16 Mac 2011

APAKAH MAKNANYA أخوّة في الله و لله (persahabatan dlm Islam/bersaudara kerana Allah)?

Seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami? Bagaimana kita menjaga ukhwah itu? 

Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula.Begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat.Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita.Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan.Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu.

Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. Kenapa kita dengan orang barat berbeza dalam bersahabat? Orang barat bersahabat untuk keperluan dunia sahaja tapi orang islam bersahabat mengharapkan pertemuan hingga ke syurga. 

Atas dasar kerana Allah s.w.t , ikatan yang paling kuat antara hati dan akal. Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.

Berkenalan (التعارف)

Apabila meniti bait-bait nasyid yang dipopularkan semula oleh kumpulan Hijaz tiba-tiba bemain di dalam minda tentang sejauhmana kita telah mengenal teman seperjuangan kita? Benarkah sukar mencari rakan seperjuangan? Adakah kita sudah jelas dengan erti ukhuwah (persaudaraan) setelah lama kita ditarbiyah di dalam usrah?
Sama-sama kita renungkan ini :

Dunia Yang Sepi

Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia minuteman

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

Nilai persaudaraan sangat besar di dalam Islam. Rasulullah telah mempersaudarakan golongan muhajirin dan ansor bahkan menjanjikan ganjaran yang sangat besar bagi mereka yang bersaudara semata mata kerana Allah. Suatu ketika Rasulullah s.a.w bertanya kepada Saidina Bilal apakah yang menyebabkan beliau dapat mendengar derap langkahnya ketika Baginda Rasulullah s.a.w dibawa melawat ke dalam syurga sewaktu Israk dan Mi'raj. Lalu Saidina Bilal menjawab iaitu mungkin amalannya yang sering memperbaharui wuduk dan bersolat sunat setiap kali selepas daripada berwuduk. Apa yang nak saya fokuskan di sini bagaimana hampirnya Rasulullah s.a.w dengan para sahabatnya dan betapa kenalnya Baginda dengan sahabat-sahabatnya sehingga beliau s.a.w dapat mengenal derap langkah sahabatnya. Tidakkah ini cukup bagi kita untuk bermuhasabah sejauhmana kita mengenali rakan seperjuangan kita? Persaudaraan yang terbina dengan ikatan hati semata-mata kerana Allah mempunyai nilai yang besar dan akan pasti membawa impak yang besar dalam kerja Islami (amal Islami) Semoga kita dapat sama-sama mengislah diri demi menjadi mujahid sejati.

 Adakah kita sudah berukhuwah kerana Allah?

15 Mac 2011

Membina Generasi Penggerak

11, 12 dan 13 Mac 2011 Bermula hari Jumaat hingga Ahad beberapa orang ahli BADAR SMKA Sultan Muhammad telah menyertai program Nadwah Kepimpinan Islam di SBPI Selandar.
Setiap sesuatu perlukan pengorbanan walaupun sebahagian pelajar terus pulang ke kampung sempena cuti pertengahan penggal wakil-wakil BADAR kita sanggup berkorban meluangkan masa bersama-sama 100 orang peserta lain dalam program ini. Alhamdulillah semua wakil-wakil kita dapat mengharungi semua cabaran hingga ke akhirnya. Sekalung tahniah buat semua terutama buat Sdr. Ammar Sani kerana terpilih menjadi peserta terbaik di dalam program ini. 
BADAR SMKA Sultan Muhammad sangat-sangat berharap kepada para perwakilan kita agar dapat meneruskan kecemerlangan BADAR kita untuk masa-masa akan datang.
 Guru-guru yang turut memberi sokongan dalam menjayakan program ini.


 Para perwakilan BADAR SMSM diberi penghormatan menaiki van SMSM untuk ke SBPI Selanadar

Cuti Pertengahan Penggal Pertama 2011

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Lama rasanya blog ni tak diselenggara dan diupdate. Nampaknya terpaksalah sifu ambil alih sementara mengemaskini blog ni. Kadang-kadang kita lihat sesuatu tugasan tu macam simpel untuk di laksanakan tetapi ia tidak seperti yang kita sangkakan. Kerja yang mudah tapi kalau ianya diambil mudah akan jadi susah dan akhirnya tergendala. Lebih-lebih lagi kalau tugasan itu tiada imbuhan segera. Memang menguji keikhlasan hati. Istiqamah dalam satu-satu tugas atau taklif adalah suatu yang mujahadah (mencabar), tetapi mereka yang berjaya pasti merasai kemanisannya.


"Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan"

Satu perkara yang kita perlu faham bahawa semua amal kerja kita akan diberi balasan oleh Allah. Ikhlaskan hati  pada setiap amalan kita insyalah kajayaan itu sudah hampir bagi Islam. Sediakanlah diri kita untuk menjadi pembantu-pembantu agama Allah.

10 Januari 2011

Usrah BADAR SMKASM Bermula!

Assalamualaikum w.b.t., para pembaca sekalian.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana blog e-BADAR SMKASM ini dapat dikemaskini dengan informasi Badan Dakwah dan Kerohanian SMKASM yang terkini.

Pada hari Selasa, 5 Januari 2010 bersamaan 1 Safar 1432 Hijriah, Exco Usrah Badan Dakwah dan Kerohanian SMK (A) Sultan Muhammad telah berjaya memulakan sesi Usrah di Dewan Surau, Pusat Islam Al-Islah SMKASM. Alhamdulillah. Pada hari tersebut, setiap pelajar asrama SMKASM telah dibahagikan dan dibentuk menjadi beberapa kumpulan usrah dan setiap kumpulan usrah mempunyai seorang naqib yang akan membimbing dan membentuk ahli usrah setiap kali sesi liqa' usrah BADAR dijalankan. Diharap agar semua liqa' usrah BADAR dapat dijalankan dengan sempurna dan semoga ahli-ahli usrah dapat dibimbing dan dibentuk oleh para nuqaba' menjadi seorang muslim yang berjaya, berakhlak mulia dan menuruti landasan Islam. InsyaAllah.



21 Disember 2010

Persediaan BADAR SMKASM Menjelang Tahun 2011

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah. Beryukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kami dapat mengemaskini blog e-BADAR dengan maklumat terbaru mengenai perjalanan Organisasi Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) SMK (Agama) Sultan Muhammad.
Seperti yang telah disebutkan dalam tajuk di atas, Ahli Saf Kepimpinan BADAR SMKASM telah mula membuat persediaan dan persiapan bagi menggerakkan BADAR SMKASM ini bagi tahun 2011.
Mesyuarat mengenai penetapan, perancangan dan pengumpulan cadangan telah dilakukan pada hari ini (21/12/2010, Selasa bersamaan 15 Muharram 1432 Hijriah).
Alhamdulillah. Sebahagian daripada Ahli Saf Kepimpinan BADAR SMKASM telah sanggup mengorbankan sebahagian masa untuk menghadiri Mesyuarat Ahli Saf Kepimpinan BADAR SMKASM pada hari ini untuk membincangkan mengenai pelbagai cara bagi menaik taraf pengurusan pentadbiran dan perancangan aktiviti BADAR SMKASM pada tahun 2011 dan alhamdulillah mesyuarat ini telah dilaksanakan dengan jayanya.




Gambar ketika mesyuarat sedang dijalankan di pondok dan wakaf di hadapan Pusat Islam Al-Islah, SMK(Agama) Sultan Muhamamd.

18 Oktober 2010

Jom kita jumpa ulama' !

20 Oktober 2010, Selasa, Negeri Melaka akan dikunjungi Ulamak besar Hadramaut, Yaman. Pengasas Pusat Pengajian Darul Mustafa. As-Syaikh al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafiz. Seorang murabbi yang masyhur dan banyak menymbang bakti kepada umat Islam.  Jangan kita lepaskan peluang.

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء,فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر
Hendaklah kamu berada di majlis-majlis para ulama dan mendengar ucapan orang yang bijaksana. Sesunggunya Allah taala menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah seperti ia menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan.

29 September 2010

Program Doa Kismis dan Solat Hajat Bagi Pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas

Program Kismis Doa yang dijalankan di Pusat Islam Al-Islah SMKASM.

Program Solat Hajat yang dijalankan di Masjid Nur Sa'adah.

Pada malam hari Rabu (22 September 2010) dan Khamis (23 September 2010), BADAR SMK (A) Sultan Muhammad telah mengadakan Program Kismis Doa dan Solat Hajat khas untuk pelajar SMKASM yang akan menduduki peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM pada tahun ini. Program ini diadakan bertujuan sebagai ikhtiar semoga para pelajar SMKASM yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Semoga usaha yang telah diberikan ini diberkati oleh Allah SWT. Amin. Insya-Allah.

11 September 2010

Majlis Penutup Ihyak Ramadhan '10

Jumaat, 3 September 2010, SMKA Sultan Muhammad selesai melaksanakan Majlis Penutup Ihya' Ramadhan 1431 H.Setelah perancangan yang hebat dan perlaksanakan yang meriah Program Ihya' Ramadhan pun menutup tirainya. Tepat jam 10 .00 pagi semua warga SMKA Sultan Muhammad berhimpun di Dewan Ibnu Batutah untuk menghadiri majlis tersebut. Majlis dimualkan dengan ucapan alu-aluan dan bacaan Al-Quran. Setelah itu di ceriakan dengan persembahan multimedia "review" sepanjang Ramadhan. Setelah itu ucaptama dari Tn Pengetua Tn Hj Ariffin b. Omar. Beliau memberikan taujihat yang banyak menyentuh berkaitan amalan susulan sesudah bulan Ramadhan. Sewajarnya ketaatan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan berterusan walaupun Ramadhan kali ini telah melabuhkan tirainya. Setelah mendengar taujihat daripada tuan pengetua majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kebajikan kepada anak-anak yatim dan anak-anak miskin. Setelah itu penyampaian sijil-sijil penghargaan dan saguhati kepada ahlijawatankuasa pelajar yang telah bertungkus lumus untuk melaksanakan program sepanjang Program Ihyak Ramadhan. Semoga program yang dijalankan dapat menjinakkan diri kita kepada tuhan dan menjadikan kita hamba yang sentiasa mendapat keredhaan-Nya serta sentiasa dicucuri rahmat dari-Nya. Amin. Tahniah buat semua.

02 September 2010

Program Kem Jati Diri

                           Program ini telah dijalankan pada 29 Mei hingga 30 Mei yang diadakan di Dewan Ibnu Battutah SMK(A) Sultan Muhammad. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Remaja JIM yang bertemakan "Ke Arah Remaja Soleh Wa Musleh" yang bertujuan untuk membimbing remaja khususnya para pelajar SMKASM ke arah kecemerlangan diri.
                            Pertama sekali program suai kenal dijalankan. Para peserta yang terdiri daripada tingkatan 5 & 6 diperkenalkan dengan "pesawat KRJ 290610" iaitu bermulanya slot dalam kursus ini. Program ini dipenuhkan dengan adab dalam pesawat kemudian adab apabila bertemu dengan orang.Kemudian diikuti slot 'Kawan,Rakan,Teman,Sahabat' yang menilai sejauh mana nilai persahabatan dalam diri masing-masing.
                           

31 Ogos 2010

Diambang Merdeka & Qiyam Perdana II

Munajat yang diketuai oleh Sof BADAR dan diceriakan dengan kehadiran Ust Abd Hamid dan Cg Adnan
Bermula selepas solat fardhu Maghrib secara berjemaah warga as-Sultan telah sama-sama untuk melakukan Solat Sunat Hajat dan bacaan Yasin sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Selepas itu doa munajat telah dipanjatkan kehadrat ilahi semoga negara yang kita cintai ini terus berada di dalam keadaan aman sejahtera, makmur dengan limpahan rahmat, inayah serta mendapat keredahaan Allah s.w.t.

Selepas itu para jemaah telah bersama-sama menunaikan solat Isyak dan qiyam Ramadhan. Suasana yang mengembirakan solat Tarawikh yang dilakukan secara berjemaah itu diselangseli dengan tazkirah dan alunan selawat ke atas junjungan Rasululla s.a.w. Acara fasa pertama selesai pada jam 11.35 malam. Fasa yang ke dua pula akan bermula pada jam 3.30 pagi untuk qiyamullail. Semoga semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh warga as-Sultan khususnya Putera As-Sultan akan membuahkan natijah yang baik terutama syakhsiah pelajar.

