21 November 2009

Cuti sekolah bermula.......


Musim cuti sekolah telah bermula. Jadi penuhkanlah cuti anda semua dengan aktiviti-aktiviti yang bermakna seperti membaca Al-Quran,bertahajud,berzikir dan sebagainya. Manfaatkanlah cuti ini dengan bermakna terutamanya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti UPSR,PMR,SPM dan lain-lain lagi. Pada masa inilah kita berpeluang untuk mengulang kaji pelajaran mengikut cara kita sendiri. Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, kejayaan tidak semestinya memerlukan ilmu pengetahuan semata-mata, namun keberkatan ibu bapa juga penting kerana keredhaan
Allah terletak di atas ibu bapa juga. Juga diingatkan, kegagalan dalam kemuliaan lebih baik dari cermelang dalam kehinaan.



Maksudnya di sini, perbuatan meniru di dalam peperiksaan adalah sesuatu perbuatan yang hanya tahu menciplak kejayaan orang lain. Ini tidak menunjukan potensi diri sebenar kita yang merupakan kejayaan yang hakiki lagi bagus sebenarnya dari orang lain. Oleh itu percayalah bahawa diri kita mampu mengukir sebuah kejayaan tanpa perlu meniru kejayaan orang lain.

07 November 2009

Menoleh Kebelakang dan Maju Kehadapan


Para peserta tekun menikuti sesi LADAP

Julung-julung kalinya guru-guru SMKA Sultan Muhammad dan beberapa orang staff telah dibawa ke luar sempadan sekolah untuk bermesyuarat berkaitan dengan perjalanan sekolah. Sesi yang dimulakan dengan semakan semula minit mesyuarat yang lalu dan perbincangan tentang beberapa perkara berbangkit. Padat dengan muhasabah dan flash back serta bagai mana harus kita lakukan untuk melalui masa-masa akan datang yang lebih mencabar dan mendambakan kecemerlangan SMKA Sultan Muhammad. Suatu misi yang bukan mudah untuk dilaksanakan tanpa kerjasama dari pada semua pihak. Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan yang mantap oleh pihak pentadbiran, komitmen guru-guru, kerjasama baik para staff sokongan, semangat dan usaha yang berterusan pelajar-pelajar, suasana pembelajaran yang kondusif, PIBG yang sentiasa menyokong dasar sekolah dan terus berusaha mencari dan menymbang dana untuk menggerakkan program kecemerlangan sekolah dan mungkin masyarakat setempat yang menyokong pembinaan kecemerlangan sekolah. Semoga Allah mengabulkan cita-cita murni ini. Amin



Perjumpaan diakhiri dengan program Jamuan Akhir Tahun anjuran Kelab Staff

Lawatan ke Maahad Muar



















Walaupun semasa musim peperiksaan, Badan Pengawas SMKA Sultan Muhammad tetap dedikasi dalam menjalankan tugas tidak kira masa, tempat dan waktu demi kecemerlangan sekolah.
Pada hari Rabu, 4 November yang lepas, Badan Pengawas SMKA Sultan Muhammad dan lebih kurang 20 orang guru telah melawat SMKA Maahad Muar yang merupakan antara perintis Program SUMUR.
Lawatan ini bertujuan bagi mencekapkan lagi pengurusan pentadbiran sekolah dan asrama di bawah pengurusan Badan Pengawas.

05 November 2009

Sifat Orang Islam



Muslim yang sebenar ialah mukmin yang sanggup menganggapseorang Islam yang lain itu sebagai saudara kandungnya. Maksudnya bentuk hubungan itu sangat kuat, tiada pengkhianatan dan kezaliman hasil daripada iman yang telah menguasai gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu untuk mendapatkan keredhaan Allah. Selain itu seseorang saudara itu haruslah melepaskan kesusahan dan kedukaan saudaranya atau dalam erti kata lain berusaha dengan sedaya upaya untuk memberikan kesenagan dan kegembiraan antara sesama Islam. Sesungguhnya mereka yang berusaha menolong orang lain akan mendapat balasan baik daripada Allah s.w.t. Lagi-lagi, keaiban,keburukan dan kejahatan sama ada kecil atau besaryang dilakukan oleh saudara kita, hendaklah disembunyikan dan tidak dihebahkan.

Orang Islam adalah bersaudara. Justeru, kita tidak boleh melakukan kezaliman dan pengkhianatan sesama sendiri.Menunaikan hajat sahabat kita merupakan salah satu cara untuk mendapatkan keredhaan Allah. Selain itu kita haruslah berusaha untuk menghapuskan kedukaan sahabat kita yang merupakan galakkan Islam sendiri seperti menziarahi mereka ketika sakit atau membantu mengurangkan kesulitan sahabat.Oleh itu berusahalah ke arah kebaikan kerana setiap perbuatan ada pembalasan dari-Nya....

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...