Jumaat, 3 September 2010, SMKA Sultan Muhammad selesai melaksanakan Majlis Penutup Ihya' Ramadhan 1431 H.Setelah perancangan yang hebat dan perlaksanakan yang meriah Program Ihya' Ramadhan pun menutup tirainya. Tepat jam 10 .00 pagi semua warga SMKA Sultan Muhammad berhimpun di Dewan Ibnu Batutah untuk menghadiri majlis tersebut. Majlis dimualkan dengan ucapan alu-aluan dan bacaan Al-Quran. Setelah itu di ceriakan dengan persembahan multimedia "review" sepanjang Ramadhan. Setelah itu ucaptama dari Tn Pengetua Tn Hj Ariffin b. Omar. Beliau memberikan taujihat yang banyak menyentuh berkaitan amalan susulan sesudah bulan Ramadhan. Sewajarnya ketaatan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan berterusan walaupun Ramadhan kali ini telah melabuhkan tirainya. Setelah mendengar taujihat daripada tuan pengetua majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kebajikan kepada anak-anak yatim dan anak-anak miskin. Setelah itu penyampaian sijil-sijil penghargaan dan saguhati kepada ahlijawatankuasa pelajar yang telah bertungkus lumus untuk melaksanakan program sepanjang Program Ihyak Ramadhan. Semoga program yang dijalankan dapat menjinakkan diri kita kepada tuhan dan menjadikan kita hamba yang sentiasa mendapat keredhaan-Nya serta sentiasa dicucuri rahmat dari-Nya. Amin. Tahniah buat semua.
11 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Bermula 26 Julai hingga 30 Julai putera puteri As-Sultan akan menduduki ujian bulan Julai. Ujian yang ke 3. Pelajar-pelajar ting 3 pula aka...
-
Perjumpaan kali pertama di Surau al-Islah untuk program MyUsrah dapat dijalankan al-hamdulillah. Namun sedikit masalah teknikal yang perlu...
-
Alhamdulillah dengan limpah rahmat Allah s.w.t pihak pengurusan BADAR SMKA Sultan Muhammad dengan kerjasama Pengurusan Asrama SMKASM dapat...
-
Program dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh Ustaz Tuba Nihrir bin Hasan sebagai penyelaras besar program SUMUR. Beliau menekankan tenta...
-
Shahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan program yang dicetuskan untuk mempertingkatkan dan mengukur pencapaian sahsiah pel...
-
Pada 8, 9 dan 10 Mac 2013, telah dijalankan program tamrin nuqaba peringkat asrama SMKA Sultan Muhammad Melaka yang dianjurkan oleh BAdan...
-
Pelajat Berkumpul di dataran as-Sultan untuk mendengan taklmat program. Pelajar-pelajar menunggu ibu bapa masing-masing untuk berbincang ...
-
Syeikh Johari Salih dan Ust. Khairilanuar Salim bersama MT BADAR dan BADAR HELWA.
-
Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta menetukan kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Memandangkan disiplin...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan