong dan angkuh perlu dihapuskan dalam jiwa kita seperti yang diajar oleh Islam. Segala masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan baik. Semoga perkara yang berlaku akan menjadi iktibar dan tauladan buat kita semua. Berfikirlah sebelum melakukan apa-apa tindakan. Pastikan apa yang kita lakukan membawa kepada kebaikan.
Akhirnya pesanan buat pelajar yang membawa telefon bimbit, membawa telefon bimbit adalah dilarang sama sekali. Semua telefon yang dirampas akan disimpan oleh Tuan Pengetua. Hanya ibu bapa atau penjaga sahaja yang boleh menuntut telefon yang telah dirampas.
Gunakanlah masa yang ada dengan baik khususnya pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum tahun ini. Jangan terjerat dengan angan-angan sehingga akhirnya kita tidak bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelang.
13 Februari 2013
أيها الشباب Wahai Pemuda
Dr. Fathi Yakan rahimahullahi 'alaih berkata, " Sesungguhnya masyarakat pada hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi terdiri daripada pemuda yang mudah dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh golongan kufur dan syaitan, tetapi keberkatan datang bersama pemuda-pemuda yang tinggi cita-citanya. "
Pesanan AsSyahid Imam Hasan Al-Banna kepada kita, para pemuda Islam:
"Wahai pemuda! Seandainya kamu menyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk 'aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat."
"أنا سائح يطلب الحقيقة ، وإنسان يبحث عن مدلول الإنسانية بين الناس ، ومواطن ينشد لوطنه الكرامة والحرية والاستقرار والحياة الطيبة في ظل الإسلام الحنيف، أنا متجرد أدرك سرّ وجوده ، فنادى إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له ، وبذلك أمرت وأنا من المسلمين ". ( حسن البنا )
28 Januari 2013
Tausyiah Mudir
Alhamdulilah kita masih dapat berhimpun pada pagi ini. Tahniah buat sekua guru, pelajar dan warga kerana kita berjaya menjalankan program pemberian BRIM 2013. Amanah buat para pelajar untuk menggunakan wang yang telah diberikan dengan baik dan bertanggungjawab.
Minggu lalu kita digemparkan dengan berita sekolah kita di dada akhbar dan media masa. Ini berkaitan projek penaik tarafan beberapa bangunan sekolah tanpa menitik beratkan keselamat yang sewajarnya. Untuk itu makluman kepada semua warga untuk tidak memasuki kawasan yang dipagar. Jika berlaku kemalangan kerana keingkaran ianya adalah tanggungjawab sendiri. Pada 29 dan 30 krain akan diletakkan di tapak perhimpunan untuk aktiviti pembangunan untuk itu sekali lagi diingatkan agar para warga tidak memasuki tapak pembinaan.
Selain itu para pelajar dingingatkan agar komited dalam pembelajaran. Pastikan tidak ada yang sambil lewa dan keluar kelas tanpa kebenaran. Gunakan waktu belajar sebaik-baiknya. Untuk semua warga, kita sering dibandingkan dengan SMKA Syarifah Rodziah dari segi pencapaian akademik. Walaupun perbandingannya tidak seimbang namun ia merupakan satu cabaran buat kita semua untuk melakukan peningkatan.
Seterusnya berkaitan dengan kelas tambahan. Sewajarnya para pelajar bijak mengatur masa dan strategi belajar masing-masing. Ujian pencapaian yang lebih diadakan untuk mengukur kemampuan para pelajar. Oleh itu para pelajar harus serius dalam menjawab soalan yang diberikan. Ini memudahkan untuk menempatkan anda pada kelas yang bersesuaian dengan kemampuan anda agar mudah untuk dibantu dan diprogramkan.
Pemantauan berterusan juga akan dijalankan oleh pihak guru begitu juga oleh para ibu bapa.
Akhirnya diingatkan agar semua pelajar untuk turun bersama-sama mengerjakan solat berjemaah. Khususnya solat Zohor berjemaah. Solat merupakan asas kepada ibadah dan asas kepada kejayaan.Mohonlah bantian Allah dengan sabar dan solat.
25 Januari 2013
Program Melayari Bahtera Ibadah Kali Pertama 2013
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadarat ilahi kerana dapat juga program yang bertajuk Melayari Bahtera Ibadah telah dapat dijalankan dengan jayanya melibatkan para pelajar tingkatan 1 dan 2. Program ini dinamakan sedemikian kerana sepanjang program tersebut para pelajar akan diberikan pendedahan mengenai ibadah-ibadah sunnah dan pelbagai sunnah Rasullullah saw yang semakin dilupakan terutamanya di dalam solat. program ini menitikberatkan perihal solat kerana solat merupakan satu ibadah yang sangat penting kepada umat islam.
para peserta tersebut dibahagikan mengikut rumah sukan masing masing iaitu rumah sukan Ibnu Sina,Ibnu Rushd, Al-Farabi dan Al-Khindi bagi membantu pihak sekolah yang ingin melaksanakan sistem rumah sukan di bumi SMKA Sultan Muhammad ini.
Program selama 2 hari tersebut telah memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai kaedah-kaedah solat serta kesalahan- kesalahan yang sering dilakukan semasa solat. Program ini telah diuruskan oleh saudara Muhammad Izzar Ishak dan saudara Muhammad Firdaus Zolkiple sebagai ketua program dan juga dibantu oleh pelajar-pelajar BADAR tingkatan 4, 5 dan 6.
Program ini telah berakhir pada hari ahad di waktu pagi sejurus selepas para pelajar melakukan amali solat dengan sempurna. aktiviti ini menyaksikan keunggulan rumah sukan Ibnu Sina (Merah) sebagai juara diikuti oleh Ibnu Rushd(Hijau) dan Al-Farabi (Biru) dan akhir sekali oleh Al-Khind(Kuning).
Semoga dengan ilmu yang diperolehi oleh mereka dapat diamalkan dan disampaikan kepada warga SMKA Sultan Muhammad ataupun sesiapa sahaja pada masa akan datang.
"Masyarakat Al-Quran Pemangkin Generasi Ar-Rasyidin "
Takbiir.........Allahu Akbar
MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Suatu kisah pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang hebat dan warak yang mengembara. Dalam pengembaraannya dia telah diuji. Dalam perjanan...
-
Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menggumpulkan kita kembali setelah cuti yang lama sempena Tahun Baru Cina. Hakikat kehidupan kita...
-
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Bersyukur kita dengan limpah kurniaan-Nya dapat kita berada di dalam majlis ini. Mengapa kita perlu kepada pengawas? Pernah ada satu ketika...
-
Sabtu (24 Julai 2010 / 13 Sya'ban 1431) SMKA Sultan Muhammad telah menjadi tuan rumah untuk program Kem Kecemerlangan SPM 2010. Program ...
-
Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas limpah rahmatnya berada di dalam majlis ini. Program yang dijalankan ini merupakan majlis a...
-
Ini merupakan salah satu darpada rentetan program anjuran BADAR SMKASM untuk tahun ini. Syabas buat pengarah program dan AJK nya bertungkus...
-
Di situ perlunya kekuatan. Dakwah ini, akhi. Dia bermula dengan seorang pada awalnya. Sama macam pada awal-awal period dakwah Rasulullah ...
-
Inilah wajah-wajah Putera As-Sultan yang telah muncul juara dalam suasana kontroversi sempena festival Nasyid Maal Hijrah 1430H negeri Melak...
-
Petugas ISMA (merupakan bekas pelajar SMKASM) sedang menyediakan kaunter ualan buku dan bahan-bahan berkaitan Palestin. Petugas ISMA sedan...