Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia minuteman
Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata
Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
29 Mac 2011
Mabruk Buat Wakil MTQ SMSM
Hari ini warga SMSM telah mendapat berita gembira dengan kemenangan wakil-wakilnya di MTQ Kawasan Bukit Cina yang dujalankan di SMK Tinggi Melaka. Alhamdulillah Saudara Radhi telah mendapat tempat ke 3 dalam Syarahan. Sememangnya sengit dengan penyertaan penuh dari banyak sekolah. Manakala saudara Mohd Noor telah mendapat johan dalam Hafazan begitu juga peserta kita di dalam Tilawah al-Quran saudara Ammar. Semoga kejayaan yang diperolehi akan dapat dipertahankan di peringkat negeri nanti. Pertandingan peringkat negeri akan di adakan di SMKA Syarifah Rodziah insya Allah pada 14 April 2011. Kepada para penyokong sama-sama kita doakan dan terus memberi sokongan.
"Manusia yang terbaik adalah yang terbanyak memberi manfaat kepada orang lain'
25 Mac 2011
Majlis Penyampaian Watikah Keputusan SPM 2010
Alhamdulillah sekalung tahniah kepada seluruh warga SMKA Sultan Muhammad umumnya di atas keputusan SPM 2010 yang memberangsangkan. Tahun ini 3 orang putera as-Sultan mendapat keputusan 11A. Tahniah khusus buat barisan kepimpinan BADAR yang lepas kerana kebanyakan mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Menggungguli dibarisan hadapan Bendahari BADAR Saudara Hanafi yang mendapat 11A 1B dan Presiden BADAR saudara Ahmad Wasil yang memperolehi 10A 1B. Walaupun sibuk merancang dan menguruskan program BADAR yang padat mereka mampu menunjukkan kecemerlangan dalam kademik. Inilah janji Allah s.w.t buat pembantu-pembantu agama Allah. "jika kamu bantu (agama) Allah (pasti) Allah akan membantumu". Tetapi ingat. segulong sijil SPM hanya sekadar tiket untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang. Semoga kita istiqamah dengan perjuangan. Liku-liku yang mendatang mungkin akan lebih mencabar. Pesan kami jangan lupa Di sinilah tempat ku bermula! SMKA Sultan Muhammad.
Sof Kepimpinan BADAR 2009/2010 dalam kenangan.
"Manusia yang terbaik adalah yang terbanyak memberi manfaat kepada orang lain'
Kejayaan Hakiki vs Kegagalan Hakiki!
Alhamdulillah lafaz agong yang menyusul selepas basmalah (singkatan bagi بسم الله الرحمن الرحيم) di dalam surah pembuka al-Quranil-Karim (Surah al-Fatihah). Dia-lah yang mengatur segala yang tercipta. Tersimpul di dalam lafaz Rabil a'lamin (pemelihara/pengatur semesta alam). Janji kejayaan buat yang taat dan kebinasaan buat yang ingkar dan maksiat. Tiada daya dan upaya buat seorang hamba untuk mengelak daripada dua ketentuan ini.
Kadang-kadang kita alpa pesan Allah dan rasul-Nya. Allah menilai manusia bukan dari paras rupa, harta atau kuasa (kedudukan) tapi nilai taqwa dan akhlak mulia. Jika nilai kejayaan manusia pada harta pasti merana si papa. Jika dilihat dari kecantikan paras rupa pasti kecewa mereka yang cacat wajahnya. Jika dilihat dari kebijakannya pasti rasa terhina si dungu akalnya. Tapi Allah Maha Adil, memadai bagi siapa yang taat perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya untuk berjaya.
Kejayaan dunia adalah gambaran kejayaan akhirat. Bayangkan kerana terlalu gembira seseorang tidak dapat menahan aliran air mata. Kerana terlalu gembira dengan kejayaan dunia seseorang hilang kewarasan akalnya. Kerana terlalu gembira ada yang tersasul bicara. Semuanya berlaku secara tidak sengaja dek kerana terlalu gembira. Alangkah bagaimana jika kejayaan itu adalah kejayaan yang diisytiharkan Allah s.w.t di akhirat kelak. Pasti kegembiraan yang mengatasi segala kegembiraan. Tapi jika sebaliknya pasti kedukacitaan yang tidak dapat digambarkan hanya saja sebagai peringatan Allah merakamkan cerita si gagal (di akhirat) dengan ungkapan "ya laitani kuntu turaba" (Ya Allah alangkah baik jika aku tidak dibangkitkan (hanya sekadar tanah))
Memilih di antara dua jalan
"Manusia yang terbaik adalah yang terbanyak memberi manfaat kepada orang lain'
22 Mac 2011
Kenapa sibuk nak kena catat?
السلام عليكم و رحمة
Sesi pempelajaran penggal pertama bersambung dan bermula dengan langkah yang cantik. Minggu ni dilancarkan Program Budaya Mencatat. Semua pelajar diwajibkan memiliki buku catatan. Mereka dikehendaki mencatat setiap isi penting yang mereka dapat samada daripada kelas-kelas tafaquh atau daripada mana-mana program ceramah dan ucapan
Kenapa Mesti Catat?
