30 Ogos 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Kami , kepimpinan BADAR SMKASM 11/12 memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung jari sekiranya kami tidak konsisten dalam tugas kami . Akhir kata , kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan selamat pulang dan kembali dengan selamat...

10 Ogos 2011

Pelancaran Program Bulan Barakah (شهر رمضان)

3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H hari bermakna bagi warga SMKA Sultan Muhammad apabila tiga program serentak dilancarkan. Pertama Program Ihyak Ramadhan bertepatan dengan sambutan Sahru Ramadhan al-Mubarak, Bulan Budi Bahasa dan Bulan Kemerdekaan.
Program telah dilancarkan oleh Yang Berusaha Tuan Hj Ariffin bin Omar. Di dalam ucapan perasmiannya beliau berharap agar seluruh warga SMKA Sultan Muhammad mengambil peluang dengan program-program yang dijalankan ini untuk memantapkan diri khususnya kerohanian dan jati diri agar apa yang kita cita-citakan untuk mencapai status Sekolah Kluster.
Admin e-BADAR mewakili Badan Dakwah SMKA Sultan Muhammad mengucapkan selamat berpuasa, Ramadhan Karim dan selamat bermujahadah menempuh bulan Ramadhan untuk mencapai Redha Sang Maha Pencipta.

14 Mei 2011

Demam Imtihan (الامتحان)

Bermula dari 3 Mei hingga 27 Mei hari akhir cuti pertengahan tahun putera puteri akan menghadapi ujian pertengahan tahun 2011. Walaubagaimanapun aktiviti-aktiviti perinkat sekolah, daerah dan negeri tetap berjalan mengkikut jadul hari ni pasukan PPDA dan Pasukan Nasyid berentap di pertandingan akhir peringkat negeri di Melaka Mall Ayer Keroh. Semoga kalian berjaya. Tapi ingat mana yang awlawiyat (utama) jangan nanti keghairahan kita dalam aktiviti sampingan menyebabkan kita mengabaikan tanggungjawab utama kita sebagai pelajar. Kan kita sering memohon kepada Allah s.w.t kejayaan bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat. Sebaik-baik perkara adalah dipertengahannya.
خير الأمور أوسطها
Salam kejayaan buat semua........

23 April 2011

NKI berprogram di Taman Tamadun Islam (TTI)

Peserta bergerak menaiki bas masing-masing
Alhamdulillah selesai usai solat suboh dan mendengar kuliah subuh yang mengupas berkenaan tentang kepentingan ilmu oleh al-Fadhil Ustaz Hasbi daripada SPI Negeri Terengganu kami membuat persiapan untuk ke TTI. Selesai sarapan kami berhimpun di dataran SMKADG untuk mendengar taklimat dan bergerak secara berkumpulan mengikut agihan bas masing-masing. Suasana nampak meriah seolah VIP yang diberi penghormatan bas-bas NKI (12 buah) telah diiringi oleh empat biji rider (pis bermotor) dan sebuah kereta peronda.
Peserta berhimpun di Dataran TTI sebelum masuk ke TTI
Perjalanan dari SMKADG ke TTI hampir 30 minit. Kami tiba di TTI lebih kurang jam 8.30 pg. Bilangan yang hampir menceceah 500 orang seumpama Pulau Tuan Man di tawan oleh para peserta NKI. Kami diberikan taklimat sekali lagi serta mendengar ucapan alu-aluan selamat datang daripada wakil TTI sebelum dipersilakan masuk untuk melihat monumen-monumen menarik yang terdapat di TTI. Berada di TTI seolah-olah berada di seluruh dunia Islam. Hampir jam 12.30 ptg kami bergerak ke Masjid Kristal untuk istirahat dan solat Zohor berjemaah.
Guru-guru pengiring bergambar dihadapan monumen Kubah Sakhrak
Selepas solat setiap orang dibakalkan makanan tengahari dan setelah itu program diteruskan dengan aktiviti explorace. Em program yang menarik...... nantikan laporannya nanti......

