25 Januari 2013

Program Melayari Bahtera Ibadah Kali Pertama 2013


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadarat ilahi kerana dapat juga program yang bertajuk Melayari Bahtera Ibadah telah dapat dijalankan dengan jayanya melibatkan para pelajar tingkatan 1 dan 2. Program ini dinamakan sedemikian  kerana sepanjang program tersebut para pelajar akan diberikan pendedahan mengenai ibadah-ibadah sunnah dan pelbagai sunnah Rasullullah saw yang semakin dilupakan terutamanya di dalam solat. program ini menitikberatkan perihal solat kerana solat merupakan satu ibadah yang sangat penting kepada umat islam.

 para peserta tersebut dibahagikan mengikut rumah sukan masing masing iaitu rumah sukan Ibnu Sina,Ibnu Rushd, Al-Farabi dan Al-Khindi bagi membantu pihak sekolah yang ingin melaksanakan sistem rumah sukan di bumi SMKA Sultan Muhammad ini.




Program selama 2 hari tersebut telah memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai kaedah-kaedah solat  serta kesalahan- kesalahan yang sering dilakukan semasa solat. Program ini telah diuruskan oleh saudara Muhammad Izzar Ishak dan saudara Muhammad Firdaus Zolkiple sebagai ketua program dan juga dibantu oleh pelajar-pelajar BADAR tingkatan 4, 5 dan 6.












Program ini telah berakhir pada hari ahad di waktu pagi sejurus selepas para pelajar melakukan amali solat dengan sempurna. aktiviti ini menyaksikan keunggulan  rumah sukan Ibnu Sina (Merah) sebagai juara  diikuti oleh Ibnu Rushd(Hijau) dan Al-Farabi (Biru) dan akhir sekali oleh Al-Khind(Kuning).

Semoga dengan ilmu yang diperolehi oleh mereka dapat diamalkan dan disampaikan kepada warga SMKA Sultan Muhammad ataupun sesiapa sahaja pada masa akan datang.

"Masyarakat Al-Quran Pemangkin Generasi Ar-Rasyidin "

Takbiir.........Allahu Akbar







Lawatan Datuk Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam ke SMKA Sultan Muhammad

23 Januari 2013

Majlis Haflah Maulid Rasul 1434 H

Pada hari Rabu bersamaan 11 rabiul Awal 1434 hijrah @ 23 Januari 2013, pasukan Maulid Nurul Musthofa iaitu satu bahagian daripada Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) SMKASM telah dijemput untuk menghadiri satu haflah Maulid Ad-Dibaei yang diadakan di Masjid Al Azim Melaka.

Pada malam tersebut terdapat beberapa buah kumpulan maulid lain yang turut sama hadir bagi melengkapkan majlis tersebut. Haflah Maulid tersebut telah diadakan dengan tujuan mengingati hari kelahiran baginda Rasullullah saw iaitu pada 12 Rabiul Awal.

Semoga dengan alunan qasidah tersebut dapat menzahirkan cinta kita yang sebenar-benarnya kepada junjunagn besar Muhammad saw dan semoga Allah dan baginda akan memberikan rahmat kepada kita sekalian
Amin ya Rabbal A'lamin


http://www.youtube.com/watch?v=hEpUPq-PHoM

14 Januari 2013

Tausyiah Mudir

       Selepas ucapan tasbih dan syukur para pelajar dinasihatkan agar serius dalam pembelajaran.
       Pelajar-pelajar yang sakit diminta tidak menjadikan alasan sakitnya untuk tidak masuk ke kelas. Pelajar-pelajar luar yang sakit diharap tidak perlu hadir ke sekolah. Memadai ibu bapa masing-masing menghantarnya sendiri untuk mendapatkan rawatan.
        Selain itu para pelajar diingatkan agar komited untuk membudayakan mencatat dan merekod. Untuk itu para pelajar wajib membawa buku catatan dan memcatat setiap maklumat yang disampaikan khususnya di dalam perhimpunan. Tanpa mencatat setiap maklumat yang disampaikan sia-sia. Kemungkinan besar ianya ia tidak akan diambil peduli dan dilupakan begitu sahaja. Penumpuan dalam mendengar apa yang disampaikan merupakan kemahiran penting dalam menyeral ilmu pengetahuan.
         Untuk meningkatkan impak aktiviti P&P di bilik darjah pihak sekolah akan menyediakan borang keberkesanan P&P. Borang ini akan disimpan dan dijadikan bahan bukti. Para guru diminta mengambil tindakan kepada pelajar yang sambil lewa dalam belajar lebih-lebih lagi tidur ketika belajar. Diharap para pelajar dapat membuat perubahan sikap sebagai usaha untuk maju kehadapan agar menjadi golongan yang terus kehadapan dalam semua aspek. Wasallam