21 Ogos 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
التوبة:43
"kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."

Memang tidak mudah berada di medan dakwah. Terlalu banyak liku liku dan kepayahan yang perlu  ditempuh. Tujuannya satu menguji keikhlasan. Kesibukan dunia juga salah satu bentuk ujian yang menghambat. Bahkan kecintaan kepadanya atau penyakit alWahnu (terlalu cinta pada dunia dan takut mati) merupakan racun yang bukan sahaja melumpuhkan bahkan membunuh roh dakwah. 
Kadang-kadang kita terlupa dengan fatamorgana dunia hingga kita mendahulukan benda yang tidak sepatutnya didahulukan dan menangguh nangguhkan benda yang sepatutnya disegerakan. Semoga Allah sentiasa membimbing kita dan menunjukkan kita jalan-jalanNya.


"Mujur ada teman seperjuangan
menyatakan kita harus teruskan,
Perjuangan ini demi mencari keredhaan Ilahi" 

14 Ogos 2010

BADAR bertukar Tampuk Kepimpinan Baru


Isnin, 2 September 2010. BADAR bertukar tampuk Sof Kepimpinan baru.. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran. Qari Sdr Yasir Atiqurrahman memetik beberapa ayat awal dari surah as-Sof. Setelah itu paparan ringkas multimedia berkaiatan aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan oleh BADAR '09/'10. Selepas itu majlis diteruskan dengan pemberian Anugerah Khidmat Cemerlang BADAR '09/'10. Anugerah berkumpulan telah diberikan kepada Exco Usrah dan Exco Rehlah & Riadah manakala anugerah individu pula disandang oleh Sdr Ahmad Wasil iaitu Presiden BADAR sendiri, Sdr. Maz Effteekaf dan Sdr. Bendahari Agong iaitu Ahmad Hanafi. Mereka dipilih secara syuro oleh pihak pengurusan BADAR peringkat guru dan berdasarkan di atas sumbangan mereka untuk menggerakkan BADAR.
Selepas program penyerahan syahadah taqdiriah (penghargaan) kepada semua ahli-ahli BADAR, diumumkan pula sof kepimpinan BADAR yang baru untuk sesi '10/'11. Badan Dakwah ini akan diterajui oleh al-Fadhil Sdr. Muhammad Hazrul bin Sahak pelajar 6R Umar al-Khattab. Sebagai penambaikan juga pihak pengurusan telah bersetuju untuk mewujudkan BADAR HELWI. Ini untuk memudahkan aktiviti-aktiviti BADAR dijalankan dikalangan puteri-piteri as-Sultan. Kami mendoakan semoga beliau beserta sof  kepimpinan BADAR yang baru dapat meneruskan aktiviti dakwah di SMKA Sultan Muhammad. 
Wajah-wajah sof kepimpinan baru BADAR SMSM

Kenali Sof BADAR '10/'11

12 Ogos 2010

Program Qiamullail Perdana Kali Pertama

Pada pagi hari Rabu, 12 Ogos 2010 - BADAR SMK (A) Sultan Muhammad telah mengadakan Program Qiamullail Perdana buat pertama kali bagi sesi 2010/2011. Program ini telah dipimpin oleh Presiden BADAR, Muhammad Hazrul Bin Sahak dan dibantu oleh beberapa orang ahli Saf Kepimpinan BADAR yang lain bagi menjayakan program ini. Program Qiamullail ini telah disertai oleh pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.

Alhamdulillah. Program Qiamullail ini telah dijalankan dengan jayanya. Antara motif utama Program Qiamullail ini diadakan adalah,
1.Memberi pendedahan tentang program qiamullail.
2.Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan ketika program qiamullail.
3.Menghubungkan jiwa-jiwa pelajar dengan Allah s.w.t

Pelbagai aktiviti juga telah dimuatkan ke dalam Program Qiamullail Perdana ini bagi mengisi ruang-ruang masa yang ada untuk meningkatkan amal ibadat kepada Allah SWT. Antara aktiviti tersebut ialah,
1.Ta'limat adab beriktikaf di rumah Allah.
2.Bacaan hadis-hadis kelebihan qiamullail.
3.Tadarus Al-Quran
4.Bacaan Zikir secara berjemaah.
5.Solat-solat sunat.