Lawati laman web SPI Melaka untuk album http://spimelaka.bpi.edu.my/


22 April 2011

Kuliah Suboh & Majlis Perasmian NKIK

Kuliah Suboh oleh Hagya Sofia mengenai "Akidah Teras Ketamadunan"

Exco Agama Yb. Tn. Hj. Khazan Bin Che Mat diiringi masuk ke majlis perasmian NKI Kebangsaan

Panorama majlis perasmian yang hebat dihadiri oleh YB Exco Agama dan beberapa orang VIP

Bermula Program NKI Peringkat Kebangsaan

Selepas Solat Maghrib berjemaah di surau SMKADG bersama-sama peserta yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia bersama-sama membaca Surah Yasin dan membaca lafaz Tahlil dan doa. Selepas solat fardhu Isyak para peserta diminta berkumpul di dewan untuk menghadiri majlis Ucaptama yang di sampaikan oleh Puan Hajah Norhayati Binti Lebai Isa. Beliau telah memberikan taujihat dan motivasi agar peserta-peserta dapat menggarap isi nadwah yang mereka sertai untuk mereka praktiskan di sekolah masing-masing.
Seterusnya para serta menjalani aktiviti pemecah bekuan (ice-breaking). Peserta-peserta telah diagihkan mengikut kumpulan-kumpulan usrah sebagai persediaan untuk menjalani program-program yang akan dijalankan. Aktiviti malan tadi berakhir lebih kurang jam 1.00 pagi.

Skuad NKI as-Sultan tiba di SMKA Durian Guling

Ust Zaaba bersama guru-guru pengiring
Skuad NKI menjamu selera minum petang
Setelah penat duduk di dalam bas Skuad NKI berhenti berehat minum air petang di kedai keropok lekor Kg Kelulut, Marang. Guru pengiring beruntung di belanja Ustaz Zaaba air nyira (tuak) dan keropok goreng. Sedap balik kena singgah utk oleh-oleh.
Peserta mendafatar setelah mendengar taklimat program
Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Alhamdulillah kami tiba di SMKADG lebih kurang jam 5.00 ptg. Setelah selesai menurunkan barang-barang kami terus diminta menghadiri sesi taklimat program. Selesai sesi taklimat daripada Kem Komandan dan Ketua Unit Dakwah Negeri Terengganu barulah kami mendaftar dan dibawa ke tempat penginapan masing-masing. Program selajutnya barsambung selepas maghrib.

21 April 2011

Skuad Pelapis BADAR ke NKI Kebangsaan

Alhamdulillah seawal jam 6.30 para peserta NKI as-Sultan telah bersiap sedia untuk bertolak ke SPI di Jabata Pelajaran Bkt Baru. Skuad pelapis BADAR dengan kekuatan 10 org diiringi dua orang guru Ust Tuba Nihrir dan Ust Khairilanuar sampai di SPI pada jam 7.00 pg. Setelah mendengar taklimat perjalnan darpada Ketua Kontinjen Nageri, al-Fadhil Ust Zaaba kami pun memulakan perjalanan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Sdr. Muhammad Ammar Muhd Sani. Setelah itu skuad telah mendengar taklimat ringkas tentang adab perjalanan daripada Ust Khairilanuar. Skuad telah berhenti bersarapan di Hentian Bus Tangkak. Bersama-sama rombongan adalah BADAR SMKA Syarfah Rodziah dan 2 orang guru pengiringnya.
Bergambar di Perhentian Bus Tangkak minum pagi.

20 April 2011

Soutol Azim di Saringan Fastival Nasyid 2011

Firqah Soutol Azim asSultan meneruskan taqwim 2011nya dengan menyertai Saringan Fastival Nasyid tahun ini. Insyalah jika rezki akan ke pertandingan akhir yang pada 5 Mei 2011 di MITC sempena Karnival Pendidikan Nageri Malaka 2011.Sama-sama kita memberi sokongan. Teruskan perjuangan menggapai misi dan visi yang dirancang.

19 April 2011

Memilih Yang Lebih Utama

Antara Pilihan & Bimbingan
Antara 10% penilaian ko-akademik dengan 90% penilaian akademik. Dua nilai yang sering dibicarakan oleh warga pendidikan. Yang mana satu harus diutamakan. Secara mudah ligiknya pasti nilaian akademik kerana pratusnya lebih besar dan orang yang benar pertimbangannya pasti membenarkan. Tetapi mengapa sebahagian besar daripada pelajar bermati-matian untuk mengutamakan yang 10%. Adakah mereka tidak pandai menilai atau mereka tenggelam dengan keseronokan aktiviti yang hanya bernilai 10%. Mungkin juga tiada bimbingan daripada guru penasihat agar memilih yang terbaik baginya yang membolehkan pelajar tersebut mendapat nilaian 10% itu.

