11 April 2009, Sabtu selepas solat maghrib, Badan Pengawas Asrama dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah telah menganjurkan proram makan beradab pelajar-pelajar asrama buat kali pertama. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil pelajar Penerusi BADAR saudara Hazrul bin Sahak mewakili ketua umum. Di dalam ucapannya beliau banyak menyentuh tentang perlunya warga asrama menjaga tingkah laku untuk menjamin kesejahteraan dan keselesaan hidup di asrama. program diteruskan dengan ucapan wakil dari 2 orang warden ustaz Muhd Syawal dan Ust Khairilanuar yang menyentuh serba sedikit berkaitan syahsiah pelajar dan kepentingan mewujudkan suasana kasih sayang antara kita.Antara guru-guru dan warden yang sudi hadir memeriahkan program ini ialah ust Syamsudin, ust Zulkifli, ust Mizam dan guru-guru praktikal. Sesi ucapan diakhiri dengan ucaptama yang disampaikan oleh Ustaz Abd Hamid Ashari selaku HEM dan wakil pentadbir. Selepas itu majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah untuk program-program asrama yang telah dialankan. Setelah itu majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan acara bersalam-salaman antara warga asrama SMKA Sultan Muhammad.
Setelah itu semua warga asrama bergerak ke dewan makan asrama untuk jamuan. Menu pada kali ini ialah Nasi Beriani. Alhamdulillah secara umumnya program berjalan dengan lancar walaubagaimanapun terdapat sedikit masalah di bahagian air minuman di mana sebahagian pelajar tidak dapat merasai air bandung yang disediakan. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, segala kekurangan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.
12 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Hari ini pelajar-pelajar tingkatan 3 dibawa melawat ke sekitar Bandar Melaka. Mereka akan dibawa menyelusuri Sungai Melaka yang bersejarah ...
-
Taqarrub Ramadhan anjuran Unit HEM Jabatan Pelajaran Melaka. Bermula jam 6.15 ptg dengan bacaan Maulid dan Qasyidah al-Madaih an-Nabawiy...
-
Apabila kita mula melangkah kesesuatu tempat kita perlu memasang niat, apakah tujuan kita berada di situ. Kerana kebiasaannya begitulah manu...
-
Program diserikan dengan kehadirang al-Fadhil Ustaz Fakhrul PU untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan Peristiwa Badar Kubra (Gazwah Badar) d...
-
Isu yang pertama yang perlu difahami oleh setiap pelajar dan warga SMKA Sultan Muhammad adalah persoalan mengapa kita menganut Islam. Mun...
-
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian (berpisahnya roh dari jasadnya). Itulah jaminan Allah yang pernah disebut dalam K...
-
1. Pengenalan Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR) merupakan landasan tarbiyah buat anak-anak didik dan warga sekolah dalam memahami dan me...
-
Bermula 26 Julai hingga 30 Julai putera puteri As-Sultan akan menduduki ujian bulan Julai. Ujian yang ke 3. Pelajar-pelajar ting 3 pula aka...
-
السلام عليكم و رحمة Sesi pempelajaran penggal pertama bersambung dan bermula dengan langkah yang cantik. Minggu ni dilancarkan Program Buday...
-
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته Lama rasanya blog ni tak diselenggara dan di update . Nampaknya terpaksalah sifu ambil alih sementara me...
1 ulasan:
Satu penganjuran majlis yg bagus....
Catat Ulasan