19 April 2011

Memilih Yang Lebih Utama

Antara Pilihan & Bimbingan
Antara 10% penilaian ko-akademik dengan 90% penilaian akademik. Dua nilai yang sering dibicarakan oleh warga pendidikan. Yang mana satu harus diutamakan. Secara mudah ligiknya pasti nilaian akademik kerana pratusnya lebih besar dan orang yang benar pertimbangannya pasti membenarkan. Tetapi mengapa sebahagian besar daripada pelajar bermati-matian untuk mengutamakan yang 10%. Adakah mereka tidak pandai menilai atau mereka tenggelam dengan keseronokan aktiviti yang hanya bernilai 10%. Mungkin juga tiada bimbingan daripada guru penasihat agar memilih yang terbaik baginya yang membolehkan pelajar tersebut mendapat nilaian 10% itu.

Tidak dinafikan memang seronok dapat menyertai aktiviti luar sekolah. Jika dilihat daripada kontranya pelajar tidak perlu menghadiri kelas pengajian mungkin sehari, dua hari malah seminggu hingga dua minggu. Seorang pelajar yang berjaya dalam pertandingan di peringkat kawasan akan meneruskan penglibatannya ke peringkat negeri dan mungkin akan ke kebangsaan. Bayangkan berapa banyak waktu yang terpaksa dikorbankan untuk latihan dan persediaan ke arah itu. Kalau pun latihan itu dibuat di waktu petang atau selepas kelas persediaan agaknya bila pelajar itu dapat menyelesaikan kerja rumah dan menglangkaji pelajaran. Secara logiknya ia agak sukar. Hanya pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi mampu menyeimbangkankan kedua-duanya. Tanpa bimbingan para guru pasti pelajar-pelajar berkenaan akan tercicir dalam pelajaran.

Golongan-golongan pelajar yang aktif ini perlu dipantau oleh pihak guru dan pengurusan agar mereka tidak ketinggalan. Sekolah yang punya nama diperingkat nasional seringkali menjadi perhatian masyarakat apabila keputusan -keputusan peperiksaan umum di isytiharkan. Strategi, gerak kerja dan usaha warga sekolah harus mendokong misi dan visi yang telah digariskan. Jika misi dan visinya dihadapkan untuk mencapai kejayaan ko-akademik maka ke arah itulah kita bergerak tetapi jika sebaliknya seharusnya kita bermuhasabah kemana harus kita bimbing anak-anak didik kita.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..Memang tidak dinafikan pendapat penulis.. Namun pada pandangan saya, semua itu bergantung kepada pelajar itu sendiri, yang paling utama ialah pengurusan waktu belajar dan kesedaran pelajar dalam menyeimbangkan antara akademik dan koakademik juga kokurikulum. Jika orang lain boleh mengapa kita tidak... Bukti realiti menunjukkan pelajar yang sibuk dengan aktiviti luar juga mampu mencapai keputusan membanggakan, jika dibandingkan dengan pelajar yang cemerlang tetapi tiada aktiviti luar dengan pelajar yang ada aktiviti luar dengan keputusan yang cemerlang.. sebagai contoh, sememangnya pelajar 9A(PMR)10A+(SPM)/4.00(STPM)menjadi kebanggaan namun sedar atau tidak sedar pelajar lain yang mana keputusannya (sebgai contoh 8/7A..8A+..3.83) dan ditambah pula dengan pncapaian aktvti luarny.. lebih mnjadi keutamaan pihak U dn penemu duga.. Hal ini juga kerana aktivi luar juga merupakan antara medium akademik...iaitu P&P diluar bilik drjah... hampir 7 tahun di SMKASM amat brmkna krna bnyak mmbantu sya dlm akademik juga koakademik, walaupun sibuk dengan hal luar namun akademik tetap menjadi keutamaan.. Alhamdulillah untuk keputusan STPM.. Bagi saya jika akademik dan koakademik/ kokurikulum perlu seimbang, walaupun markahnya hanya 10... janganlah diambil remeh... barulah dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkledibiliti... Marcapada kini, dunia meritokrasi.. semua pelajar mula mnunjukkan potensi kecemerlangan.. Maka nilai koakademik/kokurikulum yang mnjadi bezanya.. kerana disamping hanya 10 mrkah.. SOFTSKILL(nilai tambah) juga mnjadi aspek penilaian..

Jika hanya cemerlang dalam kertas, namun dalam mengaplikasikannya.. tiada daya kepimpinan.. tiada daya kledibliti dan pengucapan tiada tidak guna juga.. kerana softskill ini merupakan satu perkara pokok dalam membntu pelajar menghadapi temudunga seperti temuduga IPGM/BIASISWA/ dan lain-lain lagi..

Maka disinilah sekolah dapat memainkan peranan, agar dapat memberikan sokongan yang jitu bukan hanya mengambil hal yang remeh dan bersikap acuh tidak acuh, kerana kadang-kadang bak kata pepatah 'yang dikejar tak dapat, yang dikejar berkeciciran'

(Untuk pengetahuan, saya bercakap berdasarkan pengalaman juga peredaran semasa.. jadi fikir-fikirkanlah..)

Buat adik-adik, kita perlu fokus.. dah bersungguh-sungguh.. itu yang utama.. semoga kejayaan milik anda.. bitaufik wa najah..

amsyar berkata...

salam, 10% tu memang memerlukan pengurusan guru yang teliti. cuba kite lihat pertandingan forum da bahas guru-gurunya sentiasa ada ketika latihan dan memngambil berat pelajaran mereka . apa yang saya lihat guru menjadi tunjang. tapi cuba kita lihar MTQ 2011 ada guru-guru yang sebegitu komited menagmbil berat perihal peserta??? saya rasa tak de. guru yang menjadi pembimbing bukan harapkan usah peserta semata-mata. oleh itu, guru-guru harus fikir semula jangan menolak 10% sehabis terus tapi cuba ajar merela cara terbaik untuk seimbangkan. contoh telah ada saudara waasil sibuk dengan forum , badar tapi boleh je dapat 10A. ini bukan halangan tapi sebagai pengalaman yang mesti di cari agar menjadi titipan di masa hadapan.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...