Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian (berpisahnya roh dari jasadnya). Itulah jaminan Allah yang pernah disebut dalam Kitabullah yang mulia. Kematian adalah sesuatu yang ditangguh dan diawalkan walau sesaat pun. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah seharusnya senantiasa bersedia menghadapi kematian yakni sakaratul maut (mabuk kematian) yang bakal kita lalui. Kematian tidak mengenal usia ataupun darjat seseorang bahkan Nabi sendiri telah mengalami saat kematian apatah lagi kita yang merupakan insan yang imannya hanya ditafsirkan senipis kulit bawang.Oleh itu, persediaan yang cukup diperlukan dalam menghadapi kematian yang tidak diketahui saatnya. Sedangkan tarikh kelahiran kita( roh kita ditiupkan ke dalam jasad kita ) itu pun kita tidak ketahui.
Iman umat sekarang ini naik turun. Oleh itu, kita haruslah senantiasa berdoa kepada Allah S.W.T. agar kita kembali ke rahmatullah dalam keadaan iman kita sedang menaik. Kematian ini amatlah pedih seperti dalam riwayat Rasulullah s.a.w.mengatakan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang. Jikalau baginda yang merupakan seorang Rasulullah S.A.W. yang sudah dijamin syurganya sendiri menghadapi azab kematian yang amat pedih, apatah lagi kita yang hanya seorang hamba Allah yang mana belum tentu lagi syurga bagi kita. Subhanallah,Alhamdulillah, Lailahailallah, Allahuakbar. Ada yang mengatakan antara cara untuk meringankan sakaratul maut adalah dengan menghormati azan dengan menjawab laungan azan dan diam semasa azan dilaungkan.
31 Mei 2010
SIMULASI KEMATIAN
"Manusia yang terbaik adalah yang terbanyak memberi manfaat kepada orang lain'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Kuliah Suboh oleh Hagya Sofia mengenai "Akidah Teras Ketamadunan" Exco Agama Yb. Tn. Hj. Khazan Bin Che Mat diiringi masuk k...
-
Ucapan Tn Pengetua Tn Hj Muhd Hairi bin Taman Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehinggalah dia berusahaengubah dirinya sendiri. ...
-
Para peserta tekun menikuti sesi LADAP Julung-julung kalinya guru-guru SMKA Sultan Muhammad dan beberapa orang staff telah dibawa ke luar ...
-
Nasihat Prof. Dr Yusof Al-Qardawi kepada Gerakan Islam daripada perkara-perkara cabang dan sampingan kepada usul dan menyeluruh dari...
-
Ust Zaaba bersama guru-guru pengiring Skuad NKI menjamu selera minum petang Setelah penat duduk di dalam bas Skuad NKI berhenti bereha...
-
Selepas Solat Maghrib berjemaah di surau SMKADG bersama-sama peserta yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia bersama-sama membaca Surah Ya...
-
Allah menjelaskan bahawa Dia Maha Berkuasa atas segala galanya. Dia mampu membuta dan menulikan orang-orang yang kufur dan ingkar. Namun...
-
BADAR mengorak langkah dengan menganjurkan kursus ICT dengan kerjasama Kolej Komuniti Bukit Beruang. Tujuan kursus ini dijalankan untuk adal...
-
Misi SMKA Sultan Muhammad adalah untuk melahirkan khaira ummah selari dengan firman Allah s.w.t. Untuk menjadi yang terbaik kita perlu melal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan