PENGALAMAN PELAJAR DI PUSAT KUARANTIN MEGA (PPV) MITC MELAKA
Pada 21 Januari 2022,Bumi keramat as-sultan dikejutkan dengan berita kes pelajar positif pertama di SMKA Sultan Muhammad.hal ini telah mendorong pihak sekolah untuk mengarahkan supaya semua pelajar asrama menjalani kuarantin di asrama dan golongan pelajar yang disahkan positif akan dikuarantin di bilik khas dan dihantar ke Pusat Kuarantin Mega (PPV) MITC Melaka.Pelbagai pengorbanan dan sumbangan tenaga telah dicurahkan oleh murabbi As-sultan dalam menjaga kebajikan pelajar terutamanya barisan warden dan PK HEM.Tuntasnya,para pelajar mendapat pengalaman berharga sepanjang menjalani kuarantin di PPV MITC ini khususnya mengenai langkah untuk mengendali kesihatan dan cara mengurus diri tanpa kehadiran keluarga secara langsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan