09 Mac 2013
Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama-Hari Terakhir
Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama 2013-Hari Ke 2
Hari seterusnya ini dimulakan dengan aktviti qiamullail. Para nuqaba telah dikejutkan seawal jam 4.30 pagi dan seterusnya bersiap untuk aktiviti qiamullail ini. Aktviti ini telah dimulakan pada jam 5.00 pagi dan telah diimamkan oleh saudara Muhammad Izzar bin Ishak. Aktviti ini diteruskan sehingga waktu subuh dan seterusnya para pelajar dibenarkan untuk melakukan aktviti sendiri sehingga jam 7.00 pagi. Aktviti pagi ini diteruskan dengan sarapan dan seterusnya Slot Modul Usrah 2 yang telah disyarahkan oleh saudara Maz Efftikaf bin Hasbullah. Aktiviti tersebut kemudiannya dipanjangkan lagi kepada LDK mengenai apakah yang perlu dibawa semasa keadaan getir iaitu apabila kita terpaksa keluar daripada Negara ke sebuah pulau. Pelbagai ragam nuqaba dapat disaksikan semasa aktiviti ini.
Seterusnya pula adalah aktiviti Slot Ketrampilan Diri yang telah disampaikan oleh saudara Ahmad Waasil bin Zamri yang juga merupakan mantan presiden BADAR sesi 2010/2011. Aktviti ini banyak menyentuh tentang gaya pemakaian serta perwatakan setiap orang dalam kehidupan serta kepentingannya kepada nuqaba terutamanya. Setelah berakhirnya aktiviti-aktviti tersebut,para nuqaba telah makan tengahari dan bersolat zohor. Seterusnya merupakan aktviti yang sangat digemari oleh setiap orang iaitu aktviti lasak. Para nuqaba telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan juga kumpulan B dimana setiap kumpulan akan bergilir-gilir membuat aktviti-aktiviti lasak tersebut. Kumpulan memulakan aktiviti High Rope dan juga Flying Fox manakala kumpulan B melakukan aktviti Wall Climbing. Aktiviti ini diteruskan sehingga petang. Tidak lupa juga kepada guru-guru yangjuga melakukan aktiviti sukan ini iaitu permainan Paint Ball .
Aktiviti
malam diteruskan pula kepada persembahan Qasidah Maulid Ad-Dibaei yang dipimpin
oleh Kumpulan Maulid Nurul Musthofa SMKA Sultan Muhammad sehingga waktu Isyak.
Setelah soat isyak,para nuqaba telah bergerak ke dewan untuk aktiviti usrah
bersama-sama dengan guru murabbi masing-masing. Usrah bersama murabbi telah
membincangkan mengenai pelabagi aspek untuk para nuqaba sendiri anatarnya
kepentingan berusrah, topic perbincangan usrah, bagaimana untuk memahami ahli
usrah dan lain-lain lagi.
Seterusnya merupakan aktivit Barbeque. Para nuqaba telah dibahagikan mengikut kumpulan rumah sukan masing-masing dan seterusnya mereka telah dibahagikan perlatan masing-masing serta daging yang peru dibakar. Masing-masing perlu berusaha untuk memastikan bahawa mereka mempu untuk membakar daging kumpulan rumah mereka sebaiknya. Aktiviti banyak berkait rapat dengan kerjasama antara ahli rumah sukan masing-masing. Kerjasama terbaik semasa aktiviti ini telah ditunjukkan oleh rumah merah. Di samping aktiviti BBQ yang dijalankan ini, para pelajar juga telah dihiburkan dengan persembahan maulid Dibaei yang dilakukan sehingga pagi.
Aktiviti ini telah menyaksikan rumah merah
sebagai pasukan yang terawal menyelesaikan tugasan mereka(hehe.......) diikuti oleh rumah
sukan kuning dan seterusnya adalah rumah sukan hijau dan kahir sekali adalah
rumah sukan biru. Setelah selesai, para nuqaba telah pulang ke dorm untuk
tidur.
08 Mac 2013
Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama 2013
Pada 8, 9 dan 10 Mac 2013, telah dijalankan program tamrin nuqaba peringkat asrama SMKA Sultan Muhammad Melaka yang dianjurkan oleh BAdan Dakwah dan Kerohanian(BADAR) dan juga SPUS. Kem ini adalah lanjutan daripada kursus yang pernah diadakanb sebelum ini pada tahun ini.
Program ini telah dijalankan di Pusat Kokurikulum Lanchang Melaka ini telah disertai oleh para naqib yang telah dilantik oleh pihak pengurusan BADAR di bawah Lujnah Usrah. Secara keseluruhannya, Ketua Koordinator bagi program ini adalah saudara Muhamamd Zaid bin Hj. Roslan manakala ketua fasilitator adalah saudara Muhamamd Syazwan bin Mokhtar dan juga saudara Ahmad Nur Amsyar bin Azman sebagai ketua Urusetia.
Hari Pertama -8 Mac 2013
Para nuqaba telah tiba di Kem Lanchang Melaka pada jam 4.00 petang. seterusnya para pelajar diberikan taklimat program oleh Jurulatih di situ. seterusnya para pelajar telah diberikan kumpulan masing-masing dan seterusnya para pelajar telah bergerak untuk mendirikan khemah masing-masing dan juga menguruskan keperluan masing-masing.