Tidak dinafikan memang seronok dapat menyertai aktiviti luar sekolah. Jika dilihat daripada kontranya pelajar tidak perlu menghadiri kelas pengajian mungkin sehari, dua hari malah seminggu hingga dua minggu. Seorang pelajar yang berjaya dalam pertandingan di peringkat kawasan akan meneruskan penglibatannya ke peringkat negeri dan mungkin akan ke kebangsaan. Bayangkan berapa banyak waktu yang terpaksa dikorbankan untuk latihan dan persediaan ke arah itu. Kalau pun latihan itu dibuat di waktu petang atau selepas kelas persediaan agaknya bila pelajar itu dapat menyelesaikan kerja rumah dan menglangkaji pelajaran. Secara logiknya ia agak sukar. Hanya pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi mampu menyeimbangkankan kedua-duanya. Tanpa bimbingan para guru pasti pelajar-pelajar berkenaan akan tercicir dalam pelajaran.

Golongan-golongan pelajar yang aktif ini perlu dipantau oleh pihak guru dan pengurusan agar mereka tidak ketinggalan. Sekolah yang punya nama diperingkat nasional seringkali menjadi perhatian masyarakat apabila keputusan -keputusan peperiksaan umum di isytiharkan. Strategi, gerak kerja dan usaha warga sekolah harus mendokong misi dan visi yang telah digariskan. Jika misi dan visinya dihadapkan untuk mencapai kejayaan ko-akademik maka ke arah itulah kita bergerak tetapi jika sebaliknya seharusnya kita bermuhasabah kemana harus kita bimbing anak-anak didik kita.

16 April 2011

Berita MTQ Negeri Melaka 2011

Tahniah buat wakil SMKA Sultan Muhammad yang meneruskan perjuangan ke MTQ Peringkat Negeri Melaka 2011. Khususnya buat Saudara Muhd Noor Abd Razak wakil bahagian Hafazan dan saudara Ammar bin Md. Sani. Walaupun untuk tahun ini as-Sultan hanya mendapat tempat naib johan bagi hafazan lelaki dan saguhati untuk tilawah namun pencapaian ini lebih baik daripada tahun sebelum ini.  Semoga tahun-tahun yang mendatang akan lebih baik buat as-Sultan. Pejuang-pejuang as-Sultan akan terus memberi cabaran buat masa-masa akan datang. Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat.

Usrah medium pengukuh Ukhuwah

15 April 2011 الحمد لله tahniah buat MT BADAR sesi '09/'10 kerana berjaya melaksanakan liqa' usrah pertama. Semoga tautan ukhuwah yang terjalin akan melahirkan natijah yang besar dalam meneruskan dakwah fillah.
Tautan ukhuwah yang bersandar di atas dasar akidah serta pancaran dari kasih kerana Allah (حب في الله) mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Allah. Ia punca kemanisan iman dan tiket untuk mendapat payungan Allah di mahsyar. Memperkukuh ukhuwah (tali persaudaraan) merupakan sunnah daripada sunnah yang unggul. Jika kita menelursuri sirah, kita akan dapati Rasulullah telah mempersaudarakan di anatara muhajirin dan ansor. Dua gandingan mantap yang dapat menarik nusrah Allah (bantuan Allah). Nilai persaudaraan yang ada menjadi cerminan buat Umat Islam sejagat sepanjang zaman. Team work yang sukses menjadi asas kukuh organisasi yang mantap dan berjaya. Mengapa tidak kita garap dan ambil pati sarinya untuk kita terapkan di dalam organisasi kita. Rangkaian Ukhuwah yang umpama satu bangunan saling mengukuhkan anatara satu sama lain. Ukhuwah  yang umpama satu badan yang saling merasai satu sama lain. Bukan seperti enau dalam belukar yang hanya berusaha untuk melepaskan pucuk masing-masing atau yang lebih teruk manusia yang tidak menghiraukan orang lain yang menganggap teman disekeliling hanya sekadar batu yang boleh diinjak untuk dia dapat naik ke atas. 
Semoga Allah memberi kesadaran kepada kita untuk meletakkan pandangan Allah sebagai keutamaan daripada pandangan-pandangan selainnya. Allah yang kekal. إِنَّ اللهَّ هُوَ الْبَاق 
 

