17 Februari 2010

Pergi Seorang Bonda


Minggu ini pelajar-pelajar SMKA Sultan Muhammad menghadapi Ujian Pengesanan 1. Semua pelajar terlibat kecuali pelajar-pelajar tinkatan 3. Mungkin kerana mereka telah terlibat dengan ujian Dignostik yang pada akhir bulan lepas dan akan diuji pula dengan Ujian Pengesanan 2 pada awal bulan hadapan. Harap pelajar-pelajar bersunguh-sungguh menjawab soalan dan menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka. Jangan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Selain daripada itu kita telah menerima berita sedih iaitu kematian ibu kepada Ustaz Zulkifli bin Embong. Setelah menghadapi serangan jantung pada minggu lepas beliau telah kembali kerahmatullah pada pagi Selasa 17 Feb 2010. Semoga Allah memberi ketabahan kepada ahli keluarganya dan mencucuri rahmat kepada ruh almarhumah. Amin
Justeru itu warga Asrama SMKA SM telah membacakan Yasin dan Tahlil ringkas untuk beliau selepas menunaikan solat Suboh.

08 Februari 2010

Pesan Dari Penguatkuasa Undang-Undang

Hari ini SMKASM telah di kunjungi oleh Cif Inspektor Anuar (Pegawai Polis Perhubungan baru) daripada IPD Melaka Tengah. Mengambil waktu kelas Tafaqquh beliau telah menyampaikan nasihat yang begitu berguna buat semua pelajar. Undang-undang Negara dan peraturan sekolah merupakan perkara-perkara yang wajib dipatuhi oleh semua orang. Hidup peraturan merupakan suatu yang lazim dalam sesebuah organisasi. Individu yang tidak mengikut peraturan wajar dikenakan tindakan undang-undang. Tindakan yang salah akan mengakibatkan penyesalan yang tidak berkesudahan. Justeru itu selaku pelajar kita wajib menuruti peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Sering berlaku di kalangan pelajar salah laku mencuri, buli, pergaduhan, lari daripada asrama, ponteng sekolah dan lain-lain kesalahan. Ini merupakan tindakan-tindakan yang menyalahi peraturan. Tindakan yang akan dikenakan akan direkodkan dan ianya pasti akan menjadi sejarah hitam yang tidak mudah untuk dipadamkan daripada diari hidup kita.
Semoga dengan maklumat serta nasihat yang disampaikan akan menyadarkan kita dan menjadikan kita individu yang sentiasa berhati-hati untuk membuat sesuatu tindakan.

04 Februari 2010

Allah lebih menyayangi.......


Pemergian seseorang adalah kerana kasih Allah terhadapnya. Pada 2 haribulan yang lalu, datuk kepada salah seorang ahli badar, Muhammad Khairuddin Akmal, telah kembali ke rahmatullah selepas Maghrib... Khairuddin baru sahaja menerima berita ini semasa berada di sekolah dan terus pulang ke kampung halamannya. Berita ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua tentang kehidupan yang fana' tidak kekal abadi dan kita sepatutnya bersedia dalam menghadapi kehidupan selepas mati. Semoga kuburnya dilapangkan dan ditempatkan di taman-taman syurga.. Bersama-samalah kita doakan datuknya agar dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

Al-Fatihah.......

02 Februari 2010

Budaya Ilmu VS Asakan Maklumat


Diantara keterpaksaan dan keikhlasan menuntut ilmu. Dua pertembungan yang perlu dihadapi oleh seseorang yang bergelar pelajar. Seharusnya para pelajar sejak dari awal menjejakkan kaki ke perkampungan ilmu ini menetapkan nawaitu mereka. Ini kerana hari-hari yang akan ditempuhnya sangat mencabar. Bagi warga as-Sultan mereka harus berlumba dengan masa. Mereka harus bersedia dengan asakan minda, informasi dan maklumat yang bakal dicurah siang dan malam. Khususnya bagi pelajar asrama. Bermula dari awal pagi hingga jam 2.15 petang, istirehat kemudian disambung dengan kelas persediaan pada waktu petang atau aktiviti koku yang melelahkan (buat masa ini dengan cuaca yang agak panas). Disambung pula kelas tambahan bermula jam 8.45 mlm sehingga 10.45 mlm sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi untuk menempuh semua itu. Tanpa keikhlasan dan keazaman yang tinggi pasti ramai yang kecundang dan terpesong dari arah tuju yang dipasang seawal kaki melangkah ke perkampungan ilmu ini.
Dari satu sudut apakah natijah yang akan terhasil.... Adakah akan terhasil manusia yang berbudaya ilmu atau sekadar manusia yang bermaklumat tanpa roh ilmu. Di antara orang yang cinta kepada ilmu dan orang yang hanya sekadar tahu kerana diberi tahu. Fikir-fikirkan.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...