29 September 2012

Ucapan Perasmian Tuan Pengarah Pelajaran Melaka. Program Kecemerlangan Pra U

Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas limpah rahmatnya berada di dalam majlis ini.
Program yang dijalankan ini merupakan majlis anjuran SUK Kerajaan Negeri Melaka. Pada asalnya SUK akan hadir dalam majlis ini, namun disaat akhir beliau tidak dapat menghadirkan diri.
Pelajar-pelajar di sini merupakan individu yang terpilih dari segi akademik dan sahsiah. Kerajaan negeri,  JPNM mengharapkan semua pelajar yang dipilih ini akan cemerlang di dalam semua bidang.
Pelajar cemerlang perlu ada dalam hatinya cinta kepada ilmu. Dengan cinta kepada ilmu akan datang kesungguhan keseronokan. Dengan cinta akan diulang-ulang ilmu tersebut. Ilmu dicari dari pelbagai sumber guru, cyber, teman-teman dan sebagainya. Perlu wujudkan budaya perbincangan dan perkongsian. Selain itu adab dan akhlak kita perlu dijaga terutama kepada ibubapa dan guru-guru.


28 September 2012

Program Bacaan Yasin & Solat Hajar 2012

Ucapan Tn Pengetua Tn Hj Muhd Hairi bin Taman
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehinggalah dia berusahaengubah dirinya sendiri. Faktor besar perubahan diri pelajar adalah usaha pelajar sendiri utk merubahnya.
Kita mengharapkan yang terbaik untuk pelajar dan anak-anak kita. Jadi tahniah kepada ibu bapa serta penjaga yang dapat hadir di dalam program ini. Ini juga merupakan sokongan dan galakan moral buat anak-anak kita. Ini juga menunjukkan harapan besar setiap ibu bapa kepada setiap anak-anaknya.
Diharap para pelajar dapat berusaha bersungguh sungguh untuk berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kecemerlangan yang sama-sama diidamkan

Bacaan Yasin, Zikir Kismis & Munajat

Alhamdulillah program malam tadi dapat dilaksanakan dengan jayanya semoga Allah menerima segala doa dan permohonan kita. Program ini bertujuan mempersiapkan minda dan spiritual pelajar untuk menghadapi peperiksaan khususnya mereka yang akan menduduki peperiksaan umum.


Dengan Membaca Al-Quran Hati akan Subur

Allah menjelaskan bahawa Dia Maha Berkuasa atas segala galanya. Dia mampu membuta dan menulikan orang-orang yang kufur dan ingkar. Namun begitu Allah membiarkan kekufuran dan kemunafikan mereka dan membiarkan mereka dalam kesesatan.
Nabi menyatakan tiga sifat kemunafikan yang pertama apabila berbica dia berdusta, apabila dia berjanji dia tidak menepatinya dan apabila dia diberi amanah dia khianat.
Seharusnya ukuran itu menjadi sempadan buat kita untuk menjadi muslim yang cemerlang. Dengan panduan Al-Quran dan As-Sunnah insyalah akan menjadi umat yang mulia.

23 September 2012

Kursus ICT BADAR

BADAR mengorak langkah dengan menganjurkan kursus ICT dengan kerjasama Kolej Komuniti Bukit Beruang. Tujuan kursus ini dijalankan untuk adalah untuk memberi kemahiran asas ICT kepada para ahli BADAR. Antara kemahiran yang didedahkan kali ini adalah kemahiran asas membina blog dan advance microsoft word 2007.
Pengurusan BADAR berharap semoga program yang dijalankan dan kemahiran yang diperolehi dapat digunakan untuk memartabatkan BADAR SMKASM. Ilmu tersebut juga diharap dapat diaplikasikan di medan dakwah Islamiah khususnya di dalam dunia siber.
Sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan dan PIBG SMKASM , pihak Kolej Komuniti yang memberikan sokongan begitu juga para guru dan mereka yang terlibat menjayakan program ini.


21 September 2012

Menghargai Jasa Pengawas


Majlis Jamuan Takrim Para Pengawas
Alhamdulillah tahniah buat AJK Disiplin Sekolah kerana telah berjaya mengadakan majlis makan malam untuk meraikan para pengawas baru dan sesi lepas. Seramai 120 orang pengawas telah turut serta dalam program ini.
Pada hari yang sama, para pengawas sesi baru telah menjalani kursus kepimpinan siri 1. Kedua-dua majlis ini telah dijalankan di Hotel d'village Ayer Keroh, Melaka.
Semoga dengan program - program seumpama ini mampu menyuntik semangat baru kepada para pengawas seterusnya menjulang dan meningkatkan imejnya.