12 Januari 2013

Taklimat Perlaksanaan Daurah Mursyid 2013

Alhamdulillah hari ini dapat duduk hadir bersama sahabat-sahabat dalam taklimat perlaksanaan program Daurah Mursyid.
Melihat kepada rangka kasarnya ia merupakan rentetan kepada program Kursus Perdana GPI sebelum ini.
Takkimat yang disampaikan oleh wakil daripada BPI menunjukkan keseriusan pihak pengurusan dalam menyemarakkan program tarbiyah dan tazkiyah ahli-ahli GPI khususnya dan para pelajar muslim umumnya. Semoga matlamat yang digariskan akan dicapai dengan jayanya dan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. Amin

11 Januari 2013

Ucaptama Majlis Pelancaran SUMUR 2013

Misi SMKA Sultan Muhammad adalah untuk melahirkan khaira ummah selari dengan firman Allah s.w.t. Untuk menjadi yang terbaik kita perlu melalui proses tarbiyah dan sama-sama memperbaiki diri. Penampilan diri selain berpakaian kemas dan ber
adab sopan mereka juga perlu mempunyai sifat-sifat kepemimpinan yang tinggi agar dapat menjadi uswah serta qudwah kepada yang lain insya Allah.

Majlis Pelancaran SUMUR (Program Penampilan Diri) 2013

Program dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh Ustaz Tuba Nihrir bin Hasan sebagai penyelaras besar program SUMUR. Beliau menekankan tentang pentingnya setiap warga memberikan komitmen yang tinggi kepada program usrah yang menjadi tunjang kepada program SUMUR.
Seterusnya program diteruskan dengan penerangan program SUMUR aspek Penampilan Diri oleh penyelarasnya En Lokmanulhakim kaunseling SMKA Sultan Muhammad. BeliU menerangkan secara terperinci mengenai elemen-elemen penting di dalam aspek ini. Antaranya elemen berpakaian, adab sopan dalam berbicara dan pergaulan dan sifat kepemimpinan seseorang.
Akhirnya majlis disempunkan dengan ucapan perasmian program oleh Tn Hj Abd Hamid bin Ashari.

02 Januari 2013

Tausyiah Mudir

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Dengan pertolongan Allah kita dapat memulakan sesi persekolahan 2013. Kehadiran En Mohd Zin Pengerusi PIBG di dalam perhimpunan ini menunjukkan komitmen PIBG untuk membantu kecemerlangan SMKA Sultan Muhammad. Selamat datang kepada para pelajar tingkatan 1. Tahun ini adalah tahun perubahan. Untuk itu seluruh warga perlu bersedia untuk berubah. Perubahan merupakan perintah Allah. Allah tidak akan merubah sesuatu kaum selagi mana kaum itu tidak merubah nasibnya. Untuk itu seruan untuk seluruh warga untuk berubah.
Tahniah buat semua warga tingkatab tiga khususnya dan umum buat semua di atas kejayaan di dalam peperiksaan PMR yang lalu. Oleh itu cabaran buat semua pelajar-pelajar tingkatan 3 untuk berusaha mengatasi keputusan yang telah dicapai tahun lepas.
Kepada guru-guru minta agar menganbil tindakan segera kepada pelajar-pelajar yang tidur. Digalakkan semua pelajar membawa air. Untuk berjaya kita perlukan perubahan. Perubahan alam siang dan malam pergerakan dan perubahan bulan dan bintang serta matahari memberi manfaat kepada seluruh alam. Tanpa perubahan binasa seluruhnya.
Rokok gejala yang perlu dijauhi dan dibenteras. Kesalah itu akan dikompaun sebanyam RM 300.00 dan sebatan seperti yang diperuntukkan. Begitu juga teleplfon bimbit dilarang untuk dibawa ke sekolah sama sekali kepada semua pelajar.
Pelajar-pelajar yang membawa kenderaan pastikan anda memiliki lesen dan cukai jalan yang lengkap. Ini merupakan salah satu prasyarat untuk mewujudkan keharmonian sekolah kita.
Untuk satu perubahan juga semua pelajar perlu membawa buku catatan dan sebatang pen untuk mencatat setiap maklumat yang disampaikan. Harap semua pelajar mengambil tindakan segera. Begitu juga budaya membaca. Pelajar diwajibkan memperbanyakkan pembacaan. Kita ketinggalan dalam membaca. Dengan  perubahan yang kita usahakan insyalah akan menjelang.