Seterusnya para pelajar telah melakukan solat asar secara berjamaah di surau. Pada jam 6.30 petang, para pelajar telah segera mandi dan membersihkan badan dan seterusnya solat maghrib. Slot pertama dimulakan dengan aktiviti tazkirah maghrib oleh saudara Muhammad Hasif bin Md Kamar selaku Naib Presiden BADAR dan juga mewakili rumah biru. Namun begitu, semasa program pertama sedang dijalankan para pelajar telah dikejutkan dengan hujan lebat yang mula mencurah-curah tanpa henti. Para pelajar tingkatan 6 telah membantu para urusetia untuk mengalihkan barang-barang para naqib ke tempat yang lebih selamat

Para nuqaba telah tiba di Kem Lanchang Melaka pada jam 4.00 petang. seterusnya para pelajar diberikan taklimat program oleh Jurulatih di situ. seterusnya para pelajar telah diberikan kumpulan masing-masing dan seterusnya para pelajar telah bergerak untuk mendirikan khemah masing-masing dan juga menguruskan keperluan masing-masing.
Seterusnya para pelajar telah melakukan solat asar secara berjamaah di surau. Pada jam 6.30 petang, para pelajar telah segera mandi dan membersihkan badan dan seterusnya solat maghrib. Slot pertama dimulakan dengan aktiviti tazkirah maghrib oleh saudara Muhammad Hasif bin Md Kamar selaku Naib Presiden BADAR dan juga mewakili rumah biru. Namun begitu, semasa program pertama sedang dijalankan para pelajar telah dikejutkan dengan hujan lebat yang mula mencurah-curah tanpa henti. Para pelajar tingkatan 6 telah membantu para urusetia untuk mengalihkan barang-barang para naqib ke tempat yang lebih selamat
"Jutaan terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 tersebut"
Seterusnya, para pelajar telah bergerak untuk aktiviti pertama iaitu "Tidak Kenal Maka Taaruf". Para fasilitator telah memperkenalkan diri masing-masing dalam slot ini dimana para fasilitator dan juga urusetia adalah terdiri daripada bekas -bekas pelajar SMKA Sultan Muhamamd sendiri.
Aktiviti seterusnya adalah "Modul Usrah 1" dan juga "Modul Usrah 2 " di mana para nuqaba telah didedahkan dengan kaedah-kaedah usrah serta kepentingannya dan juga kepentingan untuk memahami setiap ahli usrah anda. Seterusnya para nuqaba juga telah didedahkan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)yang telah diketuai oleh fasilitator masing-masing.
Tidak dilupakan juga pada malam tersebut, Pengetua SMKA Sultan Muhammad, Tn.Hj. Muhd Hairi bin Tamam telah turit sama hadir bagi meberikan semangat kepada para nuqaba dari SMKASM ini mengenai kepentingan mereka terhadap usrah dan juga kerohanian setiap pelajar. Di samping itu, tuan pengetua juga turut merasmikan pembukaan program tersebut.
Program akhir adalah para nuqaba telah membaca bersama-sama surah Al-Mulk dan kemudiannya para pelajar dibenarkan untuk mengemaskan barang masing-masing dan juga tidur. Namun begitu, para nuqaba akan diberikan tugas untuk sentri malam secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh urusetia .
Location:
Malacca, Melaka, Malaysia
05 Mac 2013
Langgan:
Ulasan (Atom)
MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Hari ini pelajar-pelajar tingkatan 3 dibawa melawat ke sekitar Bandar Melaka. Mereka akan dibawa menyelusuri Sungai Melaka yang bersejarah ...
-
Program diserikan dengan kehadirang al-Fadhil Ustaz Fakhrul PU untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan Peristiwa Badar Kubra (Gazwah Badar) d...
-
1. Pengenalan Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR) merupakan landasan tarbiyah buat anak-anak didik dan warga sekolah dalam memahami dan me...
-
Taqarrub Ramadhan anjuran Unit HEM Jabatan Pelajaran Melaka. Bermula jam 6.15 ptg dengan bacaan Maulid dan Qasyidah al-Madaih an-Nabawiy...
-
Apabila kita mula melangkah kesesuatu tempat kita perlu memasang niat, apakah tujuan kita berada di situ. Kerana kebiasaannya begitulah manu...
-
Isu yang pertama yang perlu difahami oleh setiap pelajar dan warga SMKA Sultan Muhammad adalah persoalan mengapa kita menganut Islam. Mun...
-
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian (berpisahnya roh dari jasadnya). Itulah jaminan Allah yang pernah disebut dalam K...
-
Bermula 26 Julai hingga 30 Julai putera puteri As-Sultan akan menduduki ujian bulan Julai. Ujian yang ke 3. Pelajar-pelajar ting 3 pula aka...
-
السلام عليكم و رحمة Sesi pempelajaran penggal pertama bersambung dan bermula dengan langkah yang cantik. Minggu ni dilancarkan Program Buday...
-
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته Lama rasanya blog ni tak diselenggara dan di update . Nampaknya terpaksalah sifu ambil alih sementara me...