14 April 2011

Majlis Tadarus al-Quran 2011

Minggu lalu minggu yang agak melelahkan buat BADAR. Alhamdulillah PAIBA dan anggota BADAR khususnya tingkatan 5 dapat menjalankan Program Sembelihan Peringkat Sekolah bagi tahun 2011. 3 ekor kambing yang 2 daripadanya adalah sumbangan aqiqah bagi putra alFadhil Ust Haji Dahlan al-Hafiz selain 10 ekor ayam dan 100 ekor puyuh. Sasaran pelajar yang terlibat adalah pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6. Taklimat sembelihan telah disampaikan oleh Ustaz Shamsudin Samad. Dengan kerjasama pihak pengurusan, guru-guru dan semua pihak termasuk pelajar program dapat diselesaikan lebih kurang jam 1 tengahari. 
Tautan ukhuwah nampak terzahir daripada aktiviti yang dijalankan terutama ketika memasak hasil sembelihan. Semoga program yang seumpama ini dapat kita teruskan pada masa-masa akan datang.\

Ustaz Hamdan menunjukkan skill menyembelihnya

06 April 2011

Wihdah / Uniti


Nasihat Prof. Dr Yusof Al-Qardawi kepada Gerakan Islam

  • daripada perkara-perkara cabang dan sampingan kepada usul dan menyeluruh 
  • dari percanggahan kepada persefahaman
     
  • dari aspek-aspek keterlaluan dan kekurang kepada kesederhanaan dan pertengahan.
     
  • dari bercakap-cakap dan bertengkar kepada memberi sumbangan yang besar.
     
  • dari ideal kepada realiti yakni berangan -angan tinggi kepada realiti setempat
     
  • dari fahaman kedaerahan yang sempit kepada alam sejagat (global)

04 April 2011

Off line dengan Syaitan

Jadilah golongan yang di musuhi Iblis.

1. Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam.
2. Ulama yang mengamalkan ilmunya.
3. Orang yang memahami al-Qur'an dan mengamalkan isinya.
4. Azan yang selalu mengajak kepada solat lima waktu.
5. Orang yang cintakan fakir miskin dan anak yatim.
6. Orang yang taat kepada yang hak (benar).
7. Orang yang pemurah.
8. Pemuda yang taat beribadat.
9. Orang yang menyukai kepada perkara yang halal.
10. Pemuda yang saling meyintai kerana Allah.
11. Orang yang menyenangi solat berjemaah.
12. Orang yang melazimi solat malam.
13. Orang yang tidak suka membuat perkara haram.
14. Orang yang suka memberi nasihat yang baik.
15. Orang yang selalu berwudhuk.
16. Orang yang selalu bersedekah.
17. Orang yang suka membantu para janda.
18. Orang yang selalu mengingati mati.

29 Mac 2011

Mabruk Buat Wakil MTQ SMSM

Hari ini warga SMSM telah mendapat berita gembira dengan kemenangan wakil-wakilnya di MTQ Kawasan Bukit Cina yang dujalankan di SMK Tinggi Melaka. Alhamdulillah Saudara Radhi telah mendapat tempat ke 3 dalam Syarahan. Sememangnya sengit dengan penyertaan penuh dari banyak sekolah. Manakala saudara Mohd Noor telah mendapat johan dalam Hafazan begitu juga peserta kita di dalam Tilawah al-Quran saudara Ammar. Semoga kejayaan yang diperolehi akan dapat dipertahankan di peringkat negeri nanti. Pertandingan peringkat negeri akan di adakan di SMKA Syarifah Rodziah insya Allah pada 14 April 2011. Kepada para penyokong sama-sama kita doakan dan terus memberi sokongan.