Hari Pertama 2013 SMKA Sultan Muhammad

Alhamdulillah hari pertama 2013 SMSM disirami hujan rahmat. Perhimpunan pertama terpaksa dijalankan di Al-Islah Islamic Center. (Surau) Oleh kerana projek pembaik pulihan sekolah sedang dijalankan dewan tidak dapat digunakan seperti biasa.

26 Disember 2012

Mesyuarat Guru Kali Pertama

Hari pertama semua warga SMKA Sultan Muhammad dikumpulkan untuk mendengar taklimat dan bermesyuarat untuk perjalanan persekolahan SMKA Sultan Muhammad untuk sesi 2013.

06 November 2012

Mesyuarat Pembentangan Laporan SUMUR & BADAR SMKA dan SABK

Program turun padang BPI dan SPI khususnya unit Dakwah untuk melihat secara terus perjalanan Program SUMUR di setiap sekolah SMKA dan SABK.






13 Oktober 2012

Konvensyen BADAR Peringkat Negeri Melaka Kali Pertama

      Bersama Dato' Dr. Abd. Halim bin Tamuri di Konvensyen BADAR Sekolah-Sekolah Negeri Melaka Kali 1 2012.  Kertas kerja yang dibentangkan bertajuk BADAR Menganjak Transformasi Ummah.
    Pembentangannya menjurus kepada gerak kerja BADAR sebagai platform dakwah dan medan untuk membentuk sahsiah unggul. Ianya perlu digerakkan dengan bersungguh-sungguh. Kesannya diharapkan dapat merubah ummah dan meninggikan martabat insan rabbani.



01 Oktober 2012

Mimbar Mudir

Ucapan dimulakan dengan penghargaan dan tahniah buat pelajar-pelajar tingktan 5 dan 6 kerana kecemerlangan mereka dalam peperiksaan percubaan yang lepas.
Buat pelajar-pelajar yang lain pencapaian mereka juga sangat penting kerana ia akan dinilai sebagai ukuran bagi pnetapan rangking sekolah di peringkat negeri dan kebangsaan.
Perbaiki dan kekalkan niat murni kita untuk berada di sekolah. Untuk mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Pelajar-pelajar hendaklah bersungguh-sungguh belajar. Jauhkan perlakuan-perlakuan yang melanggar peraturan. Bukan sekadar peraturan-peraturan sekolah malah lebih daripada itu hukum-hukum Allah. Jangan diabaikan peraturan yang telah digariskan. Sekelompok palajar berusaha untuk mengharumkan nama sekolah seperti pasukan forum perdana kita yang berjaya merangkul kejayaan di peringkat negeri dan kebangsaan baru-baru ini. Namun ada segelitirnya pula merosakkan nama baik sekolah dengan melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Jangan diikut hawa nafsu dan hasutan syaitan. Ingat cita-cita dan harapan yang masih jauh dihadapan.
Selamat menduduki peperiksaan dan tingkatkan usaha untuk terus berjaya. Wasalam.....


29 September 2012

Ucapan Perasmian Tuan Pengarah Pelajaran Melaka. Program Kecemerlangan Pra U

Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas limpah rahmatnya berada di dalam majlis ini.
Program yang dijalankan ini merupakan majlis anjuran SUK Kerajaan Negeri Melaka. Pada asalnya SUK akan hadir dalam majlis ini, namun disaat akhir beliau tidak dapat menghadirkan diri.
Pelajar-pelajar di sini merupakan individu yang terpilih dari segi akademik dan sahsiah. Kerajaan negeri,  JPNM mengharapkan semua pelajar yang dipilih ini akan cemerlang di dalam semua bidang.
Pelajar cemerlang perlu ada dalam hatinya cinta kepada ilmu. Dengan cinta kepada ilmu akan datang kesungguhan keseronokan. Dengan cinta akan diulang-ulang ilmu tersebut. Ilmu dicari dari pelbagai sumber guru, cyber, teman-teman dan sebagainya. Perlu wujudkan budaya perbincangan dan perkongsian. Selain itu adab dan akhlak kita perlu dijaga terutama kepada ibubapa dan guru-guru.


