30 Julai 2010

Gegar PraCuba PMR Bahasa Arab

Jumaat, sebagai tanda keperihatinan, Panitia Bahasa Arab SMKASM telah menjalankan Peperiksaan Pra Percubaan PMR. Ini adalah rentetan daripada perubahan format PMR yang mendadak untuk peperiksaan tersebut pada tahun ini. Melalui ujian yang dijalankan ini kita berharap ianya dapat memberi gambaran sebenar kepada para calon seterusnya daripada natijah yang diperolehi kita akan dapat membuat analisa kekuatan dan kelemahan mereka.

Pelajar yang menjadi harapan SMKSM untuk mecatat sejarah yang belum kecapaian. 100% lulus BA
Program susuluan care and coching akan dijalankan untuk mengatasi aspek-aspek menjadi masalah kepada para calon. Semoga para calon tidak berputus asa untuk terus mendaki ke puncak jaya. Sememangnya jalan yang dilalui itu berliku liku.

Malam Kesenian Islam & Kecemerlangan Huffaz di SMTAQ

Khamis malam Jumaat SM Tafhiz Cenderah di limpahi cahaya lampu untuk sambutan Malam Kesenian Islam dan & Kecemerlangan Huffaz. Majlis bermula sujurus selepas azan Maghrib dengan solat berjamaah seterusnya solat hajat dan bacaan Yasin dan solat Isyak berjemaah. Kemuncak program tersebut bermula sejurus selepas solat Isyak di dataran SMTAQ yang telah diubah dan digubah dengan penuh kreativiti dan inovasi. Sebuah pentas persembahan.

Persemnbahan Nasyid & Nazam dari Pasukan Soutul Azim SMKASM
Pasukan Nazam SMKA Sultan Muhammad (Shoutul Azim) antara kumpulan yang diberi penghormatan untuk membuat persembahan. Selain itu pihak pengelola juga menjemput Kumpulan Qasidah Paya Ikan. Mengiringi pasukan Soutul Azim adalah Sof kepimpinan BADAR yang baru dilantik untuk sesi 2010/2011.

Semoga Ukhuwah yang terjalin diantara kedua-dua sekolah ini akan menyemarakkan lagi obor Dakwah Islamiah di kedua-dua buah sekolah.Amin.
 Ucapan Tn Hj Ismail (Mudir SMTAQ) merasmikan program yang julung-julung kali diadakan.

28 Julai 2010

Nisfu Sya'ban Meriah di SMKA Sultan Muhammad


Isnin, Warga SMKA Sultan Muhammad khususnya warga Asramanya menyambut Nisfu Sya'ban dengan penuh meriah. Antara program yang dijalankankan adalah kempen puasa sunat, bacaan Ratib al-Haddad sebelum berbuka, Iftar Jamaie bagi yang berpuasa, Wirid Munajat di al-Islah Islamic Center, Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, bacaan Surah Yasin dan Tazkirah.
Bacaan Yasin secara berkumpulan memantapkan ukhuwah dan persaudaraan
Kempen Puasa Sunat telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana hampir 80% pelajar asrama berpuasa. Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin yang di jalankan turut disertai beberapa orang guru yang sudi melapangkan masa bermunajat bersama-sama pelajar di antaranya En Ghazali (GPK I), Ust Abd Hamid (GPK Hem) Ust Tuba Nihrir (GKMP PAI/BA) dan beberapa orang warden.

Diharakkan daripada program yang dibuat dapat meningkat nilai-nilai Islam di dalam diri para pelajar yang bakal menerajui masyarakat pada masa hadapan. Bertepatan dengan mafhum hadis :
 Dewan Makan Asrama penuh dengan Warga Asrama. MAcam bulan puasa.
Dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya berkata: “Ya Rasulullah, saya tidak pernah melihatmu berpuasa dalam satu bulan dari bulan-bulan yang ada seperti puasanmu di bulan Sya’ban.” Maka beliau bersabda: “Itulah bulan yang manusia lalai darinya antara Rajab dan Ramadhan. Dan merupakan bulan yang di dalamnya diangkat amalan-amalan kepada rabbul ‘alamin. Dan saya suka untuk diangkat amalan saya sedangkan saya dalam keadaan berpuasa.” (HR. Nasa’i, lihat Shahih Targhib wat Tarhib hlm. 425).