25 Mac 2011

Majlis Penyampaian Watikah Keputusan SPM 2010

Alhamdulillah sekalung tahniah kepada seluruh warga SMKA Sultan Muhammad umumnya di atas keputusan SPM 2010 yang memberangsangkan. Tahun ini 3 orang putera as-Sultan mendapat keputusan 11A. Tahniah khusus buat barisan kepimpinan BADAR yang lepas kerana kebanyakan mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Menggungguli dibarisan hadapan Bendahari BADAR Saudara Hanafi yang mendapat 11A 1B dan Presiden BADAR saudara Ahmad Wasil yang memperolehi 10A 1B. Walaupun sibuk merancang dan menguruskan program BADAR yang padat mereka mampu menunjukkan kecemerlangan dalam kademik. Inilah janji Allah s.w.t buat pembantu-pembantu agama Allah. "jika kamu bantu (agama) Allah (pasti) Allah akan membantumu". Tetapi ingat. segulong sijil SPM hanya sekadar tiket untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang. Semoga kita istiqamah dengan perjuangan. Liku-liku yang mendatang mungkin akan lebih mencabar. Pesan kami jangan lupa Di sinilah tempat ku bermula! SMKA Sultan Muhammad.

Sof Kepimpinan BADAR 2009/2010 dalam kenangan.

Kejayaan Hakiki vs Kegagalan Hakiki!

Alhamdulillah lafaz agong yang menyusul selepas basmalah (singkatan bagi بسم الله الرحمن الرحيم) di dalam surah pembuka al-Quranil-Karim (Surah al-Fatihah). Dia-lah yang mengatur segala yang tercipta. Tersimpul di dalam lafaz Rabil a'lamin (pemelihara/pengatur semesta alam). Janji kejayaan buat yang taat dan kebinasaan buat yang ingkar dan maksiat. Tiada daya dan upaya buat seorang hamba untuk mengelak daripada dua ketentuan ini.
Kadang-kadang kita alpa pesan Allah dan rasul-Nya. Allah menilai manusia bukan dari paras rupa, harta atau kuasa (kedudukan) tapi nilai taqwa dan akhlak mulia. Jika nilai kejayaan manusia pada harta pasti merana si papa. Jika dilihat dari kecantikan paras rupa pasti kecewa mereka yang cacat wajahnya. Jika dilihat dari kebijakannya pasti rasa terhina si dungu akalnya. Tapi Allah Maha Adil, memadai bagi siapa yang taat perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya untuk berjaya.
Kejayaan dunia adalah gambaran kejayaan akhirat. Bayangkan kerana terlalu gembira seseorang tidak dapat menahan aliran air mata. Kerana terlalu gembira dengan kejayaan dunia seseorang hilang kewarasan akalnya. Kerana terlalu gembira ada yang tersasul bicara. Semuanya berlaku secara tidak sengaja dek kerana terlalu gembira. Alangkah bagaimana jika kejayaan itu adalah kejayaan yang diisytiharkan Allah s.w.t di akhirat kelak. Pasti kegembiraan yang mengatasi segala kegembiraan. Tapi jika sebaliknya pasti kedukacitaan yang tidak dapat digambarkan hanya saja sebagai peringatan Allah merakamkan cerita si gagal (di akhirat) dengan ungkapan "ya laitani kuntu turaba" (Ya Allah alangkah baik jika aku tidak dibangkitkan (hanya sekadar tanah))
 Memilih di antara dua jalan

22 Mac 2011

Kenapa sibuk nak kena catat?

السلام عليكم و رحمة
Sesi pempelajaran penggal pertama bersambung dan bermula dengan langkah yang cantik. Minggu ni dilancarkan Program Budaya Mencatat. Semua pelajar diwajibkan memiliki buku catatan. Mereka dikehendaki mencatat setiap isi penting yang mereka dapat samada daripada kelas-kelas tafaquh atau daripada mana-mana program ceramah dan ucapan

Kenapa Mesti Catat?
Oleh kerana sifat ingatan manusia itu sangat terbatas, satu-satunya cara untuk mengekalkan idea-idea hebat dan maklumat-maklumat penting ialah merekodnya. Banyak cara yang boleh kita gunakan dan paling mudah serta jimat kos ialah TULIS atau Mencatat.

Ibnu Batutah, penulis karya agong “Rehlah Ibnu Batutah" tidak pernah menyangka catatan pelayarannya yang panjang mampu menjadi sebuah karya yang agong. Menjadi rujukan para ilmuan. Bukan sahaja oleh para pengembara tetapi ilmuan dalam pelbagai bidang antaranya merangkumi geografi, kemasyarakatan, politik, pengurusan dan kerohanian.