30 Julai 2010

Gegar PraCuba PMR Bahasa Arab

Jumaat, sebagai tanda keperihatinan, Panitia Bahasa Arab SMKASM telah menjalankan Peperiksaan Pra Percubaan PMR. Ini adalah rentetan daripada perubahan format PMR yang mendadak untuk peperiksaan tersebut pada tahun ini. Melalui ujian yang dijalankan ini kita berharap ianya dapat memberi gambaran sebenar kepada para calon seterusnya daripada natijah yang diperolehi kita akan dapat membuat analisa kekuatan dan kelemahan mereka.

Pelajar yang menjadi harapan SMKSM untuk mecatat sejarah yang belum kecapaian. 100% lulus BA
Program susuluan care and coching akan dijalankan untuk mengatasi aspek-aspek menjadi masalah kepada para calon. Semoga para calon tidak berputus asa untuk terus mendaki ke puncak jaya. Sememangnya jalan yang dilalui itu berliku liku.

Malam Kesenian Islam & Kecemerlangan Huffaz di SMTAQ

Khamis malam Jumaat SM Tafhiz Cenderah di limpahi cahaya lampu untuk sambutan Malam Kesenian Islam dan & Kecemerlangan Huffaz. Majlis bermula sujurus selepas azan Maghrib dengan solat berjamaah seterusnya solat hajat dan bacaan Yasin dan solat Isyak berjemaah. Kemuncak program tersebut bermula sejurus selepas solat Isyak di dataran SMTAQ yang telah diubah dan digubah dengan penuh kreativiti dan inovasi. Sebuah pentas persembahan.

Persemnbahan Nasyid & Nazam dari Pasukan Soutul Azim SMKASM
Pasukan Nazam SMKA Sultan Muhammad (Shoutul Azim) antara kumpulan yang diberi penghormatan untuk membuat persembahan. Selain itu pihak pengelola juga menjemput Kumpulan Qasidah Paya Ikan. Mengiringi pasukan Soutul Azim adalah Sof kepimpinan BADAR yang baru dilantik untuk sesi 2010/2011.

Semoga Ukhuwah yang terjalin diantara kedua-dua sekolah ini akan menyemarakkan lagi obor Dakwah Islamiah di kedua-dua buah sekolah.Amin.
 Ucapan Tn Hj Ismail (Mudir SMTAQ) merasmikan program yang julung-julung kali diadakan.

28 Julai 2010

Nisfu Sya'ban Meriah di SMKA Sultan Muhammad


Isnin, Warga SMKA Sultan Muhammad khususnya warga Asramanya menyambut Nisfu Sya'ban dengan penuh meriah. Antara program yang dijalankankan adalah kempen puasa sunat, bacaan Ratib al-Haddad sebelum berbuka, Iftar Jamaie bagi yang berpuasa, Wirid Munajat di al-Islah Islamic Center, Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, bacaan Surah Yasin dan Tazkirah.
Bacaan Yasin secara berkumpulan memantapkan ukhuwah dan persaudaraan
Kempen Puasa Sunat telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana hampir 80% pelajar asrama berpuasa. Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin yang di jalankan turut disertai beberapa orang guru yang sudi melapangkan masa bermunajat bersama-sama pelajar di antaranya En Ghazali (GPK I), Ust Abd Hamid (GPK Hem) Ust Tuba Nihrir (GKMP PAI/BA) dan beberapa orang warden.

Diharakkan daripada program yang dibuat dapat meningkat nilai-nilai Islam di dalam diri para pelajar yang bakal menerajui masyarakat pada masa hadapan. Bertepatan dengan mafhum hadis :
 Dewan Makan Asrama penuh dengan Warga Asrama. MAcam bulan puasa.
Dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya berkata: “Ya Rasulullah, saya tidak pernah melihatmu berpuasa dalam satu bulan dari bulan-bulan yang ada seperti puasanmu di bulan Sya’ban.” Maka beliau bersabda: “Itulah bulan yang manusia lalai darinya antara Rajab dan Ramadhan. Dan merupakan bulan yang di dalamnya diangkat amalan-amalan kepada rabbul ‘alamin. Dan saya suka untuk diangkat amalan saya sedangkan saya dalam keadaan berpuasa.” (HR. Nasa’i, lihat Shahih Targhib wat Tarhib hlm. 425).