Dan dalam sebuah riwayat dari Abu Dawud No. 2076, dia berkata: “Bulan yang paling dicintai Rasulullah untuk berpuasa padanya adalah Sya’ban kemudian beliau sambung dengan Ramadhan.” (Shahih Sunan Abi Dawud 2/461)

malam Nisfu Sya'ban bukanlah seperti malam-malam yang biasa tetapi mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang perlu diperingati dan dihayati. و الله أعلم

24 Julai 2010

Imtihan Bulan Julai 2010


Bermula 26 Julai hingga 30 Julai putera puteri As-Sultan akan menduduki ujian bulan Julai. Ujian yang ke 3. Pelajar-pelajar ting 3 pula akan diuji untuk menjawab soalan Bahasa Arab pra percubaan pada 30 Julai ini iaitu pada hari Jumaat. Semoga semua putera puteri SMKA Sultan Muhammad membuat persiapan untuk menghadapi imtihan. Gabungan Doa, Usaha dan Tawakal insyalah akan membuahkan kecemerlangan dunia dan akhirat. Amin

PROGRAM KECEMERLANGANSPM 2010

Sabtu (24 Julai 2010 / 13 Sya'ban 1431) SMKA Sultan Muhammad telah menjadi tuan rumah untuk program Kem Kecemerlangan SPM 2010. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dibawah kelolaan Sektor Pendidikan Islam Unit PIPA. Tujuan ianya diadakan adalah untuk memberi bimbingan khusus kepada pelajar-pelajar harapan yang akan menduduki SPM pada tahun ini.Sebanyak 13 buah sekolah dibawah kelolaan SPI telah menyertai Kem Kecemerlangan ini melibatkan seramai 130 orang pelajar. Guru-guru pengiring setiap sekolah turut menjayakan program ini sebagai fasilitator pembimbing. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dijalankan membuahkan hasil yang baik.


02 Julai 2010

Menyingkap tirai keindahan kesenian Islam

Pada 26 Julai 2010, telah diadakan program Malam Kesenian Islam anjuran Exco Rehlah dan Riadah BADAR.
Program itu diadakan pada waktu malam dan disertai oleh Sekolah Menengah Tahfiz Chenderah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar.
Sekolah Menengah Tahfiz Chenderah membuat persembahan pentomen bahasa arab. Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar membuat persembahan nasyid. Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad  menjayakan persembahan nazam.
Selain itu diadakan juga busana muslim bagi memberi pendedahan tentang pakaian yang bercirikan islam dengan budaya dari seluruh dunia.
Pameran Kesenian Islam juga telah dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar supaya agama Islam dijadikan sebagai gaya hidup mereka secara syumul.
Program ini mendapat sambutan dan berjaya dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah.

31 Mei 2010

SIMULASI KEMATIAN

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian (berpisahnya roh dari jasadnya). Itulah jaminan Allah yang pernah disebut dalam Kitabullah yang mulia. Kematian adalah sesuatu yang ditangguh dan diawalkan walau sesaat pun. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah seharusnya senantiasa bersedia menghadapi kematian yakni sakaratul maut (mabuk kematian) yang bakal kita lalui. Kematian tidak mengenal usia ataupun darjat seseorang bahkan Nabi sendiri telah mengalami saat kematian apatah lagi kita yang merupakan insan yang imannya hanya ditafsirkan senipis kulit bawang.Oleh itu, persediaan yang cukup diperlukan dalam menghadapi kematian yang tidak diketahui saatnya. Sedangkan tarikh kelahiran kita( roh kita ditiupkan ke dalam jasad kita ) itu pun kita tidak ketahui.

