17 Januari 2014

Sambutan Maulid Rasul 1433 H SMKA Sultan Muhammad

Segala puji Allah s.w.t yang telah memberikan kelapangan dan kemudahan untuk sama-sama kita menyambut hari kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w. Manusia unggul yang diutus oleh Allah sebagai hadiah dan rahmat buat alam ini. Kekuatan umat ini adalah sejauh mana kecintaan umat ini kepada Rasulnya.
Kehebatan dan ketokohan Baginda Rasulullah s.a.w diakui oleh kawan dan lawan. Melalui susur galurnya yang mulia bermula dari abal anbiya (bapa para nabi) Nabi Ibrahim a.s. Salah seorang nabi ulul azmi. Beliau mewarisi kesabaran dan kegigihan serta keimanan datuknya nabi Allah Ibrahim a.s dan nabi Allah Ismail a.s. Mereka adalah golongan yang telah mengorbankan jiwa dan raga mereka kepada Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w dikurniakan dengan khazanah yang besar yang menjadi kunci kejayaan dunia dan akhirat iaitu Al-Quran al-Azim. Al-Quran kalam Allah, senjata yang ampuh untuk mengharungi segala panca roba dan ujian yang melanda. Siapa yang berserah diri kepada Allah s.w.t dan berpegang teguh pada talinya (syariatnya) pasti tidak akan hanyut dibawa arus dan binasa dipukul badai fitnah.
Kekuatan roh yang berpunca daripada keimanan harus diusahakan dan perkokohkan. Usaha keimanan perlu melalui kaedah yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Iaitu mempraktikkan Al-Quran semampunya dalam kehidupan. Fikiran, lisan, pandangan, pendengaran dan hati perlu dihalakan kearah mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w dan memperaktikkan Al-Quran.
Kita perlu hidupkan dalam jiwa kita dengan mengalirkan kekuatan keimanan ini. Kekuatan inilah yang menjadi teras utama kejayaan generasi awal Islam yang mampu menyebarkan kesejahteraan Islam ke seluruh dunia.
Sekarang bukan lagi zaman untuk sekadar kita mendengar cerita dan berbicara, tetapi zaman kebangkitan dengan membuktikan Islam dalam praktis kehidupan. Ayuh bangkit sebagai generasi masa hadapan yang cemerlang.
قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه : عليكم بالصدق فإن ظن أحدكم أنه مهلكه فإن فيه النجاة .
Berkata Syaidina Umar al-Khattab r.a : "Hendaklah kamu dengan sifat sidqu (berlaku jujur), sesungguhnya sangkaan buruk seseorang daripada kamu akan membinasakanmu, sedangkan dengan kejujuran itu kamu akan selamat".
[Album]
https://www.facebook.com/khairil.anuar.716?ref=tn_tnm

10 Januari 2014

PROGRAM MyUsrah Kali Pertama

Perjumpaan kali pertama di Surau al-Islah untuk program MyUsrah dapat dijalankan al-hamdulillah. Namun sedikit masalah teknikal yang perlu diperbaiki segera agar ianya dapat berjalan dengan lebih lancar. Ini menguji pihak penyelaras dan pengendali untuk menjalankan program ini.
Ukhuwah di dalam usrah berteraskan ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah). Jalinan ukhuwah ini akan melahirkan attaa'wun (kerjasama) semata-mata kerana Allah s.w.t dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

08 Januari 2014

PERJUMPAAN NAQIB BERSAMA MURABBI

Isu yang pertama yang perlu difahami oleh setiap pelajar dan warga SMKA Sultan Muhammad adalah persoalan mengapa kita menganut Islam.
Mungkin persoalan ini akan melahirkan pelbagai jawapan. Mungkin kerana keturusan dan mungkin juga kerana tiba-tiba. Tidak kurang juga yang beralasan kerana Islam merupakan agama rasmi kerajaan yang memberikan keistimewaan kepada penganutnya.
Namun jika kita lihat kepada jawapan-jawapan tersebut, kita akan dapati semua jawapan tersebut hanya sekadar faktor-faktor luaran yang sangat rapuh. Mungkin sahaja apabila seorang muslim yang seperti ini akan goyah imannya apabila faktor luaran ini berubah. Sewajarnya seseorang itu menganut Islam bersumber daripada faktor dalaman yang bertunjangkan kepada kefahaman dan penghayatan yang mengkar di dalam hati.
Keimanan serta islamnya seseorang itu wajib didasari oleh sumber yang benar serta jelas. Sama ada bersumber dari dalil aqli dan naqli.
Keislaman secara taqlid (mengikut membabi buta tanpa faham) tidak menjamin seseorang untuk selamat daripada kesesatan. Selain daripada itu kefahaman berkaitan kesesatan sesuatu ajaran dan aliran juga perlu difahami dengan jelas supaya ajaran-ajaran tersebut dapat dihindari.
Kehidupan yang berteraskan kefahaman dan penghayatan yang jelas akan mendorong seseorang itu hidup berpedoman dan menjadi insan yang kamil, seimbang kehidupannya duniawi dan ukhrawi.
Melihat Islam sebagai cara hidup yang sesuai dengan fitrah manusia perlu dilihat daripada pelbagai sudut. Bukti-bukti serta dalil perlu dihayati dengan baik. Dengan penghayatan tersebut akan melahirkan amalan-amalan baik serta akhlak yang mahmudah. ISLAM adalah cara hidup bukan sekadar teori dan maklumat.

06 Januari 2014

Pelancaran Program Tafaqquh Fiddin 2014

Alhamdulillah dengan limpah rahmat Allah s.w.t pihak pengurusan BADAR SMKA Sultan Muhammad dengan kerjasama Pengurusan Asrama SMKASM dapat meneruskan program Kelas Tafaqquh Fiddin untuk tahun 2014. Kelas pertama telah dimulakan dengan pengajian kitab Penawar Bagi Hati oleh alFadhil Ustaz Khuzaini bin Rozali.
Pengajian berkisar berkaitan sifat-sifat terpuji dan taqwa serta kegerunan kepada Allah s.w.t. Semoga jiwa para penuntut terbina dengan akhlak hasanah yang menjadi teras kecemerlangan dunia dan akhirat.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...