Dan dalam sebuah riwayat dari Abu Dawud No. 2076, dia berkata: “Bulan yang paling dicintai Rasulullah untuk berpuasa padanya adalah Sya’ban kemudian beliau sambung dengan Ramadhan.” (Shahih Sunan Abi Dawud 2/461)

malam Nisfu Sya'ban bukanlah seperti malam-malam yang biasa tetapi mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang perlu diperingati dan dihayati. و الله أعلم

24 Julai 2010

Imtihan Bulan Julai 2010


Bermula 26 Julai hingga 30 Julai putera puteri As-Sultan akan menduduki ujian bulan Julai. Ujian yang ke 3. Pelajar-pelajar ting 3 pula akan diuji untuk menjawab soalan Bahasa Arab pra percubaan pada 30 Julai ini iaitu pada hari Jumaat. Semoga semua putera puteri SMKA Sultan Muhammad membuat persiapan untuk menghadapi imtihan. Gabungan Doa, Usaha dan Tawakal insyalah akan membuahkan kecemerlangan dunia dan akhirat. Amin

PROGRAM KECEMERLANGANSPM 2010

Sabtu (24 Julai 2010 / 13 Sya'ban 1431) SMKA Sultan Muhammad telah menjadi tuan rumah untuk program Kem Kecemerlangan SPM 2010. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dibawah kelolaan Sektor Pendidikan Islam Unit PIPA. Tujuan ianya diadakan adalah untuk memberi bimbingan khusus kepada pelajar-pelajar harapan yang akan menduduki SPM pada tahun ini.Sebanyak 13 buah sekolah dibawah kelolaan SPI telah menyertai Kem Kecemerlangan ini melibatkan seramai 130 orang pelajar. Guru-guru pengiring setiap sekolah turut menjayakan program ini sebagai fasilitator pembimbing. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dijalankan membuahkan hasil yang baik.


02 Julai 2010

Menyingkap tirai keindahan kesenian Islam

Pada 26 Julai 2010, telah diadakan program Malam Kesenian Islam anjuran Exco Rehlah dan Riadah BADAR.
Program itu diadakan pada waktu malam dan disertai oleh Sekolah Menengah Tahfiz Chenderah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar.
Sekolah Menengah Tahfiz Chenderah membuat persembahan pentomen bahasa arab. Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar membuat persembahan nasyid. Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad  menjayakan persembahan nazam.
Selain itu diadakan juga busana muslim bagi memberi pendedahan tentang pakaian yang bercirikan islam dengan budaya dari seluruh dunia.
Pameran Kesenian Islam juga telah dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar supaya agama Islam dijadikan sebagai gaya hidup mereka secara syumul.
Program ini mendapat sambutan dan berjaya dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah.

31 Mei 2010

SIMULASI KEMATIAN

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian (berpisahnya roh dari jasadnya). Itulah jaminan Allah yang pernah disebut dalam Kitabullah yang mulia. Kematian adalah sesuatu yang ditangguh dan diawalkan walau sesaat pun. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah seharusnya senantiasa bersedia menghadapi kematian yakni sakaratul maut (mabuk kematian) yang bakal kita lalui. Kematian tidak mengenal usia ataupun darjat seseorang bahkan Nabi sendiri telah mengalami saat kematian apatah lagi kita yang merupakan insan yang imannya hanya ditafsirkan senipis kulit bawang.Oleh itu, persediaan yang cukup diperlukan dalam menghadapi kematian yang tidak diketahui saatnya. Sedangkan tarikh kelahiran kita( roh kita ditiupkan ke dalam jasad kita ) itu pun kita tidak ketahui.