                    Iman umat sekarang ini naik turun. Oleh itu, kita haruslah senantiasa berdoa kepada Allah S.W.T. agar kita kembali ke rahmatullah dalam keadaan iman kita sedang menaik. Kematian ini amatlah pedih seperti dalam riwayat Rasulullah s.a.w.mengatakan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang. Jikalau baginda yang merupakan seorang Rasulullah S.A.W. yang sudah dijamin syurganya sendiri menghadapi azab kematian yang amat pedih, apatah lagi kita yang hanya seorang hamba Allah yang mana belum tentu lagi syurga bagi kita. Subhanallah,Alhamdulillah, Lailahailallah, Allahuakbar. Ada yang mengatakan antara cara untuk meringankan sakaratul maut adalah dengan menghormati azan dengan menjawab laungan azan dan diam semasa azan dilaungkan.

17 Februari 2010

Pergi Seorang Bonda


Minggu ini pelajar-pelajar SMKA Sultan Muhammad menghadapi Ujian Pengesanan 1. Semua pelajar terlibat kecuali pelajar-pelajar tinkatan 3. Mungkin kerana mereka telah terlibat dengan ujian Dignostik yang pada akhir bulan lepas dan akan diuji pula dengan Ujian Pengesanan 2 pada awal bulan hadapan. Harap pelajar-pelajar bersunguh-sungguh menjawab soalan dan menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka. Jangan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Selain daripada itu kita telah menerima berita sedih iaitu kematian ibu kepada Ustaz Zulkifli bin Embong. Setelah menghadapi serangan jantung pada minggu lepas beliau telah kembali kerahmatullah pada pagi Selasa 17 Feb 2010. Semoga Allah memberi ketabahan kepada ahli keluarganya dan mencucuri rahmat kepada ruh almarhumah. Amin
Justeru itu warga Asrama SMKA SM telah membacakan Yasin dan Tahlil ringkas untuk beliau selepas menunaikan solat Suboh.

08 Februari 2010

Pesan Dari Penguatkuasa Undang-Undang

Hari ini SMKASM telah di kunjungi oleh Cif Inspektor Anuar (Pegawai Polis Perhubungan baru) daripada IPD Melaka Tengah. Mengambil waktu kelas Tafaqquh beliau telah menyampaikan nasihat yang begitu berguna buat semua pelajar. Undang-undang Negara dan peraturan sekolah merupakan perkara-perkara yang wajib dipatuhi oleh semua orang. Hidup peraturan merupakan suatu yang lazim dalam sesebuah organisasi. Individu yang tidak mengikut peraturan wajar dikenakan tindakan undang-undang. Tindakan yang salah akan mengakibatkan penyesalan yang tidak berkesudahan. Justeru itu selaku pelajar kita wajib menuruti peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Sering berlaku di kalangan pelajar salah laku mencuri, buli, pergaduhan, lari daripada asrama, ponteng sekolah dan lain-lain kesalahan. Ini merupakan tindakan-tindakan yang menyalahi peraturan. Tindakan yang akan dikenakan akan direkodkan dan ianya pasti akan menjadi sejarah hitam yang tidak mudah untuk dipadamkan daripada diari hidup kita.
Semoga dengan maklumat serta nasihat yang disampaikan akan menyadarkan kita dan menjadikan kita individu yang sentiasa berhati-hati untuk membuat sesuatu tindakan.

04 Februari 2010

Allah lebih menyayangi.......


Pemergian seseorang adalah kerana kasih Allah terhadapnya. Pada 2 haribulan yang lalu, datuk kepada salah seorang ahli badar, Muhammad Khairuddin Akmal, telah kembali ke rahmatullah selepas Maghrib... Khairuddin baru sahaja menerima berita ini semasa berada di sekolah dan terus pulang ke kampung halamannya. Berita ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua tentang kehidupan yang fana' tidak kekal abadi dan kita sepatutnya bersedia dalam menghadapi kehidupan selepas mati. Semoga kuburnya dilapangkan dan ditempatkan di taman-taman syurga.. Bersama-samalah kita doakan datuknya agar dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

Al-Fatihah.......

02 Februari 2010

Budaya Ilmu VS Asakan Maklumat


Diantara keterpaksaan dan keikhlasan menuntut ilmu. Dua pertembungan yang perlu dihadapi oleh seseorang yang bergelar pelajar. Seharusnya para pelajar sejak dari awal menjejakkan kaki ke perkampungan ilmu ini menetapkan nawaitu mereka. Ini kerana hari-hari yang akan ditempuhnya sangat mencabar. Bagi warga as-Sultan mereka harus berlumba dengan masa. Mereka harus bersedia dengan asakan minda, informasi dan maklumat yang bakal dicurah siang dan malam. Khususnya bagi pelajar asrama. Bermula dari awal pagi hingga jam 2.15 petang, istirehat kemudian disambung dengan kelas persediaan pada waktu petang atau aktiviti koku yang melelahkan (buat masa ini dengan cuaca yang agak panas). Disambung pula kelas tambahan bermula jam 8.45 mlm sehingga 10.45 mlm sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi untuk menempuh semua itu. Tanpa keikhlasan dan keazaman yang tinggi pasti ramai yang kecundang dan terpesong dari arah tuju yang dipasang seawal kaki melangkah ke perkampungan ilmu ini.
Dari satu sudut apakah natijah yang akan terhasil.... Adakah akan terhasil manusia yang berbudaya ilmu atau sekadar manusia yang bermaklumat tanpa roh ilmu. Di antara orang yang cinta kepada ilmu dan orang yang hanya sekadar tahu kerana diberi tahu. Fikir-fikirkan.

31 Januari 2010

Perginya seorang insan yang bergelar bapa...


Hari Jumaat yang lalu telah perginya seorang insan yang bergelar bapa kepada Uztaz Hamdan bin Harun . Dikatakan pada malam Jumaat hari itu bapanya berada dalam keadaan kritikal. Namun Allah lebih menyayangi beliau . Dikatakan beliau meninggal pada pagi Jumaat dan pada pada pagi itu juga kami di sini mengadakan tahlil dan bacaan yasin untuk arwah ayah uztaz Hamdan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kuburnya di antara taman-taman syurga yang diredhai Allah S.W.T. Al-Fatihah....

23 Januari 2010

Dakwah & Generasi Muda



Malam minggu pertama di SMKA Sultan Muhammad di hiasi dengan pengisian rohani yang di sampaikan oleh Ust Mohsin bin Jaamat bekas pelajar SMKA Sultan Muhammad.


Gotong royong Guru-guru PAIBA kali 1



Di bawah pimpinan baru PAIBA guru-guru PAIBA telah memulakan sesi baru 1431H dengan program Usrah. Usrah pertama guru-guru PAIBA telah diisi dengan aktiviti gotong royong membersihkan Surau al-Islah. Surau yang bertuah ini akan diperlengkapkan dengan pelbagai kemudahan agar dapat mencapai ke peringkat Islamic Center yang dapat menjadi tempat pembina generasi kamil mutakamil. Diharapkan dari program yang dijalankan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan wihdatul fikri dan wihdatul a'mal. Tahniah buat pengurusan PAIBA yang baru dibawah al-Fadhil Ust Tuba Nihrir.

Liqa'Nuqaba' Kali Pertama


Kali pertama warga asrama SMKA Sultan Muhammad tidak balik ke kampung. Walupun bilangan yang tinggal tidak sampai 300 orang, BADAR SMKA Sultan Muhammad tetap bersemangat merancang program dan menjalankan aktiviti yang telah dirancang sejak akhir tahun lepas.
Pada petang Jumaat yang lepas BADAR SMKA Sultan Muhammad telah berjaya mengadakan Liqa' Nuqaba' yang pertama. Dengan dibantu 3 orang fasilitator yang terdiri daripada x-student SMKA Sultan Muhammad. Perjumpaan kali pertama ini menfokuskan team work dan bijak mengurus masa. Para peserta begitu positif dan aktiv mengikuti program yang dijalankan.
Selain daripada itu masa diantara Maghrib dan Isyak telah diisi dengan program ceramah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Hazali bin Hasan guru dari SMK Dang Anum. Ceramah berkisar tentang Akidah. Dengan mendatangkan dua cerita yang seharusnya menjadi renungan iaitu kisah Ashabul Kahfi dan Ashabul Uhdud beliau membawa para hadirin ke arah kefahaman bahawa akidah adalah suatu nikmat yang tiada galang gantinya.
Sebagai pelengkap kepada program yang dirancang pada malam itu diteruskan dengan aktiviti Qiyamullail yang dipimpin oleh Sdr. Khairilanuar.

17 Disember 2009

Perlunya keimanan dalam diri....

Dalam kehidupan seorang muslim perlunya kimanan dalam diri kita. Antara sebab kita perlu iman dalam kehidupan kita adalah banyaknya pengaruh dalam kehidupan kita. Contohnya seperti khabar angin tentang bumi akan kiamat pada 2012. Ini tidak benar kerana dalam Al-Quran sendiri ada mengatakan bahawa hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui tentang tarikh keramat ini . Kita sebagai hambanya tidak layak menentukan tarikh keramat ini kerana kita tidak berkuasa dalam menentukanya walaupun terdapat bukti-bukti yang kukuh yang dapat menyokong fakta tersebut. Allah S.W.T telah menetapkan bahawa hari kiamat adalah tarikh rahsia yang hanya diketahui oleh Allah. Tentang 2012 ini , mungkin Allah ingin kita sedar tentang dosa-dosa yang telah kita lakukan dan kita bertaubat segera sementara pintu taubat terbuka luas. Sejak kebelakangan ini umat Islam termasuk saya sering melakukan dosa tidak kira antara sedar atau tidak sedar. Oleh itu Allah mendatangkan pelbagai peringatan agar kita tidak tersimpang jauh dari jalan-Nya. Sesungguhnya Allah amat mengasihi terhadap kita terutamanya umat Islam kerana ditimpakan musibah seperti kematian,bencana alam,dan pelbagai lagi untuk kita sedar tentang kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan mengutamakan kehidupan akhirat yang bakal menentukan kehidupan kita yang sebenarnya. Tidak usahlah kita mengejar sangat kehidupan di dunia yang penuh dengan tipu daya dan kemewahan semata-mata. Di sini ingin saya mempertontonkan video yang mengenai doa taubat oleh Junied.

21 November 2009

Cuti sekolah bermula.......


Musim cuti sekolah telah bermula. Jadi penuhkanlah cuti anda semua dengan aktiviti-aktiviti yang bermakna seperti membaca Al-Quran,bertahajud,berzikir dan sebagainya. Manfaatkanlah cuti ini dengan bermakna terutamanya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti UPSR,PMR,SPM dan lain-lain lagi. Pada masa inilah kita berpeluang untuk mengulang kaji pelajaran mengikut cara kita sendiri. Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, kejayaan tidak semestinya memerlukan ilmu pengetahuan semata-mata, namun keberkatan ibu bapa juga penting kerana keredhaan
Allah terletak di atas ibu bapa juga. Juga diingatkan, kegagalan dalam kemuliaan lebih baik dari cermelang dalam kehinaan.



Maksudnya di sini, perbuatan meniru di dalam peperiksaan adalah sesuatu perbuatan yang hanya tahu menciplak kejayaan orang lain. Ini tidak menunjukan potensi diri sebenar kita yang merupakan kejayaan yang hakiki lagi bagus sebenarnya dari orang lain. Oleh itu percayalah bahawa diri kita mampu mengukir sebuah kejayaan tanpa perlu meniru kejayaan orang lain.

07 November 2009

Menoleh Kebelakang dan Maju Kehadapan


Para peserta tekun menikuti sesi LADAP

Julung-julung kalinya guru-guru SMKA Sultan Muhammad dan beberapa orang staff telah dibawa ke luar sempadan sekolah untuk bermesyuarat berkaitan dengan perjalanan sekolah. Sesi yang dimulakan dengan semakan semula minit mesyuarat yang lalu dan perbincangan tentang beberapa perkara berbangkit. Padat dengan muhasabah dan flash back serta bagai mana harus kita lakukan untuk melalui masa-masa akan datang yang lebih mencabar dan mendambakan kecemerlangan SMKA Sultan Muhammad. Suatu misi yang bukan mudah untuk dilaksanakan tanpa kerjasama dari pada semua pihak. Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan yang mantap oleh pihak pentadbiran, komitmen guru-guru, kerjasama baik para staff sokongan, semangat dan usaha yang berterusan pelajar-pelajar, suasana pembelajaran yang kondusif, PIBG yang sentiasa menyokong dasar sekolah dan terus berusaha mencari dan menymbang dana untuk menggerakkan program kecemerlangan sekolah dan mungkin masyarakat setempat yang menyokong pembinaan kecemerlangan sekolah. Semoga Allah mengabulkan cita-cita murni ini. Amin



Perjumpaan diakhiri dengan program Jamuan Akhir Tahun anjuran Kelab Staff

Lawatan ke Maahad Muar



















Walaupun semasa musim peperiksaan, Badan Pengawas SMKA Sultan Muhammad tetap dedikasi dalam menjalankan tugas tidak kira masa, tempat dan waktu demi kecemerlangan sekolah.
Pada hari Rabu, 4 November yang lepas, Badan Pengawas SMKA Sultan Muhammad dan lebih kurang 20 orang guru telah melawat SMKA Maahad Muar yang merupakan antara perintis Program SUMUR.
Lawatan ini bertujuan bagi mencekapkan lagi pengurusan pentadbiran sekolah dan asrama di bawah pengurusan Badan Pengawas.

05 November 2009

Sifat Orang Islam



Muslim yang sebenar ialah mukmin yang sanggup menganggapseorang Islam yang lain itu sebagai saudara kandungnya. Maksudnya bentuk hubungan itu sangat kuat, tiada pengkhianatan dan kezaliman hasil daripada iman yang telah menguasai gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu untuk mendapatkan keredhaan Allah. Selain itu seseorang saudara itu haruslah melepaskan kesusahan dan kedukaan saudaranya atau dalam erti kata lain berusaha dengan sedaya upaya untuk memberikan kesenagan dan kegembiraan antara sesama Islam. Sesungguhnya mereka yang berusaha menolong orang lain akan mendapat balasan baik daripada Allah s.w.t. Lagi-lagi, keaiban,keburukan dan kejahatan sama ada kecil atau besaryang dilakukan oleh saudara kita, hendaklah disembunyikan dan tidak dihebahkan.

Orang Islam adalah bersaudara. Justeru, kita tidak boleh melakukan kezaliman dan pengkhianatan sesama sendiri.Menunaikan hajat sahabat kita merupakan salah satu cara untuk mendapatkan keredhaan Allah. Selain itu kita haruslah berusaha untuk menghapuskan kedukaan sahabat kita yang merupakan galakkan Islam sendiri seperti menziarahi mereka ketika sakit atau membantu mengurangkan kesulitan sahabat.Oleh itu berusahalah ke arah kebaikan kerana setiap perbuatan ada pembalasan dari-Nya....

29 Oktober 2009

Perginya Seorang Guru


Pada 22 Oktober telah perginya seorang pindidik smkasm iaitu puan Satrina Satwinder binti Abdullah . Perginya beliau telah membawa pelbagai kenangan manis di Sultan Muhammad. Beliau juga merupakan GKMP Kemanusian. Permergian beliau diiringi dengan pelbagai aktiviti seperti choral speaking , ucapan pengetua, penyampaian hadiah, dan lain lain lagi. Beliau juga dikunjungi oleh rakan-rakan beliau yang terdahulu. Akhir program, beliau diiring oleh semua pelajar bermula dari hadapan bilik GKMP hingga ke pagar sekolah .

Lawatan Sambil Belajar Pelajar Tingkatan 3


Hari ini pelajar-pelajar tingkatan 3 dibawa melawat ke sekitar Bandar Melaka. Mereka akan dibawa menyelusuri Sungai Melaka yang bersejarah dan membuat kajian lapangan di kampung Morten yang terletak di tebing sungai Melaka. Selain itu juga mereka akan melihat permandangan yang indah dari Menara Taming Sari dan melawat beberapa buah muziun yang terdapat di sekitar A' Farmosa. Semoga lawatan ini dapat membuka minda mereka dan memberi keinsafan betapa besarnya nikmat kemerdekaan.

28 September 2009

Adab Mendengar

28 September 2009, Isnin. Perhimpunan rasmi di Dewan Besar SMKSM, pelajar-peajar berkumpul untuk menghadiri perhimpunan rasmi kali pertama selepas cuti Hari Raya Aid Fitri yang agak panjang. Suasana agak hiruk pikuk. Mungkin masing-masing sibuk bercelotoh tentang pengalaman mereka melalui lebaran. Tetapi tempatnya rasanya kurang sesuai. Ianya berlarutan hinggalah bermula program. Mujurlah ada barisan pengawas yang dapat meredakan sedikit keadaan. Walaubagaimanapun ianya tidak bermakna jika berlaku tatkala dipantau. Sepatutnya kesadaran itu datang dari dalam diri. Bukankah kita sering ajar dengan adab-adab mendengar khutbah atau ceramah. Sepatutnya kita memasang telinga dan memberikan sepenuh tumpuan sewaktu seseorang sedang berucap dihadapan. Budaya ini harus diubah. Kalau tidak ia akan terbawa bawa masuk ke dalam kelas lebih teruk lagi berlaku sewaktu orang solat di musalla atau ketika di masjid ketika solat Jumaat. Ilmu tanpa penghayatan dan pengamalan tiada manfaatnya. Kalau ia tidak digunakan jadilah insan yang berilmu itu insan yang tak berguna. Bukan ilmu yang tak berguna tapi orang tersebut yang tak guna.(tak gunakan ilmu)

Berikut merupakan inti pati dari ucapan Tn Hj Ariffin selain beliau mengingatkan kepada para pelajar khususnya segelintir pelajar-pelajar menengah atas agar lebih bertanggungjawab. Agar tanggungjawab (taklif) yang diberikan itu menjadi kita seorang yang dipandang mulia (tasrif) oleh orang lain. Bukan menjadi orang yang dibuai kemuliaan (tasrif)sedang lupa tanggungjawab (talif) yang diamanahkan. Maka jadilah mereka orang yang dipandang hina oleh orang lain.


Selamat Hari Raya. كل عام و أمتم بخير

07 September 2009

Program Bacaan al-Quran Berterusan

Alhamdulillah dengan inayah Allah swt bacaan al-Quran secara berterusan dapat diselesaikan dengan jayanya. Tepat jam 4.25 ptg tatkala muazzin melaungkan azan Asar para qari bermunajat mengalunkan doa memohon kehadrat Allah diberikan keredhaan dan limpahan rahmat Nya. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lahirnya Generasi Qurani di SMKA Sultan Muhammad khususnya dan seluruh dunia Melayu insya Allah, Amin.

06 September 2009

Program Bacaan al-Quran Berterusan Sehingga Khatam 1430H/200M

Program Bacaan al-Quran Secara Berterusan oleh Pelajar-pelajar Terpilih Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad Batu Berendam, Melaka. Program ini telah bermula seawal jam 2 Petang ( Ahad 6 September ) dan dijangka tamat pada jam 6 Petang ( Isnin 7 September ).

Tayangan Permulaan Majlis Quranthon 1430H/2009M

19 Ogos 2009

Ujian Yang Mematangkan

Hari ini hari ketiga pelajar-pelajar tingkatan 3 SMK A Sultan Muhammad menduduiki peperiksaan percubaan PMR peringkat Negeri Melaka. Semoga doa dan penyerahan kepada Allah yang diiringi dengan usaha dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya akan menatijahkan keputusan yang membanggakan. Pelbagai ragam pelajar menghadapi soalan-soalan yang dikeluarkan. Ada yang tenang, ada yang terperanjat, ada yang bersahaja dan ada yang nampak begitu bersediakan. Masing-masing menggambarkan hasil usaha mereka sebelum ini. Sama-sama kita doakan mereka berjaya.

06 Ogos 2009

LIQA’ SOF KEPIMPINAN BADAR SESI 08/09 DAN SOF KEPIMPINAN SOF KEPIMPINAN BADAR 09/10.



31 Julai 2009, Jumaat. Bertempat di Surau al-Islah, SMKA Sultan Muhammad, satu Liqa’ (pertemuan) di antara dua sof kepimpinan BADAR. Liqa’ ini bertujuan untuk mendapatkan kata sepakat dan kesefahaman serta peralihan tanggungjawab mentadbir dan mengurus BADAR (Bdan Dakwah dan Kerohanian) SMKA Sultan Muhammad.