28 September 2012

Program Bacaan Yasin & Solat Hajar 2012

Ucapan Tn Pengetua Tn Hj Muhd Hairi bin Taman
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehinggalah dia berusahaengubah dirinya sendiri. Faktor besar perubahan diri pelajar adalah usaha pelajar sendiri utk merubahnya.
Kita mengharapkan yang terbaik untuk pelajar dan anak-anak kita. Jadi tahniah kepada ibu bapa serta penjaga yang dapat hadir di dalam program ini. Ini juga merupakan sokongan dan galakan moral buat anak-anak kita. Ini juga menunjukkan harapan besar setiap ibu bapa kepada setiap anak-anaknya.
Diharap para pelajar dapat berusaha bersungguh sungguh untuk berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kecemerlangan yang sama-sama diidamkan

Bacaan Yasin, Zikir Kismis & Munajat

Alhamdulillah program malam tadi dapat dilaksanakan dengan jayanya semoga Allah menerima segala doa dan permohonan kita. Program ini bertujuan mempersiapkan minda dan spiritual pelajar untuk menghadapi peperiksaan khususnya mereka yang akan menduduki peperiksaan umum.


Dengan Membaca Al-Quran Hati akan Subur

Allah menjelaskan bahawa Dia Maha Berkuasa atas segala galanya. Dia mampu membuta dan menulikan orang-orang yang kufur dan ingkar. Namun begitu Allah membiarkan kekufuran dan kemunafikan mereka dan membiarkan mereka dalam kesesatan.
Nabi menyatakan tiga sifat kemunafikan yang pertama apabila berbica dia berdusta, apabila dia berjanji dia tidak menepatinya dan apabila dia diberi amanah dia khianat.
Seharusnya ukuran itu menjadi sempadan buat kita untuk menjadi muslim yang cemerlang. Dengan panduan Al-Quran dan As-Sunnah insyalah akan menjadi umat yang mulia.

23 September 2012

Kursus ICT BADAR

BADAR mengorak langkah dengan menganjurkan kursus ICT dengan kerjasama Kolej Komuniti Bukit Beruang. Tujuan kursus ini dijalankan untuk adalah untuk memberi kemahiran asas ICT kepada para ahli BADAR. Antara kemahiran yang didedahkan kali ini adalah kemahiran asas membina blog dan advance microsoft word 2007.
Pengurusan BADAR berharap semoga program yang dijalankan dan kemahiran yang diperolehi dapat digunakan untuk memartabatkan BADAR SMKASM. Ilmu tersebut juga diharap dapat diaplikasikan di medan dakwah Islamiah khususnya di dalam dunia siber.
Sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan dan PIBG SMKASM , pihak Kolej Komuniti yang memberikan sokongan begitu juga para guru dan mereka yang terlibat menjayakan program ini.


21 September 2012

Menghargai Jasa Pengawas


Majlis Jamuan Takrim Para Pengawas
Alhamdulillah tahniah buat AJK Disiplin Sekolah kerana telah berjaya mengadakan majlis makan malam untuk meraikan para pengawas baru dan sesi lepas. Seramai 120 orang pengawas telah turut serta dalam program ini.
Pada hari yang sama, para pengawas sesi baru telah menjalani kursus kepimpinan siri 1. Kedua-dua majlis ini telah dijalankan di Hotel d'village Ayer Keroh, Melaka.
Semoga dengan program - program seumpama ini mampu menyuntik semangat baru kepada para pengawas seterusnya menjulang dan meningkatkan imejnya.


Tazkirah Jumaat

Tazkirah Jumaat
Hari ni tiba giliran al-Fadhil Ust Dahlan Suramin. Beliau menyentuh kronologi pembukaan Kota Yathrib (Madinah). Kota ini menerima cahaya Islam rentetan daripada kisah baia'tul Aqabah di A'rafah. Dengan kesepakatan dan janji setia kelompok awal ini telah membuahkan penyatuan bahkan kesepakatan setelah dua puak besar Aus dan Khazraj ini yang sejak sekian lamanya bermusuhan malah berbunuh bunuhan antara satu sama lain.
Ini adalah hasil daripada cahaya iman yang telah menyelinap di dalam hati seseorang. Terasnya tauhid, husnul akhlak dan mua'syarah.
Kita diberi pilihan untuk memilih jalan kejayaan. Yang pasti jalan yang benar adalah jalan yang pernh dilalui oleh para anbiyak
', syuhada' dan solihin.