                    Iman umat sekarang ini naik turun. Oleh itu, kita haruslah senantiasa berdoa kepada Allah S.W.T. agar kita kembali ke rahmatullah dalam keadaan iman kita sedang menaik. Kematian ini amatlah pedih seperti dalam riwayat Rasulullah s.a.w.mengatakan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang. Jikalau baginda yang merupakan seorang Rasulullah S.A.W. yang sudah dijamin syurganya sendiri menghadapi azab kematian yang amat pedih, apatah lagi kita yang hanya seorang hamba Allah yang mana belum tentu lagi syurga bagi kita. Subhanallah,Alhamdulillah, Lailahailallah, Allahuakbar. Ada yang mengatakan antara cara untuk meringankan sakaratul maut adalah dengan menghormati azan dengan menjawab laungan azan dan diam semasa azan dilaungkan.

17 Februari 2010

Pergi Seorang Bonda


Minggu ini pelajar-pelajar SMKA Sultan Muhammad menghadapi Ujian Pengesanan 1. Semua pelajar terlibat kecuali pelajar-pelajar tinkatan 3. Mungkin kerana mereka telah terlibat dengan ujian Dignostik yang pada akhir bulan lepas dan akan diuji pula dengan Ujian Pengesanan 2 pada awal bulan hadapan. Harap pelajar-pelajar bersunguh-sungguh menjawab soalan dan menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka. Jangan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Selain daripada itu kita telah menerima berita sedih iaitu kematian ibu kepada Ustaz Zulkifli bin Embong. Setelah menghadapi serangan jantung pada minggu lepas beliau telah kembali kerahmatullah pada pagi Selasa 17 Feb 2010. Semoga Allah memberi ketabahan kepada ahli keluarganya dan mencucuri rahmat kepada ruh almarhumah. Amin
Justeru itu warga Asrama SMKA SM telah membacakan Yasin dan Tahlil ringkas untuk beliau selepas menunaikan solat Suboh.

08 Februari 2010

Pesan Dari Penguatkuasa Undang-Undang

Hari ini SMKASM telah di kunjungi oleh Cif Inspektor Anuar (Pegawai Polis Perhubungan baru) daripada IPD Melaka Tengah. Mengambil waktu kelas Tafaqquh beliau telah menyampaikan nasihat yang begitu berguna buat semua pelajar. Undang-undang Negara dan peraturan sekolah merupakan perkara-perkara yang wajib dipatuhi oleh semua orang. Hidup peraturan merupakan suatu yang lazim dalam sesebuah organisasi. Individu yang tidak mengikut peraturan wajar dikenakan tindakan undang-undang. Tindakan yang salah akan mengakibatkan penyesalan yang tidak berkesudahan. Justeru itu selaku pelajar kita wajib menuruti peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Sering berlaku di kalangan pelajar salah laku mencuri, buli, pergaduhan, lari daripada asrama, ponteng sekolah dan lain-lain kesalahan. Ini merupakan tindakan-tindakan yang menyalahi peraturan. Tindakan yang akan dikenakan akan direkodkan dan ianya pasti akan menjadi sejarah hitam yang tidak mudah untuk dipadamkan daripada diari hidup kita.
Semoga dengan maklumat serta nasihat yang disampaikan akan menyadarkan kita dan menjadikan kita individu yang sentiasa berhati-hati untuk membuat sesuatu tindakan.

04 Februari 2010

Allah lebih menyayangi.......


Pemergian seseorang adalah kerana kasih Allah terhadapnya. Pada 2 haribulan yang lalu, datuk kepada salah seorang ahli badar, Muhammad Khairuddin Akmal, telah kembali ke rahmatullah selepas Maghrib... Khairuddin baru sahaja menerima berita ini semasa berada di sekolah dan terus pulang ke kampung halamannya. Berita ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua tentang kehidupan yang fana' tidak kekal abadi dan kita sepatutnya bersedia dalam menghadapi kehidupan selepas mati. Semoga kuburnya dilapangkan dan ditempatkan di taman-taman syurga.. Bersama-samalah kita doakan datuknya agar dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

Al-Fatihah.......

