18 November 2011

Susah Bukan Bermakna Mustahil


Susah? Memang, akhi. Sebab memegang Islam itu ibarat memegang bara api. Panas! Sangat panas! Daripada Anas RA berkata: 


Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api" 
[HR. Tirmidzi]

Tapi, apakah itu akan menjadi alasan untuk kita melepaskannya? Tentunya tidak! Kita akan tetap bertahan untuk memegangnya, bahkan menggenggam! Cuma, saran saya, janganlah genggam seorang diri, ajak lagi ramai-ramai manusia untuk menggenggamnya bersama kita. Biarkan kepanasan itu tertanggung bersama. Kurang sikit bebannya, insya-Allah. Walaupun ia masih tetap akan panas, tetapi sambil ditemani susana saling berprasangka baik, tolong-menolong, itsar dan lain-lainnya, sambil gelak-gelak sikit, hilanglah sedikit rasa panas itu nanti. 

"Nak cari ramai nak pegang itupun berat, akhi."

Wah. Itu sudah pasti! Sebab itu kata Imam Hasan al-Banna, 

“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.” 
 [Hasan al-Banna]

Susah bermakna kita kena berusaha lebih! Bukan tak payah buat. Contoh, susah nak tahajjud bukan  bermakna tak payah buat tahajjud. Tetapi, kita kena berusaha lebih untuk melaksanakannya. Sama juga dengan benda-benda lain. Sebab itu perlunya halaqoh yang konsisten dan muntijah. Wujudkanlah ia di mana sahaja kita berada. Di situ akan menjadi nadi kepada perbincangan. Perbincangan kepada iman, dakwah dan lain-lain dalam usaha mahu menguasi dunia dan yang paling penting adalah akhirat. Perbincangan dalam mengindahkan semula pondok usang itu tadi kembali mejadi mahligai, membuka mata-mata duniawi agar terlihat semula cahaya keindahan Islam dan kembali kepadanya dan sedarkan kembali jiwa-jiwa yang ada akan kedatangan hari pembalasan dan bersedia untuk itu selain bersiap untuk kehidupan sekarang.

Mulakan sikit demi sikit, akhi. Bermula dengan diri kita. Doakan saya juga mampu untuk merealisasikan apa yang saya tulis kat sini. Amin.. 

Dalam riwayat al-Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda:
“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. 
[dinilai sahih oleh Ahmad Shakir].

Sama-sama kita menjadi seperti air yang bergerak. Pada awalnnya mungkin air itu busuk dengan kotoran dan dosa. Tetapi akhirnya ia menjadi bersih kerana ia bergerak (tidak hanya duduk diam dan membiakkan penyakit), kemudian, ia dapat memberikan manfaat untuk semuanya!

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...