14 September 2012

Tazkirah Jumaat

Tazkirah Jumaah
Kali ini tiba giliran al-fadhil Ust. Mizam Osman untuk menyampaikan tazkirah. Beliau menyentuh tentang kewajipan menjauhi kemaksiatan. Sama ada kemaksiatan dalam bentuk kezaliman, penindasan, kemaksiatan dan sebagainya. Kemaksiatan dan kemungkaran yang melata akan mengundang kemurkaan dan azab Allah.
Sewajarnya sebagai mukmin bangun untuk melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Dua perkara ini merupakan pra syarat untuk menyukakan Allah.  Apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan maka umat ini tidak lagi dipedulikan dan dipandang oleh Allah taala.
Selain daripada itu kita harus meningkatkan kesedaran berjihad dan membina jati diri muslim.


12 September 2012

Penyampaian Hadiah Majlis Sambutan Hari Raya


Sempena Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah yang dijalankan pada hari Sabtu lepas, beberapa pertandingan telah dijalankan. Antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan persembahan sketsa, pertandingan lagu raya dan pertandingan pakaian raya. Antara yang bertuah dalam pertandingan tersebut adalah Tn Hj Abd. Hamid yang dipilih sebagai pemenang kategori pakaian raya terbaik. Syabas buat beliau....... Semoga program yang dijalankan mencapai objektif yang diharapkan. Tahniah buat urusetia yang mengendalikan dan mereka yang terlibat.

Persefahaman Untuk Kecemerlangan

Perjumpaan wakil pengurusan SMKA Sultan Muhammad bersama pegawai-pegawai daripada pihak Kolej Komuniti Cawangan Bkt. Beruang telah diadakan untuk melihat peluang latihan yang boleh diberikan kepada pihak pihak sekolah dan umumnya kepada para pelajar.
Insyalah dalam masa yang terdekat pihak sekolah akan menghantar beberapa orang pelajar dan warga sekolah untuk menyertai latihan jangka pendek berkaitan dengan software komputer dan pembinaan laman web.
Program-program susulan juga akan dijalankan mengikut keperluan sekolah. Kita berharap dengan kerjasama ini kita akan dapat memajukan sekolah yang tercinta ini dan melengkapkannya sebagai bakal Sekolah Kluster insyalah.


10 September 2012

Program Huffaz SMKA Sultan Muhammad

Program pemantapan Tahfiz Al-Quran. Beberapa orang pelajar huffaz telah dipanggil untuk diuji hafazan mereka. Setiap pelajar diminta untuk menjawab soalan dimana mereka diminta membaca ayat sebelum daripada ayat yang dibaca. Alhamdulillah pelajar-pelajar tersebut telah berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pelajar-pelajar ini telah berjaya menghafaz 100 muka dalam masa dua bulan. Semoga Allah memudahkan mereka dalam menghafaz Al-Quran.


08 September 2012

Mari Menghargai Usia Yang Ada

Ceramah bulanan oleh al-fadhil Ust. Zamzam. Program bermula pada jam 6.00 ptg di Surau al-Islah. Antara yang disentuh oleh tuan penceramah adalah berkaitan dengan usia kita. Dunia adalah kehidupan sementara sebelum berpindah ke alam seterusnya. Dunia diciptakan untuk menilai siapakah di antara kita yang terbaik amalannya.
Pergunakanlah masa hidup sebelum datangnya mati. Sebelum nafas berhenti, sebelum darah berhenti mengalir. Manusia atau insan tidak lekang dari melakukan kesalahan kerana sifat alpa merupakan sifat yang ada bagi setiap insan. Walaupun begitu manusia telah dipilih untuk menjadi sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Apabila manusia taat perintah Sang Pencipta Allah azza wajalla mereka orang yang berjaya tetapi jika mereka mengingkariNya mereka adalah makhluk yang paling hina. 600 sayap kurniaan Allah kepada Malaikat Jibril untuk merentasi syurga milik umat Muhammad yang terbaik pasti dia tidak mampu merentasinya.
Bersyukurlah di atas setiap kurniaan Allah ke atas kita.


02 September 2012

Kemaafan & Kemuliaan

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya”. (HR. Muslim)

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...