Oleh kerana sifat ingatan manusia itu sangat terbatas, satu-satunya cara untuk mengekalkan idea-idea hebat dan maklumat-maklumat penting ialah merekodnya. Banyak cara yang boleh kita gunakan dan paling mudah serta jimat kos ialah TULIS atau Mencatat.
Ibnu Batutah, penulis karya agong “Rehlah Ibnu Batutah" tidak pernah menyangka catatan pelayarannya yang panjang mampu menjadi sebuah karya yang agong. Menjadi rujukan para ilmuan. Bukan sahaja oleh para pengembara tetapi ilmuan dalam pelbagai bidang antaranya merangkumi geografi, kemasyarakatan, politik, pengurusan dan kerohanian.
Billi Lim, penulis buku “BERANI GAGAL’ menggunakan cara ini sekian lama. Dia mencatat semua ideanya di dalam buku 555. Itulah hartanya yang paling berharga sampai Billi berkata, “Rumah saya terbakar saya tak sedih, saya boleh bina semula. Tapi kalau buku-buku catatan idea saya ni terbakar, hidup saya musnah..!!”
Billi Lim, penulis buku “BERANI GAGAL’ menggunakan cara ini sekian lama. Dia mencatat semua ideanya di dalam buku 555. Itulah hartanya yang paling berharga sampai Billi berkata, “Rumah saya terbakar saya tak sedih, saya boleh bina semula. Tapi kalau buku-buku catatan idea saya ni terbakar, hidup saya musnah..!!”
Para sahabat Rasulullah r.a yang pandai menulis dilantik menjadi pencatat wahyu.
Mereka mempunyai kududukan istimewa di sisi Rasulullah s.a.w
Budaya mencatat ini tersangat-sangat kritikal dalam masyarakat kita. Bukan tak ada idea, kita cuma malas mencatat. Kita lebih suka mencatat rutin kerja harian daripada mencatat idea-idea baru. Idea yang lebih berharga daripada segunung emas lenyap di telan masa.
Mulai hari ini, catatkan hikmah-hikmah, informasi, maklumat dan idea-idea yang memenuhi minda anda. Jadikan budaya mencatat sebahagian daripada hidup anda.
Saya percaya, salah satu idea,maklumat, informasi atau hikmah yang anda catat itu bakal mengubah hidup anda buat selama-lamanya. Insya Allah..Sapa tahu, satu hari nanti karya (catatan) anda akan menjadi rujukan para ilmuan seperti pencatat-pencatat agong yang silam.
"Manusia yang terbaik adalah yang terbanyak memberi manfaat kepada orang lain'
16 Mac 2011
APAKAH MAKNANYA أخوّة في الله و لله (persahabatan dlm Islam/bersaudara kerana Allah)?
Seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami? Bagaimana kita menjaga ukhwah itu?
Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula.Begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat.Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita.Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan.Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu.
Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. Kenapa kita dengan orang barat berbeza dalam bersahabat? Orang barat bersahabat untuk keperluan dunia sahaja tapi orang islam bersahabat mengharapkan pertemuan hingga ke syurga.
Atas dasar kerana Allah s.w.t , ikatan yang paling kuat antara hati dan akal. Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.
"Manusia yang terbaik adalah yang terbanyak memberi manfaat kepada orang lain'
Berkenalan (التعارف)
Apabila meniti bait-bait nasyid yang dipopularkan semula oleh kumpulan Hijaz tiba-tiba bemain di dalam minda tentang sejauhmana kita telah mengenal teman seperjuangan kita? Benarkah sukar mencari rakan seperjuangan? Adakah kita sudah jelas dengan erti ukhuwah (persaudaraan) setelah lama kita ditarbiyah di dalam usrah?
Sama-sama kita renungkan ini :
Dunia Yang Sepi
Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz
Munsyid : Hijjaz
Nilai persaudaraan sangat besar di dalam Islam. Rasulullah telah mempersaudarakan golongan muhajirin dan ansor bahkan menjanjikan ganjaran yang sangat besar bagi mereka yang bersaudara semata mata kerana Allah. Suatu ketika Rasulullah s.a.w bertanya kepada Saidina Bilal apakah yang menyebabkan beliau dapat mendengar derap langkahnya ketika Baginda Rasulullah s.a.w dibawa melawat ke dalam syurga sewaktu Israk dan Mi'raj. Lalu Saidina Bilal menjawab iaitu mungkin amalannya yang sering memperbaharui wuduk dan bersolat sunat setiap kali selepas daripada berwuduk. Apa yang nak saya fokuskan di sini bagaimana hampirnya Rasulullah s.a.w dengan para sahabatnya dan betapa kenalnya Baginda dengan sahabat-sahabatnya sehingga beliau s.a.w dapat mengenal derap langkah sahabatnya. Tidakkah ini cukup bagi kita untuk bermuhasabah sejauhmana kita mengenali rakan seperjuangan kita? Persaudaraan yang terbina dengan ikatan hati semata-mata kerana Allah mempunyai nilai yang besar dan akan pasti membawa impak yang besar dalam kerja Islami (amal Islami) Semoga kita dapat sama-sama mengislah diri demi menjadi mujahid sejati.
