15 Julai 2016

Majlis Pelancaran Pembudayaan Bacaan Al-Quran (Surah Al-Kahfi)

15 Julai 2016 - "Marilah bersama kita jadikan amalan membaca al-Quran ini sebagai satu budaya dalam kehidupan kita."
"Saya mencadangkan bacaan Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat adalah bagi menyahut saranan Rasulullah dan para ulamak yang amat menggalakkan kita membacanya. Diharapkan amalan ini akan dapat membantu kita mendepani pelbagai masalah dan cabaran masakini khususnya daripada fitnah Dajjal,".
Inilah antara intipati ucapan Yang Berbahagia Tuan Hj. Abu Bakar bin Sahari, Pengarah Pendidikan Melaka semasa melancarkan Program Pembudayaan Bacaan Al-Quran (Surah Al-kahfi) sekolah-sekolah negeri Melaka pada pagi ini.
Program ini telah dilaksanakan secara serentak di semua sekolah rendah dan menengah di negeri Melaka.
Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Pengarah Pendidikan Melaka di Surau SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka seawal jam 7.30 pagi dengan disertai Pengetua dan Guru Besar SMKA dan SABK Negeri Melaka serta semua warga SMKA Sultan Muhammad.
Hadir sama mengimarahkan majlis adalah Hj. Mohd. Rashid bin Mohd Sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka; Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ketua Sektor Pendidikan Islam; En. Abdul Halim bin Abdul Malek, Pegawai PPD Melaka Tengah dan juga para pegawai SPI, JPN Melaka. — di SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka.
https://m.facebook.com/media/set/?set=a.1224361484271215.1073742168.200301723343868&type=1&l=746d94569b
#ihsan Unit Multimedia SPI 

22 Jun 2016

Majlis Penghayatan Peristiwa Badar Kubra & Nuzul Quran

Program diserikan dengan kehadirang al-Fadhil Ustaz Fakhrul PU untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan Peristiwa Badar Kubra  (Gazwah Badar) dan penurunan Al-Quran.

Bulan Ramadhan merupakan bulan barakah yang padanya pelbagai nikmat zahir dan batin yang disediakan oleh Allah s.w.t. Di bulan ini juga begitu banyak peristiwa-peristiwa penting yang berlaku. Peristiwa-peristiwa yang berlaku ini seharusnya difahami dan dihayati oleh setiap umat Islam. Dengab menghayatinya mampu memperteguh iman dan meningkatkan usaha untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t.

17 Jun 2016

Tazkirah Ramadhan 1 Bersama Imam Muda Palestin

Majlis bermula jam 7.15 pg dengan alunan zikir-zikir munajat.
Seterusnya wakil daripada Aman Palestin telah memberikan sedikit pengenalan berkaitan latar belakang tetamu undangan. Selepas itu majlis diteruskan dengan penyampian tausyiah daripada tetamu undangan. 
 
Tausyiah membicarakan tantang kepentingan ilmu dalam kehidupan orang-orang yang beriman. Menuntut Ilmu adalah suatu keutamaan yang besar di dalam Islam. Setiap sesuatu perkara di dalam agama perlu kepada ilmu. Ini bermakna keberlangsungan kecemerlangan dan keagungan Islam terkait dengan sejauh mana umat Islam mengusai ilmu pengetahuan.
Isu di Palestin merupakan isu umat Islam seluruhnya. Musuh-musuh Islam telah menguasainya dengan meruntuhkan institusi masyarakat di sana. Antaranya menghapuskan budaya ilmu. Para ulama dibunuh dan dijauhkan daripada masyarakat. Ini memudahkan mereka menguasai al-Aqsa.
Oleh itu kembalilah berjihad menguasai ilmu dengan iman di dada. Allah akan mengembalikan nikmatnya yang pernah dikurniakan kepada umat ini.
 الله أكبر   الله أكبر  الله أكبر
https://m.facebook.com/badarsmkasm/albums/10154248903598088/

09 Mei 2016

Zikra Israk & Mikraj Bersama Habib Ali Zainal Abidin al-Kaf

Bumi Sultan Muhammad diberkahi dengab kunjungan daie Habib Ali Zainal Abidin al-Kaf al-Betawi. Beliau merupakan pengasas Malaysia Cinta Rasul (MCR). Kunjungan beliau ke bumi Melaka menyampaikan beliau ke bumi Sultan Muhammad.

Antara untaian nasihat yang disampaikan adalah agar kita banyak bersalawat kepada junjungan Rasulullah s.a.w.

Dua kekuatan yang mampu menyampaikan seseorang kepada yang diingini seumpama burung yang mampu terbang kemana sahaja dengan dua sayapnya. Pertama (صدق التية) niat yang tulus dan (صدق الهمة) kekuatan keazaman dan keinginan.

22 April 2016

Majlis Perpisahan Pn Hjh Yazidah Yazid

Majlis Perpisahan Pn Hjh Yazidah Yazid berpindah ke SMA Syaidah Khadijah sebagai pengetua.

Tugas beliau selaku GPK1 SMKA Sultan Muhammad akan disandang oleh Tn Hj Ghazali Yusof.

Semoga terus cemerlang di suasana yang baru...

04 April 2016

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2016

Sejak sedari awal umat Islam telah diperintahkan agar membudayakan membaca. Bahkan kitab panduan buat ini pon dinamai dengan Bacaan atau bahan yang sering dibaca berulang-ulang "القرآن".

Dengan kalimah bagi wahyu pertama "اقرأ" Allah memulakan perintahNya buat hamba-hambanya. Seolah olah mengisyaratkan akan begitu pentingnya perkara ini dalam hidup seorang Muslim Mukmin.

