18 November 2011

Kamulah Pencorak Suasana


Di situ perlunya kekuatan. Dakwah ini, akhi. Dia bermula dengan seorang pada awalnya. Sama macam pada awal-awal period dakwah Rasulullah SAW. Tapi pernah tak diri yang memulakan dakwah itu mengeluh dengan keadaan masyarakat pada zaman itu yang mengagungkan serta menjulangkan budaya zina, judi, arak, pukul orang, mencarut, bunuh dan lain-lain? Islam pada masa itu siapa saja yang pandang ia sebagai sesuatu yang indah? Islam adalah agama yang memecah belahkan persaudaraan, Islam adalah agama yang membangkitkan kemarahan orang-orang miskin, golongan hamba dan wanita yang pada masa itu hanya sekadar objek memuaskan nafsu. Islam itu dan ini. Pada awalnya, tidak ada seorang pun yang nampak Islam itu sesuatu yang indah, kecuali sebahagian kecil. Sangat kecil! Akhirnya, sebahagian kecil itulah yang kemudiannya menjadi besar dan membesar hinggakan mereka pernah menguasai dunia. 

Mahu atau tidak mahu, diri kitalah yang harus memulakan ia. Tidak kisahlah sudah ada orang yang memulakannya ke tidak. Itu cerita mereka, sekarang ini, diri kita sendiri bagaimana? Tak mahukah kita menjadi generasi pioneer dalam mencipta generasi rabbani di tempat kita? Generasi yang berusaha keras menghidupkan halaqoh, mewujudkan suasana tarbiyah, menyuruh yang maaruf dan mencegah serta mengubah apa yang mungkar, serta beriman kepada Allah.

Mereka tidak nampak? Maka kitalah orang yang sepatutnya cuba untuk memperlihatkan kepada mereka apa yang sepatutnya lihat. Islam ini pada awalnya dibina dengan sangat cantik dan indah ibarat sebuah mahligai yang agung dan dihiasi dengan sangat rapi dan cantik oleh generasi awal. Mereka yang duduk di dalam mahligai itu tidak terfikir pun mahu keluar dari sana. Kemudian, mereka yang duduk di luar mahligai itu berebut-rebut untuk memasuki ke dalam mahligai Islam pada masa itu.

Hakikatnya. Seiring peredaran zaman yang menghakis prinsip, tiang serta perhiasan mahligai Islam itu tadi, maka mahligai yang indah itu tadi kini terlihat seperti pondok yang usang dan merimaskan. Boleh dikatakan ianya sedang terbakar! Hinggakan, mereka yang berada di luar tidak mahu memasukinya, yang berada di dalamnya juga berlumba-lumba melepaskan diri daripada pondok yang asalnya merupakan mahligai.

Mereka tidak nampak keindahan Islam itu mungkin sahaja kerana mereka tidak tahu bahawa mereka harus membuka mata, atau mungkin mereka tahu tetapi mereka merasa lebih selesa untuk menutupinya. Terlalu banyak kemungkinan yang ada. Tapi, sebagai seorang dai'e, menjadi tanggungjawab kita untuk mencari kunci kepada hati-hati yang terkunci itu tadi agar ianya bisa dibuka kembali. Adapun mereka berkeras mahu tetap terkunci, itu urusan mereka. Adapun mereka sudah membukanya, kemudian menutupinya kembali, itu urusan mereka. Urusan kita adalah cuba dan berusaha serta mujahadah untuk membukanya dari sisi yang paling boleh diterima hati-hati mereka. Tugas kita jugalah untuk berusaha sedaya upaya untuk memadam segala jenis api fitnah yang membakar pondok itu tadi dan memperbaikinya dari segala sisi agar ianya kembali indah. Ajaklah ramai lagi manusia untuk menolong, kalau tidak kita akan mati keletihan kerana terlalu banyak aspek yang perlu dibaiki.


فَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." 
[QS Al-Hajj, 22:46]

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...