Billi Lim, penulis buku “BERANI GAGAL’ menggunakan cara ini sekian lama. Dia mencatat semua ideanya di dalam buku 555. Itulah hartanya yang paling berharga sampai Billi berkata, “Rumah saya terbakar saya tak sedih, saya boleh bina semula. Tapi kalau buku-buku catatan idea saya ni terbakar, hidup saya musnah..!!”
Para sahabat Rasulullah r.a yang pandai menulis dilantik menjadi pencatat wahyu.
Mereka mempunyai kududukan istimewa di sisi Rasulullah s.a.w
Budaya mencatat ini tersangat-sangat kritikal dalam masyarakat kita. Bukan tak ada idea, kita cuma malas mencatat. Kita lebih suka mencatat rutin kerja harian daripada mencatat idea-idea baru. Idea yang lebih berharga daripada segunung emas lenyap di telan masa.

Mulai hari ini,  catatkan hikmah-hikmah, informasi, maklumat dan idea-idea yang memenuhi minda anda. Jadikan budaya mencatat sebahagian daripada hidup anda.

Saya percaya, salah satu idea,maklumat, informasi atau hikmah yang anda catat itu bakal mengubah hidup anda buat selama-lamanya. Insya Allah..Sapa tahu, satu hari nanti karya (catatan) anda akan menjadi rujukan para ilmuan seperti pencatat-pencatat agong yang silam.
 

16 Mac 2011

APAKAH MAKNANYA أخوّة في الله و لله (persahabatan dlm Islam/bersaudara kerana Allah)?

Seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami? Bagaimana kita menjaga ukhwah itu? 

Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula.Begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat.Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita.Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan.Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu.

Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. Kenapa kita dengan orang barat berbeza dalam bersahabat? Orang barat bersahabat untuk keperluan dunia sahaja tapi orang islam bersahabat mengharapkan pertemuan hingga ke syurga. 

Atas dasar kerana Allah s.w.t , ikatan yang paling kuat antara hati dan akal. Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.

Berkenalan (التعارف)

Apabila meniti bait-bait nasyid yang dipopularkan semula oleh kumpulan Hijaz tiba-tiba bemain di dalam minda tentang sejauhmana kita telah mengenal teman seperjuangan kita? Benarkah sukar mencari rakan seperjuangan? Adakah kita sudah jelas dengan erti ukhuwah (persaudaraan) setelah lama kita ditarbiyah di dalam usrah?
Sama-sama kita renungkan ini :

Dunia Yang Sepi

Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia minuteman

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

Nilai persaudaraan sangat besar di dalam Islam. Rasulullah telah mempersaudarakan golongan muhajirin dan ansor bahkan menjanjikan ganjaran yang sangat besar bagi mereka yang bersaudara semata mata kerana Allah. Suatu ketika Rasulullah s.a.w bertanya kepada Saidina Bilal apakah yang menyebabkan beliau dapat mendengar derap langkahnya ketika Baginda Rasulullah s.a.w dibawa melawat ke dalam syurga sewaktu Israk dan Mi'raj. Lalu Saidina Bilal menjawab iaitu mungkin amalannya yang sering memperbaharui wuduk dan bersolat sunat setiap kali selepas daripada berwuduk. Apa yang nak saya fokuskan di sini bagaimana hampirnya Rasulullah s.a.w dengan para sahabatnya dan betapa kenalnya Baginda dengan sahabat-sahabatnya sehingga beliau s.a.w dapat mengenal derap langkah sahabatnya. Tidakkah ini cukup bagi kita untuk bermuhasabah sejauhmana kita mengenali rakan seperjuangan kita? Persaudaraan yang terbina dengan ikatan hati semata-mata kerana Allah mempunyai nilai yang besar dan akan pasti membawa impak yang besar dalam kerja Islami (amal Islami) Semoga kita dapat sama-sama mengislah diri demi menjadi mujahid sejati.

 Adakah kita sudah berukhuwah kerana Allah?

15 Mac 2011

Membina Generasi Penggerak

11, 12 dan 13 Mac 2011 Bermula hari Jumaat hingga Ahad beberapa orang ahli BADAR SMKA Sultan Muhammad telah menyertai program Nadwah Kepimpinan Islam di SBPI Selandar.
Setiap sesuatu perlukan pengorbanan walaupun sebahagian pelajar terus pulang ke kampung sempena cuti pertengahan penggal wakil-wakil BADAR kita sanggup berkorban meluangkan masa bersama-sama 100 orang peserta lain dalam program ini. Alhamdulillah semua wakil-wakil kita dapat mengharungi semua cabaran hingga ke akhirnya. Sekalung tahniah buat semua terutama buat Sdr. Ammar Sani kerana terpilih menjadi peserta terbaik di dalam program ini. 
BADAR SMKA Sultan Muhammad sangat-sangat berharap kepada para perwakilan kita agar dapat meneruskan kecemerlangan BADAR kita untuk masa-masa akan datang.
 Guru-guru yang turut memberi sokongan dalam menjayakan program ini.