Buat warga SMKA Sultan Muhammad, anda adalah aset agama, anda adalah aset bangsa, anda adalah aset negara. Generasi yang bakal mewarnai masa akan datang. Pemimpin pada tahun-tahun yang mendatang. Jatuh bangun umat ini adalah ditangan anda. Berusaha sebaik dan semampu mungkin untuk memenuhkan ilmu di dada. Sudah tentu kejayaan itu kuncinya adalah membaca.

28 Mac 2016

Johan Pertandingan Festival Nasyid Jubli Emas MARA 2016

Tahniah buat Pasukan Soutul Azim SMKA Sultan Muhammad kerana telah berjaya merangkul kejuaraan dalam pertandingan tersebut. Semoga terus cemerlang.

Mabruk Buat Barisan Guru Anugerah Cemerlang 2016

BADAR mengucapkan mabruk buat semua guru yang terlibat. Semoga terus gigih berjuang.

Majlis Ceramah Perdana Kelebihan Berselawat

Pada 25 Mac 2016 bersamaan hari Sabtu yang lepas pihak BADAR dengan kerjasama PIBG, PAIBA dan pengurusan Sekolah telah berjaya menganjurkan ceramah perdana berkaitan dengan Kelebihan Berselawat.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil ringkas buat Allahyarhamah ibu kepada Pn Suhana bt Tumin yang telah kembali ke rahmatullah pada hari sebelumnya. Seterusnya majlis diteruskan dengan Bacaan Maulid Dibaie dan Qasyidah. Kemuncak program ini ialah penyanpaian ceramah daripada penceramah undangan kita iaitu Al-Fadhil Syeikh Abdul Razak Misri. Ceramah beliau berkisar berkaitan kelebihan selawat dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
Majlis diakhiri dengan Musofahah dan Selawat bersama tetamu kita.

10 Mac 2016

Lawatan Penanda Aras Imarah Surau SMK Syeksen 24 Shah Alam

Perjalanan ke SMK Syeksen 24 menaiki van KUDUS SMKA Sultan Muhammad bermula jam 8.00 pg. Rombongan diketuai oleh Tn Hj Zakaria Ismail HEM SMKASM diiringi bersama Ust Tuba Nihrir dan empat orang guru PAIBA. Objektif lawatan adalah mencari rahsia ramuan kejayaan Musolla cemerlang yang pernah dinobatkan Johan Pertandingan Imarah Surau.

Setelah melihat sendiri hasil yang dipaparkan. Sememangnya tidak dildapat dinafikan di belakangnya jiwa-jiwa yang mempunyai keazaman yang tinggi, dan yang utama seorang pengetua yang berjiwa besar.

Bijak memerhati dan menganalisa setiap kekuatan dan kelemahan dilingkungannya lalu membuat kesimpulan bernas untuk digunakan buat meraih cita-cita bersama setiap warganya.

Bermula dengan niat, maksud dan tujuan, langkah diatur, kerja disusun, tugasan diagih. Setiap warga digembleng. Dengan kepercayaan bahawa setiap dari warganya punya kelebihan lalu dibiarkan mereka merekayasa, berinovasi lalu dibimbing dan dituntun. Lahirlah taman syurga yang harmoni buat seluruh warganya. Setiap warga menghargai hasilnya kerana setiap mereka punya saham dan sumbangan atas apa yang dibina. Katanya betul semuanya bukan dengan percuma, ada harga yang perlu dibayar. Namun semuanya akan jadi mudah, akan jadi ringan apabila hati telah bersatu dan hati telah rela.

Syabas buat warga SMK Syeksen 24, Shah Alam. Anda semua berjaya membina sebuah warga. Membina sebuah keluarga bahagia.

09 Mac 2016

Program Penghayatan Islam dan Solat Gerhana Peringkat SMKA Sultan Muhammad 2016

Bermula jam 7.30 pagu para pelajar bersama warga SMKA Sultan Muhammad  berkumpul di Surau Al-Islah untuk sama-sama menghadiri Program Penghayatan Islam dan Solat Gerhana Matahari. Majlis dimulakan dengan bacaan zikir munajat dan tilawah Al-Quran.

Setelah itu al-Fadhil Ustaz Zulkifly telah memberikan serba sedikit taklimat mengenai fenomena gerhana matahari dari aspek sains setelah selesai solat sunat dhuha. Kemudia program diteruskan dengan taklimat ringkas berkaitan khaifiat solat sunat gerhana.

Selesai solat al-Fadhil Ustaz Zakaria GPK HEM SMKA Sultan Muhammad telah tampil untuk membacakan khutbah berkaitan dengan gerhana matahari. Diharapkan program ringkas ini mampu menyuntik kesedaran ke dalam hati kita semua akan kekuasaan Allah yang Maha Pencipta, dan kita semua dapat terus istiqamah dalam mengabdikan diri terhadapNya.

26 Februari 2016

Pelancaran Program SUMUR SMKA Sultan Muhammad 2016

SUMUR singkatan daripada shahsiah unggul murid. Merupakan program yang digarap untuk melahirkan generasi pelajar yang bershahsiah tinggi. Ia merangkumi aspek spiritual (Mutadayyin), fizikal (Jati diri) emosi (Budi Bahasa) dan intelektual  (Penampilam diri).

Berteraskan ibadah khususnya solat pelajar ditarbiyah untuk menyempurnakannya dengan cara yang terbaik dan sempurna. Sebaik manusia yang sempurna imannya adalah mereka yang paling sempurna akhlaknya.

Majlis telah dirasmikan oleh Kapten Wan Afandi bin Wan Mamat. Pegwai Staff 2 Agama, Kem Terendak, Melaka.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...