MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADAN DAN PENUTUP ORIENTASI TINGKATAN 1 2022/1443 HIJRAH
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
.
Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Penghulu
segala Rasul, pembawa rahmat sekalian alam.
3. Sebagaimana kita maklum bulan Ramadhan
adalah satu bulan yang mulia lagi barakah, bulan utama dari bulan – bulan yang
lain di mana. “Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan yang lain”. Ini
jelas dari sabda Rasulullah SAW maksudnya :Dialah (bulan Ramadhan) bulan
kesabaran danpengajaran. Ganjaran kesabaran ialah Syurga. Di awal Ramadhan
disediakan kerahmatan, ditengahnya pengampunan dan diakhirnya dibebaskan dari
api neraka
. 4. Ramadhan yang datang kepada kita setahun
sekali membawa berbagai - bagai keberkatan dan kerahmatan dari Allah S.W.T.
Sesungguhnya para muslimin, muslimat yang ikhlas kepada Allah S.W.T. akan
berasa sangat gembira dengan kedatangan bulan yang mulia lagi berakah ini.
5. Ini
kerana pada bulan ini, umat islam berpeluang untuk melaksanakan berbagai- bagai
amal ibadat yang sunat dan fardhu dengan menghayati semaksima mungkin bagi
mengumpulkan pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.
Hadirin hadirat sekalian,
6.Sehubungan dengan itu,pelbagai pengisian dan
program telah dirancang oleh Jawatankuasa pengelola antaranya program solat
terawih secara berjemaah,program tadarus al-quran,program solat dhuha,program
sumbangan khairul husna dan pelbagai pertandingan yang telah disediakan.
7. Oleh itu, marilah sama - sama kita
meletakan ramadhan ini sebagai medan yang terbaik untuk memperhambakan diri
dengan sebaik - sebaiknya. Jadikan ramadhan pada kali ini ramadhan yang sangat
berkualiti dari yang sebelumnya agar kita mencapai tahap “Mardhatillah”.
8. Gunakanlah peluang yang ada ini untuk
meningkatkan amalan seperti bertadarus, bersedekah, qiyamullail dan sebagainya.
Amatlah rugi sekiranya Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihan kita sia
-siakan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
9. Di kesempatan ini juga saya ingin
merakamkan jutaan penghargaan kepada semua jawatankuasa yang akan menjayakan
setiap aktiviti Ramadhan. Terima kasih juga kepada Pihak BADAR yang yang menjadi nadi kepada setiap program
sepanjang ramadhan dan sentiasa memberi komitmen yang terbaik bagi memastikan
setiap program berjalan dengan lancar.
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah.
10. Sebagai pengakhir kata marilah kita renung
bersama pantun ini ,semoga ramadhan ini dapat meningkatkan iman kita.
UCAPAN PERASMIAN DARIPADA PUAN HAJAH ZAITUN BINTI ISMAIL
PERSEMBAHAN SELAWAT DAN QASIDAH DARIPADA AHMAD FARID SAFWAN BIN AHMAD SANUSI
TAKLIMAT PROGRAM SEPANJANG RAMADAN