Tazkirah Jumaat

Tazkirah Jumaat
Hari ni tiba giliran al-Fadhil Ust Dahlan Suramin. Beliau menyentuh kronologi pembukaan Kota Yathrib (Madinah). Kota ini menerima cahaya Islam rentetan daripada kisah baia'tul Aqabah di A'rafah. Dengan kesepakatan dan janji setia kelompok awal ini telah membuahkan penyatuan bahkan kesepakatan setelah dua puak besar Aus dan Khazraj ini yang sejak sekian lamanya bermusuhan malah berbunuh bunuhan antara satu sama lain.
Ini adalah hasil daripada cahaya iman yang telah menyelinap di dalam hati seseorang. Terasnya tauhid, husnul akhlak dan mua'syarah.
Kita diberi pilihan untuk memilih jalan kejayaan. Yang pasti jalan yang benar adalah jalan yang pernh dilalui oleh para anbiyak
', syuhada' dan solihin.


14 September 2012

Tazkirah Jumaat

Tazkirah Jumaah
Kali ini tiba giliran al-fadhil Ust. Mizam Osman untuk menyampaikan tazkirah. Beliau menyentuh tentang kewajipan menjauhi kemaksiatan. Sama ada kemaksiatan dalam bentuk kezaliman, penindasan, kemaksiatan dan sebagainya. Kemaksiatan dan kemungkaran yang melata akan mengundang kemurkaan dan azab Allah.
Sewajarnya sebagai mukmin bangun untuk melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Dua perkara ini merupakan pra syarat untuk menyukakan Allah.  Apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan maka umat ini tidak lagi dipedulikan dan dipandang oleh Allah taala.
Selain daripada itu kita harus meningkatkan kesedaran berjihad dan membina jati diri muslim.


12 September 2012

Penyampaian Hadiah Majlis Sambutan Hari Raya


Sempena Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah yang dijalankan pada hari Sabtu lepas, beberapa pertandingan telah dijalankan. Antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan persembahan sketsa, pertandingan lagu raya dan pertandingan pakaian raya. Antara yang bertuah dalam pertandingan tersebut adalah Tn Hj Abd. Hamid yang dipilih sebagai pemenang kategori pakaian raya terbaik. Syabas buat beliau....... Semoga program yang dijalankan mencapai objektif yang diharapkan. Tahniah buat urusetia yang mengendalikan dan mereka yang terlibat.

Persefahaman Untuk Kecemerlangan

Perjumpaan wakil pengurusan SMKA Sultan Muhammad bersama pegawai-pegawai daripada pihak Kolej Komuniti Cawangan Bkt. Beruang telah diadakan untuk melihat peluang latihan yang boleh diberikan kepada pihak pihak sekolah dan umumnya kepada para pelajar.
Insyalah dalam masa yang terdekat pihak sekolah akan menghantar beberapa orang pelajar dan warga sekolah untuk menyertai latihan jangka pendek berkaitan dengan software komputer dan pembinaan laman web.
Program-program susulan juga akan dijalankan mengikut keperluan sekolah. Kita berharap dengan kerjasama ini kita akan dapat memajukan sekolah yang tercinta ini dan melengkapkannya sebagai bakal Sekolah Kluster insyalah.


10 September 2012

Program Huffaz SMKA Sultan Muhammad

Program pemantapan Tahfiz Al-Quran. Beberapa orang pelajar huffaz telah dipanggil untuk diuji hafazan mereka. Setiap pelajar diminta untuk menjawab soalan dimana mereka diminta membaca ayat sebelum daripada ayat yang dibaca. Alhamdulillah pelajar-pelajar tersebut telah berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pelajar-pelajar ini telah berjaya menghafaz 100 muka dalam masa dua bulan. Semoga Allah memudahkan mereka dalam menghafaz Al-Quran.


08 September 2012

Mari Menghargai Usia Yang Ada

Ceramah bulanan oleh al-fadhil Ust. Zamzam. Program bermula pada jam 6.00 ptg di Surau al-Islah. Antara yang disentuh oleh tuan penceramah adalah berkaitan dengan usia kita. Dunia adalah kehidupan sementara sebelum berpindah ke alam seterusnya. Dunia diciptakan untuk menilai siapakah di antara kita yang terbaik amalannya.
Pergunakanlah masa hidup sebelum datangnya mati. Sebelum nafas berhenti, sebelum darah berhenti mengalir. Manusia atau insan tidak lekang dari melakukan kesalahan kerana sifat alpa merupakan sifat yang ada bagi setiap insan. Walaupun begitu manusia telah dipilih untuk menjadi sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Apabila manusia taat perintah Sang Pencipta Allah azza wajalla mereka orang yang berjaya tetapi jika mereka mengingkariNya mereka adalah makhluk yang paling hina. 600 sayap kurniaan Allah kepada Malaikat Jibril untuk merentasi syurga milik umat Muhammad yang terbaik pasti dia tidak mampu merentasinya.
Bersyukurlah di atas setiap kurniaan Allah ke atas kita.


02 September 2012

Kemaafan & Kemuliaan

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya”. (HR. Muslim)

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...