Ustaz Khairilanuar mewakili pihak pengurusan sekolah telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada sof kepimpinan sesi lepas yang telah mencurah tenaga dalam menjalankan semua aktiviti BADAR yang telah dirancang.

Antara sedikit sorotan daripada ucapan al-Fadhil Ustaz adalah berkaitan hakikat kehidupan yang matlaatnya adalah pengabdian kepada Allah bukan untuk kemasyhuran dan kepentingan diri sendiri. Jawatan yang disandang juga merupakan satu tasyhrif (kemualian) tetapi bukan untuk kemasyhuran. Tasyhrif yang padanya masuliah (tanggungjawab) yang akan dipersoalkan dan akan dibalas oleh Allah s.w.t. Selain itu juga beliau menyentuh berkaitan dengan keikhlasan dan setiap setiap kita dinilai bukan dari sudut luaran atau fizikalnya tetapi dilihat pada hati dan amalannya.

Liqa’ ini juga diserikan dengan ucapan penyelaras BADAR yang baru iaitu al-Fadhil Ustaz Tuba Nihrir bin Hasan. Beliau mengharapkan yang terbaik daripada sof kepimpinan yang baru ini. Liqa’ di akhiri dengan Toam Jamai’ (makan berjemaah). Kita mendoakan agar sof kepimpina yang baru ini dapat membawa BADAR agar lebih cemerlang dan gemilang.

Amali Haji

1 Ogos 2009, Sabtu. Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 SMKA Sultan Muhammad telah dihimpunkan di Surau al-Islah untuk mengikuti taklimat kursus Haji yang disampaikan oleh Tn Hj Abdul Khair penceramah dari Tabung Haji. Selain daripada itu pihak tabung Haji juga turut memberikan menyediakan repilika Kaabah, Hijir Ismail, Jamrah dan peralatan-peralatan lain. Setelah mendengar taklimat daripada penceramah pelajar-pelajar telah dibawa melakukan amali di dataran perhimpunan. Setelah mengikuti akiviti-aktiviti yang dirancangkan para pelajar lebih jelas dengan topik Haji dan perlaksanaannya. Diharapkan program seumpama ini da[pat terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang.

06 Julai 2009

Hari Kokurikulum dan Penyampaian Anugerah SMKASM ditunda

Merujuk kepada hebahan yang telah dibuat oleh pihak JPN negeri Melaka semua sekolah-sekolah diarahkan untuk melaksanakan program Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) mengukut jadual yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu SMKA Sultan Muhammad juga telah menyahut seruan tersebut dan terpaksa menunda Program Hari Kokurikulum dan Penyampaian Anugerah yang dirancang untuk diadakan pada hari Sabtu (11 Julai 2009) ini ke minggu hadapan iaitu Sabtu (18 Julai 2009).

01 Julai 2009

Membina Jailul (Generasi) al-Quran



"bacalah denan nama tuhanmu yang menciptakan" mafhum ungkapan pertama yang daripada ungkapan pertama yang diwahyukan kepada junjungan kita Baginda Rasulullah s.a.w. Kalamullah yang menjadi petunjuk buat manusia khususnya manusia yang bertaqwa. Panduan buat si penuntut ilmu dalam memahami keajaiban ciptaan-ciptaan Allah s.w.t agar dapat dipergunakan ilmu itu untuk menjadi khalifah-Nya di bumi ini.
Justeru itu BADAR SMKA Sultan Muhammad dengan kerjasama Panitia KKQ dan Panitia Pendidikan Islam telah menyusun program tahsin al-quran bagi memperelok dan memantapkan warga as-sultan dengan Kalamullah ini. Kelas-kelas Tahsin al-Quran ini mensasarkan pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua. Dengan sokongan padu dari semua pihak termasuk PIBG dan para ibu bapa alhamdulillah ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga Allah s.w.t memberkati semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan meneruskan agenda murni pengukuh jati diri pelajar-pelajar sekolah ini.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...