Antara Pilihan & Bimbingan |
Antara 10% penilaian ko-akademik dengan 90% penilaian akademik. Dua nilai yang sering dibicarakan oleh warga pendidikan. Yang mana satu harus diutamakan. Secara mudah ligiknya pasti nilaian akademik kerana pratusnya lebih besar dan orang yang benar pertimbangannya pasti membenarkan. Tetapi mengapa sebahagian besar daripada pelajar bermati-matian untuk mengutamakan yang 10%. Adakah mereka tidak pandai menilai atau mereka tenggelam dengan keseronokan aktiviti yang hanya bernilai 10%. Mungkin juga tiada bimbingan daripada guru penasihat agar memilih yang terbaik baginya yang membolehkan pelajar tersebut mendapat nilaian 10% itu.
Tidak dinafikan memang seronok dapat menyertai aktiviti luar sekolah. Jika dilihat daripada kontranya pelajar tidak perlu menghadiri kelas pengajian mungkin sehari, dua hari malah seminggu hingga dua minggu. Seorang pelajar yang berjaya dalam pertandingan di peringkat kawasan akan meneruskan penglibatannya ke peringkat negeri dan mungkin akan ke kebangsaan. Bayangkan berapa banyak waktu yang terpaksa dikorbankan untuk latihan dan persediaan ke arah itu. Kalau pun latihan itu dibuat di waktu petang atau selepas kelas persediaan agaknya bila pelajar itu dapat menyelesaikan kerja rumah dan menglangkaji pelajaran. Secara logiknya ia agak sukar. Hanya pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi mampu menyeimbangkankan kedua-duanya. Tanpa bimbingan para guru pasti pelajar-pelajar berkenaan akan tercicir dalam pelajaran.
Golongan-golongan pelajar yang aktif ini perlu dipantau oleh pihak guru dan pengurusan agar mereka tidak ketinggalan. Sekolah yang punya nama diperingkat nasional seringkali menjadi perhatian masyarakat apabila keputusan -keputusan peperiksaan umum di isytiharkan. Strategi, gerak kerja dan usaha warga sekolah harus mendokong misi dan visi yang telah digariskan. Jika misi dan visinya dihadapkan untuk mencapai kejayaan ko-akademik maka ke arah itulah kita bergerak tetapi jika sebaliknya seharusnya kita bermuhasabah kemana harus kita bimbing anak-anak didik kita.