Adakah kita sudah berukhuwah kerana Allah?
"Manusia yang terbaik adalah yang terbanyak memberi manfaat kepada orang lain'
15 Mac 2011
Membina Generasi Penggerak
11, 12 dan 13 Mac 2011 Bermula hari Jumaat hingga Ahad beberapa orang ahli BADAR SMKA Sultan Muhammad telah menyertai program Nadwah Kepimpinan Islam di SBPI Selandar.
Setiap sesuatu perlukan pengorbanan walaupun sebahagian pelajar terus pulang ke kampung sempena cuti pertengahan penggal wakil-wakil BADAR kita sanggup berkorban meluangkan masa bersama-sama 100 orang peserta lain dalam program ini. Alhamdulillah semua wakil-wakil kita dapat mengharungi semua cabaran hingga ke akhirnya. Sekalung tahniah buat semua terutama buat Sdr. Ammar Sani kerana terpilih menjadi peserta terbaik di dalam program ini.
BADAR SMKA Sultan Muhammad sangat-sangat berharap kepada para perwakilan kita agar dapat meneruskan kecemerlangan BADAR kita untuk masa-masa akan datang.
Guru-guru yang turut memberi sokongan dalam menjayakan program ini.
Para perwakilan BADAR SMSM diberi penghormatan menaiki van SMSM untuk ke SBPI Selanadar
Setiap sesuatu perlukan pengorbanan walaupun sebahagian pelajar terus pulang ke kampung sempena cuti pertengahan penggal wakil-wakil BADAR kita sanggup berkorban meluangkan masa bersama-sama 100 orang peserta lain dalam program ini. Alhamdulillah semua wakil-wakil kita dapat mengharungi semua cabaran hingga ke akhirnya. Sekalung tahniah buat semua terutama buat Sdr. Ammar Sani kerana terpilih menjadi peserta terbaik di dalam program ini.
BADAR SMKA Sultan Muhammad sangat-sangat berharap kepada para perwakilan kita agar dapat meneruskan kecemerlangan BADAR kita untuk masa-masa akan datang.
Guru-guru yang turut memberi sokongan dalam menjayakan program ini.
Para perwakilan BADAR SMSM diberi penghormatan menaiki van SMSM untuk ke SBPI Selanadar
"Manusia yang terbaik adalah yang terbanyak memberi manfaat kepada orang lain'
Cuti Pertengahan Penggal Pertama 2011
Lama rasanya blog ni tak diselenggara dan diupdate. Nampaknya terpaksalah sifu ambil alih sementara mengemaskini blog ni. Kadang-kadang kita lihat sesuatu tugasan tu macam simpel untuk di laksanakan tetapi ia tidak seperti yang kita sangkakan. Kerja yang mudah tapi kalau ianya diambil mudah akan jadi susah dan akhirnya tergendala. Lebih-lebih lagi kalau tugasan itu tiada imbuhan segera. Memang menguji keikhlasan hati. Istiqamah dalam satu-satu tugas atau taklif adalah suatu yang mujahadah (mencabar), tetapi mereka yang berjaya pasti merasai kemanisannya.
"Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan"
Satu perkara yang kita perlu faham bahawa semua amal kerja kita akan diberi balasan oleh Allah. Ikhlaskan hati pada setiap amalan kita insyalah kajayaan itu sudah hampir bagi Islam. Sediakanlah diri kita untuk menjadi pembantu-pembantu agama Allah.
"Manusia yang terbaik adalah yang terbanyak memberi manfaat kepada orang lain'
Langgan:
Catatan (Atom)
MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Suatu kisah pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang hebat dan warak yang mengembara. Dalam pengembaraannya dia telah diuji. Dalam perjanan...
-
Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menggumpulkan kita kembali setelah cuti yang lama sempena Tahun Baru Cina. Hakikat kehidupan kita...
-
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Bersyukur kita dengan limpah kurniaan-Nya dapat kita berada di dalam majlis ini. Mengapa kita perlu kepada pengawas? Pernah ada satu ketika...
-
Sabtu (24 Julai 2010 / 13 Sya'ban 1431) SMKA Sultan Muhammad telah menjadi tuan rumah untuk program Kem Kecemerlangan SPM 2010. Program ...
-
Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas limpah rahmatnya berada di dalam majlis ini. Program yang dijalankan ini merupakan majlis a...
-
Ini merupakan salah satu darpada rentetan program anjuran BADAR SMKASM untuk tahun ini. Syabas buat pengarah program dan AJK nya bertungkus...
-
Di situ perlunya kekuatan. Dakwah ini, akhi. Dia bermula dengan seorang pada awalnya. Sama macam pada awal-awal period dakwah Rasulullah ...
-
Inilah wajah-wajah Putera As-Sultan yang telah muncul juara dalam suasana kontroversi sempena festival Nasyid Maal Hijrah 1430H negeri Melak...
-
Petugas ISMA (merupakan bekas pelajar SMKASM) sedang menyediakan kaunter ualan buku dan bahan-bahan berkaitan Palestin. Petugas ISMA sedan...