02 Februari 2010

Budaya Ilmu VS Asakan Maklumat


Diantara keterpaksaan dan keikhlasan menuntut ilmu. Dua pertembungan yang perlu dihadapi oleh seseorang yang bergelar pelajar. Seharusnya para pelajar sejak dari awal menjejakkan kaki ke perkampungan ilmu ini menetapkan nawaitu mereka. Ini kerana hari-hari yang akan ditempuhnya sangat mencabar. Bagi warga as-Sultan mereka harus berlumba dengan masa. Mereka harus bersedia dengan asakan minda, informasi dan maklumat yang bakal dicurah siang dan malam. Khususnya bagi pelajar asrama. Bermula dari awal pagi hingga jam 2.15 petang, istirehat kemudian disambung dengan kelas persediaan pada waktu petang atau aktiviti koku yang melelahkan (buat masa ini dengan cuaca yang agak panas). Disambung pula kelas tambahan bermula jam 8.45 mlm sehingga 10.45 mlm sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi untuk menempuh semua itu. Tanpa keikhlasan dan keazaman yang tinggi pasti ramai yang kecundang dan terpesong dari arah tuju yang dipasang seawal kaki melangkah ke perkampungan ilmu ini.
Dari satu sudut apakah natijah yang akan terhasil.... Adakah akan terhasil manusia yang berbudaya ilmu atau sekadar manusia yang bermaklumat tanpa roh ilmu. Di antara orang yang cinta kepada ilmu dan orang yang hanya sekadar tahu kerana diberi tahu. Fikir-fikirkan.

31 Januari 2010

Perginya seorang insan yang bergelar bapa...


Hari Jumaat yang lalu telah perginya seorang insan yang bergelar bapa kepada Uztaz Hamdan bin Harun . Dikatakan pada malam Jumaat hari itu bapanya berada dalam keadaan kritikal. Namun Allah lebih menyayangi beliau . Dikatakan beliau meninggal pada pagi Jumaat dan pada pada pagi itu juga kami di sini mengadakan tahlil dan bacaan yasin untuk arwah ayah uztaz Hamdan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kuburnya di antara taman-taman syurga yang diredhai Allah S.W.T. Al-Fatihah....

23 Januari 2010

Dakwah & Generasi Muda



Malam minggu pertama di SMKA Sultan Muhammad di hiasi dengan pengisian rohani yang di sampaikan oleh Ust Mohsin bin Jaamat bekas pelajar SMKA Sultan Muhammad.


Gotong royong Guru-guru PAIBA kali 1



Di bawah pimpinan baru PAIBA guru-guru PAIBA telah memulakan sesi baru 1431H dengan program Usrah. Usrah pertama guru-guru PAIBA telah diisi dengan aktiviti gotong royong membersihkan Surau al-Islah. Surau yang bertuah ini akan diperlengkapkan dengan pelbagai kemudahan agar dapat mencapai ke peringkat Islamic Center yang dapat menjadi tempat pembina generasi kamil mutakamil. Diharapkan dari program yang dijalankan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan wihdatul fikri dan wihdatul a'mal. Tahniah buat pengurusan PAIBA yang baru dibawah al-Fadhil Ust Tuba Nihrir.

Liqa'Nuqaba' Kali Pertama


Kali pertama warga asrama SMKA Sultan Muhammad tidak balik ke kampung. Walupun bilangan yang tinggal tidak sampai 300 orang, BADAR SMKA Sultan Muhammad tetap bersemangat merancang program dan menjalankan aktiviti yang telah dirancang sejak akhir tahun lepas.
Pada petang Jumaat yang lepas BADAR SMKA Sultan Muhammad telah berjaya mengadakan Liqa' Nuqaba' yang pertama. Dengan dibantu 3 orang fasilitator yang terdiri daripada x-student SMKA Sultan Muhammad. Perjumpaan kali pertama ini menfokuskan team work dan bijak mengurus masa. Para peserta begitu positif dan aktiv mengikuti program yang dijalankan.
Selain daripada itu masa diantara Maghrib dan Isyak telah diisi dengan program ceramah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Hazali bin Hasan guru dari SMK Dang Anum. Ceramah berkisar tentang Akidah. Dengan mendatangkan dua cerita yang seharusnya menjadi renungan iaitu kisah Ashabul Kahfi dan Ashabul Uhdud beliau membawa para hadirin ke arah kefahaman bahawa akidah adalah suatu nikmat yang tiada galang gantinya.
Sebagai pelengkap kepada program yang dirancang pada malam itu diteruskan dengan aktiviti Qiyamullail yang dipimpin oleh Sdr. Khairilanuar.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...