 Para perwakilan BADAR SMSM diberi penghormatan menaiki van SMSM untuk ke SBPI Selanadar

Cuti Pertengahan Penggal Pertama 2011

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Lama rasanya blog ni tak diselenggara dan diupdate. Nampaknya terpaksalah sifu ambil alih sementara mengemaskini blog ni. Kadang-kadang kita lihat sesuatu tugasan tu macam simpel untuk di laksanakan tetapi ia tidak seperti yang kita sangkakan. Kerja yang mudah tapi kalau ianya diambil mudah akan jadi susah dan akhirnya tergendala. Lebih-lebih lagi kalau tugasan itu tiada imbuhan segera. Memang menguji keikhlasan hati. Istiqamah dalam satu-satu tugas atau taklif adalah suatu yang mujahadah (mencabar), tetapi mereka yang berjaya pasti merasai kemanisannya.


"Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan"

Satu perkara yang kita perlu faham bahawa semua amal kerja kita akan diberi balasan oleh Allah. Ikhlaskan hati  pada setiap amalan kita insyalah kajayaan itu sudah hampir bagi Islam. Sediakanlah diri kita untuk menjadi pembantu-pembantu agama Allah.

10 Januari 2011

Usrah BADAR SMKASM Bermula!

Assalamualaikum w.b.t., para pembaca sekalian.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana blog e-BADAR SMKASM ini dapat dikemaskini dengan informasi Badan Dakwah dan Kerohanian SMKASM yang terkini.

Pada hari Selasa, 5 Januari 2010 bersamaan 1 Safar 1432 Hijriah, Exco Usrah Badan Dakwah dan Kerohanian SMK (A) Sultan Muhammad telah berjaya memulakan sesi Usrah di Dewan Surau, Pusat Islam Al-Islah SMKASM. Alhamdulillah. Pada hari tersebut, setiap pelajar asrama SMKASM telah dibahagikan dan dibentuk menjadi beberapa kumpulan usrah dan setiap kumpulan usrah mempunyai seorang naqib yang akan membimbing dan membentuk ahli usrah setiap kali sesi liqa' usrah BADAR dijalankan. Diharap agar semua liqa' usrah BADAR dapat dijalankan dengan sempurna dan semoga ahli-ahli usrah dapat dibimbing dan dibentuk oleh para nuqaba' menjadi seorang muslim yang berjaya, berakhlak mulia dan menuruti landasan Islam. InsyaAllah.



21 Disember 2010

Persediaan BADAR SMKASM Menjelang Tahun 2011

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah. Beryukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kami dapat mengemaskini blog e-BADAR dengan maklumat terbaru mengenai perjalanan Organisasi Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) SMK (Agama) Sultan Muhammad.
Seperti yang telah disebutkan dalam tajuk di atas, Ahli Saf Kepimpinan BADAR SMKASM telah mula membuat persediaan dan persiapan bagi menggerakkan BADAR SMKASM ini bagi tahun 2011.
Mesyuarat mengenai penetapan, perancangan dan pengumpulan cadangan telah dilakukan pada hari ini (21/12/2010, Selasa bersamaan 15 Muharram 1432 Hijriah).
Alhamdulillah. Sebahagian daripada Ahli Saf Kepimpinan BADAR SMKASM telah sanggup mengorbankan sebahagian masa untuk menghadiri Mesyuarat Ahli Saf Kepimpinan BADAR SMKASM pada hari ini untuk membincangkan mengenai pelbagai cara bagi menaik taraf pengurusan pentadbiran dan perancangan aktiviti BADAR SMKASM pada tahun 2011 dan alhamdulillah mesyuarat ini telah dilaksanakan dengan jayanya.




Gambar ketika mesyuarat sedang dijalankan di pondok dan wakaf di hadapan Pusat Islam Al-Islah, SMK(Agama) Sultan Muhamamd.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...